KAHERAH: Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menasihatkan pasukan sukarelawan dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dari Malaysia, yang ingin menyalurkan bantuan kepada mangsa kekejaman rejim Israel di Gaza, supaya menyalurkan bantuan berasaskan keperluan.
Perdana Menteri berkata walaupun beliau mengakui niat NGO dan pasukan sukarelawan berkenaan baik, namun perbincangan dengan pihak berkaitan perlu dibuat sebelum menyalurkan bantuan, bagi memastikan bantuan itu benar-benar bermanfaat kepada mangsa.
"Jangan beli ikut selera kita, ini masalah badan-badan yang menganjurkan, niatnya baik, tetapi kadang-kadang yang dibeli yang orang tidak perlukan atau dia tentukan, tidak boleh, kita kena dengar sendiri apa yang orang Gaza nak.
"Ubat, ubat pun ada beberapa jenis ubat, ubat mesti label dengan betul...Oleh yang demikian, ada beberapa kaedah yang harus dipatuhi. Kemudian makanan begitu juga, mereka tiada upaya masak, jadi (perlukan) makanan siap, dalam tin, ada yang beri maklumat kalau mi segera tu, dia tak makan.
"Jadi dalam hal ini, jangan beli sehingga kita tahu (apa yang rakyat Gaza perlukan)," katanya kepada wartawan Malaysia pada sidang akhbar pada akhir lawatan kerja dua harinya ke Mesir hari ini.
Anwar berkata demikian sebagai mengulas pertemuannya dengan Presiden Persatuan Bulat Sabit Merah Mesir Dr Ramy el-Nazer, yang turut dihadiri Menteri Luar Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir, Duta Besar Malaysia ke Mesir Zamani Ismail dan Exco Mercy Malaysia Azura Ibrahim.
Sementara itu, Anwar mengingatkan badan-badan yang tidak berdaftar, tidak telus dan tidak memiliki akaun yang teratur, supaya tidak mengutip derma bagi tujuan kebajikan kerana ia akan merugikan masyarakat Gaza yang memerlukan.
Mengenai bantuan pakaian kepada masyarakat Gaza, Anwar berkata kerajaan Malaysia akan menghantar keperluan berkenaan menggunakan pesawat ke Mesir, sebelum menyerahkannya kepada Persatuan Bulan Sabit Merah untuk dihantar ke Gaza.
"Saya sebut dengan Presiden Mesir Abdel Fattah el-Sisi tadi, kita minta keizinan kerajaan Mesir dan beliau telah memberi pengakuan untuk menyegerakan kelulusan (penghantaran bantuan) dan memindahkan kepada bulan sabit (Persatuan Bulan Sabit Merah) atau badan-bandan lain yang kita iktiraf," katanya.
Mengenai lawatannya ke Riyadh, Turkey dan Mesir, Anwar berkata banyak pengikitirafan diberikan kepada Malaysia semasa lawatannya, termasuk pihak media yang mengadakan temuramah eksklusif dengan beliau.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Oct 23 2023

Anwar mengingatkan badan-badan yang tidak berdaftar, tidak telus dan tidak memiliki akaun yang teratur, supaya tidak mengutip derma bagi tujuan kebajikan kerana ia akan merugikan masyarakat Gaza yang memerlukan. - Gambar fail/Bernama

DeepSeek akan berkongsi lebih banyak kod dalam bentuk sumber terbuka
DeepSeek menyatakan mereka akan berkongsi lebih banyak kod mereka meliputi 5 repo, pada minggu hadapan.

Suspek cabul kanak-kanak di masjid direman tujuh hari
Suspek direman tujuh hari untuk siasatan mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.

Pengerusi Ketua Turus Bersama AS ditamatkan perkhidmatan
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menamatkan perkhidmatan Pengerusi Ketua Turus Bersama Jeneral Charles Brown.

Mayat didakwa Shiri Bibas tiba di Institut Forensik Tel Aviv
Hamas mendakwa mereka menyerahkan mayat Shiri Bibas pada Jumaat, selepas kesilapan dalam penyerahan sebelum ini.

Bendang berselut tebal, beberapa lokasi aktiviti PAT 2025 berubah
Majlis perasmian PAT 2025 yang dijadualkan disempurnakan Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail pada petang ini dibatalkan.

Kusta: 368 penduduk jalani ujian saringan
Kerajaan memberi jaminan bahawa rawatan bagi pesakit kusta adalah berkesan dan tidak perlu dilakukan sebarang langkah kuarantin.

Agong selamat tiba di tanah air selepas menjalani rawatan di luar negara
Pesawat khas Seri Paduka Baginda tiba di Pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Subang pada 7 pagi tadi.

Hubungan setengah abad Malaysia-Bahrain memasuki dimensi baharu
Kedua-dua negara akan memperoleh potensi besar dalam memperluas kerjasama ekonomi termasuk dalam sektor pelancongan.

Sanggup sembunyi dalam longkang busuk, kotor
Kesemua ditahan melibatkan individu warga Indonesia, Bangladesh, India, Myanmar dan Nepal.

ESCAP seru ASEAN perkukuh komitmen Perjanjian Paris
ASEAN sebagai satu blok mempunyai keupayaan untuk menarik pelabur serta membentuk mekanisme pembiayaan mampan.

Pembunuhan Ismail Haniyeh bangkit perjuangan baharu Palestin - Serantau Muslim
Seorang pengawal keselamatan didakwa membuat hantaran jelik dengan niat menyakiti hati beberapa individu termasuk pendakwah.

Masyarakat perlu bangkit, beri tekanan kepada Israel - Nurul Izzah
Semua lapisan masyarakat harus bangkit dan memberi tekanan kepada Israel serta sekutunya untuk berhenti melakukan perkara yang menambah kesengsaraan kepada warga Gaza.
![[LAPOR LANGSUNG] Israel dakwa berjaya hapus 17 batalion pejuang Hamas [LAPOR LANGSUNG] Israel dakwa berjaya hapus 17 batalion pejuang Hamas](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/41701559014_Benjamin.jpg)
[LAPOR LANGSUNG] Israel dakwa berjaya hapus 17 batalion pejuang Hamas
Menurut Perdana Menterinya, Benjamin Netanyahu, Hamas kini di ambang kekalahan.

Situasi di Gaza membimbangkan, kekejaman mesti dihentikan - Zambry
Serangan tanpa henti rejim Israel ke atas orang awam di Gaza amat membimbangkan, justeru semua negara perlu bersatu menamatkan konflik itu.

Bantuan untuk rakyat Gaza, bekalkan barang yang diperlukan - PM Anwar
Anwar menasihatkan pasukan sukarelawan dan NGO dari Malaysia, yang ingin menyalurkan bantuan kepada mangsa kekejaman rejim Israel di Gaza, supaya menyalurkan bantuan berasaskan keperluan.

DUN N.Sembilan lulus usul tolak jenayah kejam Israel ke atas Palestin
Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Negeri Sembilan hari ini sebulat suara meluluskan usul tergempar mengutuk tindakan kejam rejim zionis Israel yang mencetuskan pergolakan terkini di Palestin.

Masyarakat antarabangsa diseru sokong, bantu rakyat Palestin kembali ke tanah air - Mat Sabu
Mohamad Sabu menyeru seluruh masyarakat antarabangsa memberikan sokongan dan pertolongan kepada rakyat Palestin untuk mendapatkan hak kembali ke tanah air mereka.

Setelah 54 tahun, OIC gagal lindungi Masjid Al-Aqsa - NGO Islam
Rasa cinta terhadap Al-Aqsa seharusnya menyatukan umat Islam untuk meneruskan perjuangan membebaskannya daripada rejim Israel.

Indonesia berharap dapat 'gabung suara' dengan Malaysia
Malaysia adalah sebuah negara yang disegani negara-negara Islam lain kerana kelantangannya dalam memperjuangkan nasib rakyat Palestin.