Bapa durjana! Itu ungkapan yang paling sesuai digelarkan kepada seorang bapa di Banjarbaru, Indonesia yang sanggup merogol anak kandungnya sendiri sehingga mangsa hamil.
Lebih menyedihkan, untuk menutupi aib yang dilakukannya, suspek berusia 50 tahun itu juga tergamak menjual mangsa kepada rakan sendiri.
Tidak tahan terpaksa melayani nafsu si bapa dan rakan bapanya itu, mangsa bertindak melaporkan kejadian itu kepada pihak berkuasa pada Ahad.
Menurut Ketua Balai Polis Banjarbaru, AKBP Kelana Jaya AKP Aryansyah, kedua-dua suspek berjaya ditahan dan siasatan kes sedang dijalankan.
“Kejadian bermula pada tahun 2017 ketika mangsa masih berusia 16 tahun.
“Mangsa dipaksa tinggal dengan bapanya setelah kedua-dua ibu bapanya bercerai dan mangsa hanya tinggal berdua dengan bapanya di rumah tersebut,” kata Aryansyah.
Sejak itu, mangsa sering kali menjadi ‘korban’ kepada bapanya.
Tambah Aryansyah lagi, bapa kandung mangsa mengetahui bahawa mangsa kehilangan dara sejak kecil angkara perbuatan pak cik saudaranya sendiri.
Bagaimanapun bapa mangsa sebaliknya menggunakan insiden itu sebagai modal ugutan untuk ‘dilayani.’
Menurut Aryansyah lagi, sekiranya mangsa enggan melayani permintaan seksual bapanya itu, rahsia itu akan dibongkar kepada ibunya.
“Mangsa tidak tahan dengan perbuatan bapanya dan mengambil keputusan untuk melarikan diri dari rumah dan melaporkan kejadian.
"Kami berjaya menangkap kedua-dua pelaku iaitu bapa mangsa dan rakan bapanya dan kini mereka sedang menjalani prosiding undang-undang di Unit Polis Jenayah Sat Satim," kata Aryansyah.
Kes di siasat di bawah Undang-Undang Nombor 23 (2002) Akta Perlindungan Kanak-Kanak di mana jika disabit kesalahan, suspek boleh dikenakan hukuman penjara maksimum 20 tahun.
Agensi
Tue Oct 08 2019

Lebih menyedihkan, untuk menutupi aib yang dilakukannya, bapanya yang berusia 50 tahun itu juga tergamak menjual mangsa kepada rakan sendiri. -Gambar fail
Pembahagian kerusi DAP terletak kepada kepimpinan parti
DAP yakin akan bertanding di semua kawasan tradisi mereka di Sabah, namun keputusan muktamad akan dibuat Pengerusi DAP Sabah, Datuk Phoong Jin Zhe.

Dua platform jualan dalam talian diarah turunkan iklan gula-gula kenyal
Dr Dzulkefly berkata berdasarkan profiling yang dibuat, KKM mengenal pasti 86 pautan iklan di dua platform berkenaan mengiklankan produk itu.
Tiada siapa boleh lenyapkan UMNO di Sabah - Bung
Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin menegaskan bahawa tiada siapa yang boleh melenyapkan UMNO dari bumi Sabah sampai bila-bila.
UMNO terbuka kerjasama dengan parti lain
UMNO tidak pernah tutup pintu kerjasama dengan mana-mana parti menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah akan datang.
Kerajaan Persekutuan peruntuk RM454 juta naik taraf bekalan air di Labuan
Kerajaan Persekutuan memperuntukkan RM454.88 juta untuk membaiki dan penambahbaikan sistem bekalan air sepanjang 106.7 kilometer (km) di Labuan yang menyaksikan 37 km atau 35 peratus daripada projek itu sudah pun siap.

Polis nafi dakwaan pekerja tapak binaan dipukul gengster
Polis menafikan dakwaan berhubung seorang pekerja tapak pembinaan dipukul oleh kumpulan gengster di sebuah tapak pembinaan di Subang Jaya, seperti yang tular di media sosial semalam.
Hujan lebat berterusan hingga Rabu di pantai barat Sabah
MetMalaysia mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada di beberapa kawasan di pantai barat, Sabah mulai Selasa hingga Rabu depan.
Sokongan PIBG penting perkukuh sistem pendidikan negara
Keberhasilan sistem pendidikan negara bukan sahaja bergantung kepada usaha para guru tetapi juga sokongan padu daripada ibu bapa dan komuniti setempat.
Penerima pendidikan tinggi percuma tidak terikat berkhidmat di Sarawak
Anak Sarawak yang menerima tawaran pendidikan tinggi percuma oleh kerajaan negeri tidak terikat untuk berkhidmat di Sarawak apabila tamat pengajian.
Kerajaan Sarawak sedia bincang skop kerjasama Petros-Petronas - Abang Johar
Kerajaan Sarawak bersedia mengadakan perbincangan dengan Kerajaan Persekutuan bagi memperincikan skop kerjasama antara Petroleum Sarawak Bhd (Petros) dan Petroliam Nasional Bhd (Petronas).

Bapa durjana jadikan anak pemuas nafsu, 'jual' mangsa kepada rakan
Mangsa dipaksa tinggal dengan bapanya setelah kedua-dua ibu bapanya bercerai dan mangsa hanya tinggal berdua dengan bapanya di rumah tersebut.