GOOGLE nampaknya akan menjenamakan semula nama ciri AI generatif mereka Bard kepada Gemini agar selari dengan model bahasa raya mereka.
Bard yang dikuasakan Gemini ini turut semakin hari menjadi semakin berkuasa, dengan kini menyokong menjana teks ke imej. Google turut dijangka akan menawarkan Bard Advanced kepada pengguna berbayar.
Terbaru, senarai log perubahan Bard telah tertiris. Ia menyatakan yang bermula 7 Februari ini Bard akan ditukar kepada Gemini.
Gemini Pro adalah model bahasa raya untuk chatbot Gemini di semua negara yang Gemini ditawarkan. Bukan itu sahaja, pelan langganan yang Google akan tawarkan adalah untuk Gemini Advanced yang dikuasakan Gemini Ultra.
Senarai log perubahan ini turut menyatakan yang aplikasi khas untuk Android dan iOS turut akan ditawarkan. Menurut sumber, aplikasi ini akan mempunyai antaramuka mirip Google Assistant dan Gemini akan terus diintegrasikan dengan perkhidmatan Google lain seperti Gmail, Maps, dan YouTube.
Gemini baharu ini turut akan membenarkan pengguna memuat naik dokumen untuk diimbas dan menjana kandungan baharu.
Gemini ini besar kemungkinan akan ditawarkan kepada peranti Google Pixel dan siri Samsung Galaxy S24 terlebih dahulu untuk pengguna di Amerika Syarikat. - Amanz
Amanz
Mon Feb 05 2024
Gemini Pro adalah model bahasa raya untuk chatbot Gemini di semua negara yang Gemini ditawarkan. - Gambar/ Amanz
Eksklusif! Joe Hart bakal tiba di Malaysia
Joe Hart bakal ke Malaysia dan secara eksklusif akan dibawakan menerusi Nadi Arena Jumaat ini.
CPTPP saluran kritikal kembang pelaburan, perdagangan antara Malaysia, UK - PM Anwar
Anwar berkata ini dapat dilaksanakan susulan daripada langkah kedua-dua negara menyertai perjanjian tersebut.
Malaysia perkasa syarikat pemula, pacu penyelesaian inovatif - Chang
Malaysia akan berusaha memperkasakan syarikat pemula dengan memudahkan kerjasama dan menggalakkan penyelesaian inovatif yang lebih komersial.
Thailand sokong Malaysia sebagai tuan rumah AIPA ke-46 - Johari
Perhimpunan Agung Antara Parlimen ASEAN (AIPA) ke-46 yang bakal dianjurkan di Kuala Lumpur, ibu negara Malaysia telah mendapat sokongan yang amat baik dari Thailand.
Malaysia sasar perkukuh hubungan digital pada Mesyuarat Menteri Digital ASEAN di Bangkok
Malaysia menyasar untuk memperkukuh hubungan digital pada Mesyuarat Menteri Digital ASEAN (ADGMIN) kelima yang akan berlangsung dari 15 hingga 17 Jan, 2025 di Bangkok, Thailand.
Malaysia perlu rebut peluang peluang perdagangan luar untuk imbangi halangan perdagangan AS
Malaysia perlu mempelbagai rakan dagangan dan tidak bergantung sepenuhnya kepada sumber perdagangan tunggal, untuk mengukuhkan ekonominya.
Singapura perkenal kod amalan untuk aplikasi bagi meningkatkan keselamatan dalam talian
Kategori kandungan berbahaya yang dikenal pasti termasuk kandungan seksual, keganasan, bunuh diri dan mencederakan diri.
Tidak 'janji bulan bintang' MTBC usaha beri penghargaan sewajarnya
Mohd Najeeb menegaskan beliau sentiasa percaya terhadap kemampuan pemain terutama dengan jadual padat menanti mereka sepanjang tahun ini.
Perjanjian Gencatan senjata di Gaza dimeterai, mula Ahad ini
Rundingan gencatan senjata telah mencapai persetujuan berperingkat pada Rabu untuk menamatkan perang di Gaza antara Israel dan Hamas.
PM Palestin seru tindakan tamatkan pendudukan Israel
Mustafa berkata masyarakat antarabangsa mesti ambil tindakan konkrit dan tidak boleh diubah terhadap Israel untuk laksanakan penyelesaian dua negara.
Bard mungkin menjadi Gemini 7 Februari ini
GOOGLE nampaknya akan menjenamakan semula nama ciri AI generatif mereka Bard kepada Gemini agar selari dengan model bahasa raya mereka.