Seorang bayi lelaki berusia 18 bulan mati akibat kelaparan selepas ibu bapanya yang merupakan 'vegetarian' tidak memberikannya makanan selain buah-buahan dan sayur-sayuran.
Berat kanak-kanak itu dilaporkan hanya 7 kilogram, purata berat bayi berusia tujuh bulan.
Ibu bapa bayi itu, Ryan O'Leary, 30, dan Sheila O'Leary, 35, ditahan minggu lepas di Cape Coral, Florida selepas kematian bayi tersebut pada 27 September.
Polis Cape Coral dalam satu kenyataan berkata, bedah siasat mendapati bayi itu mati selepas mengalami komplikasi yang berkaitan dengan kekurangan zat makanan, termasuk dehidrasi, mikrosteatosis hati dan pembengkakan tangan dan kaki.
Sheila O'Leary memberitahu polis bahawa keluarganya adalah 'vegetarian' dan hanya memakan buah mentah dan sayur-sayuran.
Pada hari kejadian, dia memaklumkan hanya menyusukan anaknya tanpa memberikan makanan pejal selama seminggu.
Dia memberitahu, ketika sedang menyusukan anaknya, pernafasan kanak-kanak itu menjadi laju tetapi dia tidak memanggil sesiapa untuk bantuan.
Dia kemudian tidur bersama suaminya.
Selepas mendapati kanak-kanak itu sejuk dan tidak bernafas. dia menghubungi talian kecemasan 911.
Ryan O'Leary cuba menyelamatkan kanak-kanak itu, tetapi tidak berjaya.
Menurut laporan News- Press, pasangan itu mempunyai dua anak yang lain berusia tiga dan lima tahun, yang kelihatan pucat dan kekuningan.
- Agensi
Agensi
Fri Nov 15 2019

Berat kanak-kanak itu dilaporkan hanya 7 kilogram, purata berat bayi berusia tujuh bulan. - Gambar hiasan

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 12 Mac 2025.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Spotify catat rekod pembayaran tahunan terbesar cecah US$10 bilion
Spotify telah mencatatkan rekod pembayaran tahunan tertinggi kepada industri muzik daripada mana-mana peruncit tunggal dengan pembayaran sebanyak US$10 bilion.
Tumpuan Khamis – 13 Mac 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Tujuh lelaki ditahan jadikan gerai bazar Ramadan 'port' hisap dadah
Polis menahan tujuh lelaki yang dipercayai menjadikan gerai bazar Ramadan sebagai 'port' untuk menghisap dadah dalam dua serbuan di Bayan Baru, semalam.

Kes bunuh pelajar kolej vokasional: Tertuduh kedua mengaku tendang, pijak mangsa
Tertuduh kedua dalam kes bunuh pelajar Kolej Vokasional Lahad Datu Mohamad Nazmie Aizzat Mohd Narul Azwan, atau Ijat, hari ini memberitahu Mahkamah Tinggi di sini bahawa dia menampar muka, memukul bah
10 Berita Pilihan - (12 Mac 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Tengku Zafrul masih ahli UMNO - Ahmad Zahid
Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengesahkan Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz telah menyatakan hasrat untuk meninggalkan parti itu kepadanya pada minggu lepas.

Pemilik hartanah di Negeri Sembilan disaran rebut peluang tukar hak milik
Pemilik hartanah di Negeri Sembilan disaran merebut peluang melaksanakan pertukaran status pegangan hak milik daripada pajakan kepada kekal di PDT sebelum tawaran itu ditamatkan.

Bergurau ada bom dalam beg rakan, warga emas ditahan di LTAPP
Lelaki itu secara berseloroh mendakwa bagasi milik rakannya mengandungi bom ketika pemeriksaan barang di kaunter daftar masuk LTAPP.

Bayi kepada ibu bapa 'vegetarian' mati kelaparan
Seorang bayi lelaki berusia 18 bulan mati akibat kelaparan selepas ibu bapanya yang merupakan 'vegetarian' tidak memberikannya makanan selain buah-buahan dan sayur-sayuran.