WASHINGTON: Menteri Luar China Wang Yi pada Khamis berkata Beijing berhasrat "mengurangkan perselisihan faham dan tanggapan salah" dengan Washington menjelang pertemuan dengan Setiausaha Negara AS Antony Blinken, lapor Agensi Berita dpa.
Dalam kenyataan kepada media menjelang pertemuan dengan Blinken di Washington, beliau berkata bahawa hubungan antara China dan AS harus kembali ke landasan yang sihat, stabil dan mampan.
"Apa yang betul dan apa yang salah tidak berlandaskan kepada siapa memiliki "kuasa atau suara yang lebih lantang, tetapi seharusnya berkelakuan dengan cara yang konsisten dengan tiga pernyataan bersama China-AS, selaras dengan undang-undang dan norma asas hubungan antarabangsa, dan sejajar dengan keadaan semasa," kata ketua diplomat itu melalui jurubahasa.
Sementara itu, Blinken menyatakan persetujuan dengan kenyataan Wang dan menantikan "sesi perbincangan yang membina dalam tempoh dua hari akan datang."
Lawatan Wang dijangka berakhir pada Sabtu.
Hubungan antara AS dan China tegang akibat pelbagai isu, termasuk sokongan China terhadap operasi ketenteraan Rusia di Ukraine, isu Taiwan, dan pertikaian perdagangan yang berterusan.
Baru-baru ini, kedua-dua negara-negara itu telah berusaha untuk memperbaiki hubungan dengan mengadakan lawatan antara wakil kerajaan dengan lebih kerap.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Oct 27 2023
Wang Yi beliau berkata bahawa hubungan antara China dan AS harus kembali ke landasan yang sihat, stabil dan mampan. - Gambar fail/AP
Komander Hamas muncul kembali di Gaza walaupun didakwa telah dibunuh oleh Israel
Tentera Israel mengakui, maklumat risikan mereka mengenai kematian Hussein Fayyadh tidak tepat.
Cklamovski amal prinsip pintu terbuka pemain sertai Harimau Malaya
Ini sekali gus memberi ruang sama rata buat semua pemain, untuk sama-sama membuktikan keupayaan mereka di bawah kendaliannya.
Program makanan percuma Indonesia jangkau 650,000 kanak-kanak setakat ini
Mulai Januari hingga April 2025, program ini menyasarkan 3 juta kanak-kanak. Menjelang April hingga Ogos 2025, ia akan mencapai 6 juta kanak-kanak.
AGM KLHA: Tandatangan didakwa palsu, sebuah persatuan hoki digantung
Terdapat dakwaan pemalsuan tandatangan dalam borang pencalonan menjelang AGM KLHA Sabtu ini.
Tiada lagi beregu veteran, Ahsan nangis tinggalkan gelanggang buat kali terakhir
Gandingan beregu veteran Indonesia, Muhammad Ahsan-Hendra Setiawan, sah mengucapkan selamat tinggal kepada dunia badminton.
AI ganti jutaan pekerjaan tetapi wujudkan ratusan juta lagi peluang - Timbalan Menteri Indonesia
Nezar Patria berkata, AI dan teknologi baharu lain dijangka menggantikan kira-kira 92 juta pekerjaan di peringkat global.
Tahun Baharu Cina: Hampir 3 juta kenderaan dijangka memasuki Perak
Nor Sham berkata jumlah trafik ke utara tanah air melalui Perak akan mengalami peningkatan bermula 27 dan 28 Jan.
Mohd Joehari mahu teruskan langkah positif Hamidin
Mohd Joehari berkata segala perancangan direncana Hamidin selama ini, disifatkan sudah cukup baik.
MIDF Amanah jangka inflasi Malaysia cecah 2.8 peratus pada 2025
Bank pelaburan itu dalam satu nota penyelidikan berkata antara perubahan dalam dasar termasuklah rancangan rasionalisasi subsidi kerajaan.
Kejuaraan ACC: KL City kalah 3-2 kepada kelab Vietnam
Skuad kelab Vietnam bermula garang apabila membuka tirai jaringan seawal minit ke-10 menerusi pemain kebangsaan Nguyen Quan Hai.
Kumpulan Palestin tandatangani deklarasi 'tamatkan perpecahan' di Beijing
Kumpulan-kumpulan Palestin berikrar untuk menamatkan perpecahan semasa rundingan damai yang berlangsung di Beijing.
Beijing hasrat 'kurangkan selisih faham' dengan Washington - Menteri Luar China
Menteri Luar China Wang Yi berkata Beijing berhasrat "mengurangkan perselisihan faham dan tanggapan salah" dengan Washington.
PM Anwar terima kunjungan hormat Menteri Luar China di Pulau Pinang
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menerima kunjungan hormat daripada Menteri Luar China Wang Yi.
Menteri Luar China lawat Malaysia hari ini
Lawatan ini akan mengukuhkan lagi hubungan strategik antara kedua-dua negara, merangkumi pelbagai bidang kerjasama untuk manfaat bersama.
Wang Yi adakan lawatan ke Malaysia, dua lagi negara Asia Tenggara mulai hari ini
Jurucakap kementerian berkenaan memberitahu hubungan China dengan Singapura, Malaysia dan Kemboja kini meneruskan trend perkembangan yang baik.
Menteri Luar China akan lawat Singapura, Malaysia dan Kemboja
Menteri Luar China Wang Yi akan melawat Singapura, Malaysia, dan Kemboja dari 10 hingga 13 Ogos.
Menteri Luar China jumpa PM Anwar di Pulau Pinang Jumaat ini
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dijangka akan mengadakan pertemuan bersama Menteri Luar China, Wang Yi di Pulau Pinang, Jumaat ini.
Agong terima menghadap Menteri Luar China Wang Yi
Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan menerima menghadap kunjungan hormat Menteri Luar China Wang Yi di Istana Negara, hari ini.
China komited lindungi sistem antarabangsa diterajui PBB
Sebagai anggota PBB yang bertanggungjawab, China memainkan peranan penting dalam usaha memelihara orde antarabangsa.
Ceroboh ruang udara: China pertahan tindakan 16 pesawat tenteranya
China hari ini mempertahan tindakannya selepas 16 pesawat tenteranya didakwa menceroboh ruang udara Malaysia.