Pihak berkuasa Kemboja pada petang Ahad telah menahan Lay Vannak, Gabenor wilayah Takeo yang digugurkan baru-baru ini, kerana disyaki membunuh perempuan simpanannya Januari lepas, lapor agensi berita China Xinhua.
"Polis kami telah melaksanakan waran tangkap yang dikeluarkan oleh mahkamah dan membawa beliau untuk soal siasat kerana disyaki membunuh perempuan simpanannya," kata jurucakap Kementerian Dalam Negeri, Jeneral Khieu Sopheak, kepada Xinhua.
Menurut waran yang dikeluarkan pada Ahad, Timbalan Pendakwa Raya Mahkamah Perbandaran Phnom Penh, Seang Sok telah mengarahkan pihak berkuasa menahan bekas gabenor itu untuk disoal siasat berhubung pembunuhan yang berlaku di sebuah rumah sewa.
Penahanan itu dibuat seminggu selepas Lay Vannak, 45, digugurkan daripada jawatannya.
Mayat Chev Sovathana, 36, seorang pegawai di Perhimpunan Kebangsaan dan anggota sayap muda parti pemerintah iaitu Parti Rakyat Kemboja, telah dijumpai tergantung di villa sewaannya dalam wilayah Takeo dan polis tempatan melaporkan kes itu sebagai bunuh diri.
Bagaimanapun, Kementerian Dalam Negeri telah melakukan siasatan semula dan mendapati ia adalah kes bunuh.
Beberapa hari sebelum bekas gabenor itu ditahan, polis memberkas lima individu yang disyaki terlibat termasuk Timbalan Ketua Polis Wilayah Takeo, Lay Narith, yang merupakan abang Lay Vannak, serta pemandu dan pembantu rumahnya.
Pada Sabtu, dalam catatan di halaman Facebook, Lay Vannak mengaku bahawa beliau mempunyai hubungan sulit dengan Chev Sovathana namun menafikan telah membunuh wanita itu.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Apr 02 2018
Mayat Chev Sovathana telah dijumpai tergantung di villa sewaannya dalam wilayah Takeo dan polis tempatan melaporkan kes itu sebagai bunuh diri. - Gambar hiasan
Lelaki tikam kekasih 79 kali selepas diberitahu hamil
Suspek dikenali sebagai Jibril turut menafikan bahawa dia merupakan bapa kepada bayi yang dikandung wanita terbabit.
Jiwa SME: Membawa tradisi sulaman ke dunia fesyen kontemporari
Bersama Pengurus Pemasaran & Jualan, Hanna Rauda berkongsi rahsia keindahan seni sulaman Hanna Rauda, sebuah jenama yang menerapkan warisan sambil kekal relevan di era moden.
UCL: Arsenal selangkah mara ke pusingan 16 terbaik
Declan Rice, Kai Havertz dan Martin Odegaard masing-masing menjaringkan gol bagi membantu pasukan memperkukuh status.
Polis siasat kes gambar wanita disunting tanpa pakaian, dijual di laman sosial
Wanita berkenaan mendakwa gambarnya telah disunting dalam keadaan tidak berpakaian serta dijual RM18 sekeping.
#AWANIRingkas 23 Januari 2025 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 23 Januari 2025
1️⃣ BRICS perlu ambil pendirian
2️⃣ SPRM tumpaskan sindiket seludup vape
3️⃣ Singapura tubuh jawatankuasa semak sempadan pilihan raya
#awaniringkas
1️⃣ BRICS perlu ambil pendirian
2️⃣ SPRM tumpaskan sindiket seludup vape
3️⃣ Singapura tubuh jawatankuasa semak sempadan pilihan raya
#awaniringkas
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [23 Januari 2025]
Fokus AWANI Pagi Bersama Afiezy Azaman & Nursyazwani Saiful Sham
Vivy Yusof, suami didakwa atas pertuduhan pilihan salah guna dana Khazanah, PNB.
Guru ingin buat kerja sambilan perlu dapatkan kebenaran – Fadhlina.
2.2 juta kenderaan 'banjiri' lebuh raya bermula Jumaat, PLUS buka 25 Smart Lane.
Vivy Yusof, suami didakwa atas pertuduhan pilihan salah guna dana Khazanah, PNB.
Guru ingin buat kerja sambilan perlu dapatkan kebenaran – Fadhlina.
2.2 juta kenderaan 'banjiri' lebuh raya bermula Jumaat, PLUS buka 25 Smart Lane.
Harga rumah dijangka naik ekoran peningkatan ketara harga bahan binaan - Henry Butcher Real Estate
Tang berkata, pasaran masih belum berada dalam kedudukan yang kukuh dan pemaju tidak dapat menyalurkan kos kepada pembeli rumah.
Berbasikal trek: Boy tanam misi buru gelaran raja pecut negara
Atlet berbasikal trek negara Muhammad Ridwan Sahrom memasang impian untuk menjadi raja pecut berbasikal negara.
Program RTG: Satu bonus buat Fei-Din
Razif mengingatkan juara Terbuka India Super 750 itu supaya bijak merangka perancangan jangka panjang bagi menghindari 'sindrom lesu awal'.
Pengurus rancangan Felda disyaki salah guna kuasa ditahan
Suspek lelaki berusia 43 tahun tersebut telah ditahan kira-kira jam 7 petang, Rabu di pejabat SPRM Johor.
Ahok dapat pengampunan
Selain Ahok, seramai 102,976 banduan di seluruh republik itu turut diberikan pengampunan sama, manakala 2,220 lagi diberi pengampunan penuh.