Bekas ketua Badan Intelijen Negara (BIN) Indonesia AM Hendropriyono mengaku menyerahkan tiga suspek militan kepada agensi perisikan pusat Amerika, CIA, tetapi menafikan beliau mengetahui rancangan sulit negara itu untuk menahan dan menyeksa suspek pengganas dari seluruh dunia dalam usaha memerangi keganasan.
Beliau berkata suspek berkenaan ditahan di Poso, Sulawesi Tengah pada 2002 dalam operasi yang tidak mempunyai kaitan dengan CIA.
"Kami tidak mendapat sebarang perintah daripada CIA. Saya masih ingat, kami menahan tiga warga asing yang terbukti mendalangi pertelingkahan antara penganut Kristian dan Islam di Poso pada sekitar 2002.
"Akhirnya, saya ambil keputusan memindahkan tiga suspek berkenaan kepada CIA kerana pihak berkuasa kami, termasuk Polis Nasional dan Dewan Perwakilan Rakyat, menolak hasil siasatan kami," kata Hendropriyono yang dipetik The Jakarta Post Sabtu.
Akhbar harian itu melaporkan bahawa laporan Open Society Justice Initiative (OSJI) berpejabat di New York setebal 213 halaman mendedahkan bahawa sejak 2002, Hendropriyono dipercayai membantu CIA menahan tiga suspek berkenaan - Muhammed Saad Iqbal Madni, Omar al-Faruq dan Salah Nasir Salim Ali Qaru (Marwan al-Adeni) - dan mendakwa mereka kemudian dipindah ke negara lain untuk ditahan dan diseksa secara rahsia.
Bekas ketua agensi perisikan itu berkata apabila penemuan BIN ditolak, beliau memaklumkan kepada agensi perisikan asing, termasuk CIA, tentang penahanan tiga suspek terbabit.
CIA kemudian meminta BIN menyerahkan suspek kepadanya kerana mereka termasuk dalam senarai orang yang dikehendaki, kata beliau.
Bernama
Sat Feb 09 2013
![Bekas Ketua Perisik Indonesia nafi ketuai operasi sulit CIA Bekas Ketua Perisik Indonesia nafi ketuai operasi sulit CIA](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2013-02/41360386181_295x200.jpg)
Dialog Tiga Penjuru: Segerakan RUU Pendanaan Politik, mula dengan skop lebih kecil – Azam Baki
Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki berkata undang-undang berkaitan pendanaan politik perlu disegerakan dengan tumpuan awal diberikan kepada pendanaan kempen pilihan raya. Jelasnya, penguatkuasaan undang-undang ini adalah ideal ketika ini memandangkan beberpa siri pilihan raya akan bermula tidak lama lagi. #DialogTigaPenjuru
Dialog Tiga Penjuru: Tangani persepsi rasuah dalam kalangan peniaga untuk baiki skor CPI
Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki dan Presiden Transparency International Malaysia (TI-M), Dr. Muhammad Mohan memberi penekanan menangani persepsi rasuah dalam kalangan peniaga untuk memperbaiki skor Indeks Persepsi Rasuah (CPI). #DialogTigaPenjuru
![BNM terbit kertas perbincangan cadangan dasar strategi literasi kewangan kebangsaan 2026-2030 BNM terbit kertas perbincangan cadangan dasar strategi literasi kewangan kebangsaan 2026-2030](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/81732100394_BankNegaraMalaysia.jpg)
BNM terbit kertas perbincangan cadangan dasar strategi literasi kewangan kebangsaan 2026-2030
BNM melalui Jaringan Pendidikan Kewangan (FEN) menerbitkan kertas perbincangan yang menggariskan cadangan dasar bagi Strategi Literasi Kewangan Kebangsaan (NSFL) kedua (2026 - 2030).
PTPK sasar RM 450 juta kutipan pinjaman balik
Kementerian Sumber Manusia memperuntukan dana pinjaman rm 500 juta buat perbadanan tabung pembangunan kemahiran (ptpk) dijangka manfaatkan seramai 20,000 peminjam
MyGAS 2025 fokus atasi cabaran pembiayaan gas asli
Simposium Gas Malaysia (MyGAS 2025) edisi keempat membuka pentas perbincangan mengenai cabaran pembiayaan industri gas sambil memastikan usaha peralihan tenaga bersih mampu dicapai.
Ancaman gajah: Penduduk hidup dalam kebimbangan
Penduduk beberapa kampung di Hulu Terengganu hidup dalam kebimbangan susulan serangan gajah yang semakin menjadi-jadi sejak kebelakangan ini.
![Ringgit ditutup tinggi selepas membetulkan kedudukan terlebih jual Ringgit ditutup tinggi selepas membetulkan kedudukan terlebih jual](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/71701417872_MONEYCHANGE.jpg)
Ringgit ditutup tinggi selepas membetulkan kedudukan terlebih jual
Pada 6 petang, ringgit naik 145 mata peratusan kepada 4.4535/4600 berbanding dolar AS daripada 4.4680/4725 ketika ditutup pada Rabu.
Muhyiddin saran kerajaan wujudkan kertas putih industri padi, beras
Kerajaan disaran mewujudkan kertas putih industri padi dan beras negara bagi memastikan bekalan putih tempatan mencukupi di pasaran.
Wanita maut bersama empat anak, hamil lima bulan
Wanita yang maut dalam kebakaran bersama empat lagi anaknya di Kampung Berangan Enam, Umbai, Jasin, sedang hamil lima bulan.
![1MDB: Azam Baki arah teruskan siasatan sehingga dapat bukti kukuh - Saksi 1MDB: Azam Baki arah teruskan siasatan sehingga dapat bukti kukuh - Saksi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/71729756465_TanSriAzamBaki.jpg)
1MDB: Azam Baki arah teruskan siasatan sehingga dapat bukti kukuh - Saksi
Menurut saksi, Azam mengarahkannya untuk terus menyiasat kes RM2.6 bilion melibatkan Najib, walaupun selepas bertemu dengan individu yang didakwa sebagai "penderma" dari Arab Saudi di Istana Riyadh.
![Bekas Ketua Perisik Indonesia nafi ketuai operasi sulit CIA Bekas Ketua Perisik Indonesia nafi ketuai operasi sulit CIA](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2013-02/41360386181_295x200.jpg)
Bekas Ketua Perisik Indonesia nafi ketuai operasi sulit CIA
Bekas ketua Badan Intelijen Negara Indonesia AM Hendropriyono mengaku menyerahkan tiga suspek militan kepada agensi perisikan pusat Amerika, CIA.