SINGAPURA: Bekas Menteri Pengangkutan Singapura S Iswaran didakwa di mahkamah pada Khamis (18 Jan) dengan pelbagai kesalahan termasuk rasuah dan mendapatkan suapan sebagai penjawat awam, menurut sebuah portal berita tempatan.
Laporan itu menyatakan bahawa beliau mengaku tidak bersalah terhadap 27 pertuduhan secara keseluruhan - dua pertuduhan rasuah di bawah Akta Pencegahan Rasuah, satu pertuduhan menghalang proses keadilan dan 24 pertuduhan mendapatkan suapan sebagai penjawat awam di bawah Kanun Keseksaan.
Beliau mengaku tidak bersalah atas semua pertuduhan itu, menurut laporan berkenaan.
Pertuduhan rasuah pertama mendakwa bahawa Iswaran, dalam kapasitinya sebagai menteri kerajaan, secara rasuah mendapatkan suapan berjumlah S$145,434 daripada taikun hartanah Ong Beng Seng.
Ini adalah sebagai balasan untuk memajukan kepentingan perniagaan Ong yang berkaitan dengan kontrak antara Grand Prix Singapura (GP) dan Lembaga Pelancongan Singapura (STB).
Ong memiliki hak untuk GP Singapura dan menjadi pengerusi promoter perlumbaan GP Singapura, menurut laporan itu.
Portal berita berkenaan melaporkan bahawa Iswaran dituduh mendapatkan suapan 10 tiket "Green Room", lapan tiket yang diberi nama "Twenty3" dan 32 tiket masuk umum ke Grand Prix Formula 1 Singapura 2022 pada Sept 2022.
Suapan itu masing-masing bernilai kira-kira S$48,150, S$56,068 dan S$41,216.
Pertuduhan rasuah kedua menyatakan bahawa Iswaran secara rasuah mendapatkan suapan daripada Ong pada Dis 2022 sebagai pertukaran untuk memajukan kepentingan perniagaannya berhubung kontrak dengan sebuah badan awam mengenai perjanjian kemudahan GP Singapura-STB, serta cadangan untuk kontrak dengan STB untuk menganjurkan konsert maya ABBA Voyage di Singapura.
Iswaran turut berdepan satu pertuduhan menghalang proses keadilan dengan membuat pembayaran balik S$5,700 kepada GP Singapura kira-kira 25 Mei 2023.
Jumlah itu merupakan kos tiket penerbangan kelas perniagaannya dari Doha ke Singapura yang diambil pada 11 Dis 2023, yang ditanggung oleh Ong melalui GP Singapura, menurut laporan itu, merujuk kepada kertas tuduhan.
Baki 24 pertuduhan adalah untuk mendapatkan suapan sebagai penjawat awam, sebagai seorang menteri Singapura.
Laporan itu menyatakan bahawa pertuduhan berkenaan melibatkan tempoh antara Nov 2015 dan Dis 2021.
Menurut laporan itu beliau ditahan pada 11 Julai tahun lepas.
Iswaran berdepan 24 pertuduhan mengikut Seksyen 165 Kanun Keseksaan - memperoleh sesuatu yang bernilai sebagai penjawat awam.
BACA: Menteri Kabinet Singapura S Iswaran letak jawatan, keluar PAP
Individu yang didapati bersalah di bawah Seksyen 165 boleh dipenjara sehingga dua tahun, didenda atau kedua-duanya untuk setiap pertuduhan
Beliau juga didakwa dengan dua pertuduhan rasuah di bawah Seksyen 6(a) dan 7 Akta Pencegahan Rasuah.
Individu yang didapati bersalah mengikut Seksyen 6(a) boleh dipenjara sehingga lima tahun, denda sehingga S$100,000 atau kedua-duanya sekali. Di bawah Seksyen 7, individu boleh dipenjara sehingga tujuh tahun, denda sehingga S$100,000 atau kedua-duanya sekali.
Kesalahan cuba menghalang proses keadilan boleh dihukum penjara sehingga tujuh tahun, denda, atau kedua-duanya.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jan 18 2024
Iswaran (tengah) tiba di mahkamah bersama pasukan guamannya, termasuk peguam kanan Davinder Singh (kiri), di Singapura, 18 Jan 2024. - REUTERS
Amaran kepada Pemuda Pas, Bersatu
SRBR berkata, pihaknya tidak akan teragak-agak menghalau mana-mana pihak yang cuba mengambil kesempatan.
Pas desak kerajaan kaji semula pelaksanaan semakan cukai eksais bagi OMV
Katanya, pelaksanaan yang dijadual bermula tahun depan itu pastinya memberi kesan besar kepada pengguna dan industri automotif di Malaysia.
Arab Saudi keluar amaran hujan lebat, ribut petir hingga Isnin
Mekah dan Riyadh mungkin menghadapi hujan sederhana hingga lebat, hujan batu dan angin kencang yang membawa debu.
ASEAN dan Peranan Strategik Singapura dalam Perdagangan Global
Timbalan Perdana Menteri Singapura, Gan Kim Yong, menekankan pentingnya ASEAN sebagai blok perdagangan utama dalam ekonomi global. Dalam sesi di World Economic Forum 2025, beliau membincangkan inisiatif strategik Singapura dalam ketersambungan fizikal, digital, dan kelestarian untuk memperkukuh hubungan perdagangan serantau dan global.
Belia kini belia paling berkuasa dalam sejarah - Muhammad Yunus
Pemenang Hadiah Nobel dan penasihat kerajaan sementara Bangladesh, Profesor Muhammad Yunus, menyifatkan generasi muda kini sebagai generasi paling berkuasa dalam sejarah manusia. Beliau menyeru dunia untuk mengambil iktibar daripada keberanian anak muda Bangladesh yang mengubah landskap politik negara pada Ogos 2024.
Pencemaran udara paksa 200 sekolah di Bangkok ditutup
Pencemaran udara yang teruk memaksa hampir 200 sekolah di Bangkok ditutup pada Khamis ketika mana pegawai menggesa orang ramai bekerja dari rumah dan mengehadkan kenderaan berat di bandar itu.
Sandwic ham and cheese: Bertindak secara rasional, bijaksana
Lee berkata, isu sensitif perlu dikendalikan melalui saluran yang betul bagi mengelakkan suasana tidak harmoni serta menjadi tidak terkawal.
1,907 kakitangan JPJ jaga kaunter lebih 5 tahun bakal ditukarkan
Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan melaksanakan arahan pertukaran petugas kaunter yang melebihi lima tahun membabitkan 1,907 kakitangan di seluruh negara.
80 anak bekas anggota GISB belum dituntut ibu bapa - Nancy
Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Nancy Shukri berkata seramai 80 daripada 560 anak-anak bekas anggota Global Ikhwan Services and Business (GISB) Holdings Sdn Bhd belum dituntut ibu bapa mereka.
MMA jumpa Dr Dzulkefly untuk perbincangan
Persatuan Perubatan Malaysia (MMA), mengadakan pertemuan dengan Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad dan pegawai kementerian bagi membincangkan isu berkaitan petugas penjagaan kesihatan dan penjagaan kesihatan awam.
Bekas Menteri Pengangkutan Singapura, Iswaran serah diri jalani hukuman penjara
Dia yang berbaju kemeja lengan pendek berwarna biru gelap tiba dengan menaiki kenderaan jenis Toyota Alphard kira-kira jam 3.30 petang.
Bekas Menteri Pengangkutan Singapura, Iswaran tidak rayu hukuman penjara
Bekas Menteri Pengangkutan Singapura, S Iswaran memutuskan untuk tidak mengemukakan rayuan terhadap hukuman penjara 12 bulan terhadapnya.
Bekas menteri Singapura dihukum penjara 12 bulan kerana terima hadiah bernilai RM1.3 juta
Iswaran didakwa memperoleh barangan berharga seperti tiket muzik, bola sepak dan Formula 1 daripada pemegang saham majoriti Singapore GP dan bos syarikat pembinaan.
Bekas Menteri Pengangkutan Singapura hadapi 8 lagi tuduhan baharu
Bekas Menteri Pengangkutan Singapura S. Iswaran sekali lagi didakwa di mahkamah dengan lapan pertuduhan tambahan kerana memperoleh barangan berharga sebagai penjawat awam.
Rasuah: Bekas Menteri Pengangkutan Singapura kembali ke tanah air
Bekas Menteri Pengangkutan Singapura, S Iswaran sudah kembali semula ke tanah air dan turut menyerahkan pasport miliknya.
Bekas Menteri Pengangkutan Singapura berdepan 27 pertuduhan di mahkamah - Laporan
Laporan itu menyatakan bahawa beliau mengaku tidak bersalah terhadap 27 pertuduhan secara keseluruhan.
Menteri Kabinet Singapura S Iswaran letak jawatan, keluar PAP
Lee Hsien Loong menyatakan bahawa Pendakwa Raya pada Khamis telah memfailkan pertuduhan jenayah terhadap S Iswaran di mahkamah.
PM Singapura beri jaminan kerajaan akan bertindak walaupun jejaskan parti
Perdana Menteri Singapura Lee Hsien Loong berkata untuk kebaikan negara, kerajaan akan melaksanakan apa yang perlu dilakukan mengikut undang-undang walaupun ia mungkin memalukan dan menjejaskan parti
Menteri Pengangkutan Singapura S. Iswaran bantu siasatan badan antirasuah - PM Lee
Perdana Menteri Singapura Lee Hsien Loong berkata Menteri Pengangkutan S. Iswaran kini sedang membantu Biro Siasatan Amalan Rasuah (CPIB) dalam siasatan kes yang didedahkan oleh biro itu.
Singapura kaji dan pertimbang suntikan penggalak COVID-19
Mak berkata, cadangan mengenai perkara itu dijangka diumumkan tidak lama lagi.