Isu mengenai keselamatan kapal selam Titan yang hilang ketika melakukan ekspedisi meneroka bangkai kapal Titanic telah dikemukakan sebelum ini, lapor agensi berita Jerman (dpa).
Titan yang membawa lima penumpang termasuk jutawan British, Hamish Harding terputus hubungan dengan pengendali pada Ahad semasa berada kira-kira 435 batu (700 km) di selatan St John's, Newfoundland.
Pengawal Pantai Amerika Syarikat pada Selasa menganggarkan bahawa kapal OceanGate Expeditions berukuran 6.7 meter itu hanya mempunyai bekalan oksigen selama 40 jam.
Individu-individu lain yang berada di atas kapal selam itu adalah Shahzada Dawood, anak lelakinya, Suleman, dan ketua pegawai eksekutif serta pengasas OceanGate, Stockton Rush, yang didakwa bersama penyelam terkenal Perancis, Paul-Henry Nargeolet.
Difahamkan bahawa Raja Charles III turut mengikuti perkembangan mengenai usaha pencarian kapal selam itu kerana Shahzada Dawood merupakan penyokong tegar The Prince's Trust International dan The British Asian Trust, kedua-duanya merupakan badan amal yang ditubuhkan baginda.
Berikutan usaha mencari kapal selam semakin dipergiat pada Selasa, terdapat dakwaan bahawa seorang bekas kakitangan OceanGate mengemukakan kebimbangan mengenai "isu keselamatan dan kawalan kualiti berkaitan Titan kepada pihak pengurusan eksekutif syarikat itu," menurut fail mahkamah.
Bekas pengarah operasi marin OceanGate, David Lochridge mendakwa pada Ogos 2018 bahawa dia telah dipecat secara salah selepas menyuarakan kebimbangan mengenai "penolakan syarikat untuk menjalankan ujian 'non-dectructive' ke atas reka bentuk eksperimen".
Selepas "isu kawalan kualiti" Titan dikemukakan, dalam dokumen itu dinyatakan bahawa Rush meminta Lochridge menjalankan laporan "pemeriksaan kualiti" terhadap kapal selam terbabit.
Semasa proses ini, Lochridge "mengenal pasti pelbagai isu membabitkan keselamatan" tetapi mendakwa dia " menerima layanan dingin dan dinafikan akses" kepada dokumen yang diperlukan sebelum akhirnya dipecat.
Dokumen itu mendakwa bahawa Lochridge menyuarakan kebimbangan tentang "kekurangan ujian 'non-dectructive' yang dijalankan ke atas badan kapal Titan", dan dia turut "mendakwa penumpang Titan berisiko dalam bahaya apabila kapal selam itu mencapai kedalaman yang ekstrem".
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jun 21 2023

Pengawal Pantai pada Selasa menganggarkan bahawa kapal OceanGate Expeditions berukuran 6.7 meter itu hanya mempunyai bekalan oksigen selama 40 jam. - Gambar fail/ Reuters

SOSMA: Penambahbaikan bagi imbangi keselamatan negara, hak asasi individu - Saifuddin
Penambahbaikan terhadap SOSMA adalah bagi mengimbangi keperluan keselamatan negara dengan hak asasi individu selain memastikan ia berkesan dalam menangani aktiviti jenayah serius.
Polis siasat video tular anggota semasa ops tapis
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Jaafar berkata, pihaknya telah terkesan satu kenyataan dan video tular menerusi Facebook pada jam 1 petang Selasa. #AWANInews

Paus Francis disahkan hidap radang paru-paru- Vatican
Paus Francis disahkan menghidap radang paru-paru, menurut kenyataan Vatican pada Selasa, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).

Ahli Parlimen perlu bahas perkara bantu pupuk perpaduan, bukan berunsur hasutan - Fahmi
Ahli Parlimen diingatkan untuk membahaskan perkara yang boleh membantu memupuk perpaduan dalam kalangan masyarakat dan bukannya membangkitkan isu berunsur hasutan.

Jururawat wanita maut selepas langgar belakang lori di lebuh raya SILK
Seorang jururawat wanita maut dalam kemalangan melibatkan empat kenderaan di Kilometer 28.2 Sistem Lingkaran-Lebuhraya Kajang (SILK) semalam.

Firma guaman dikenal pasti terlibat isu seleweng tanah di Selangor - MB
Firma guaman antara entiti lain yang dikenal pasti terlibat dalam kegiatan pindah milik tanah secara tidak sah di Selangor, persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor diberitahu.

Lebih 150 ‘false killer whale’ terdampar di pantai Australia
Lebih 150 false killer whales ditemukan terdampar di sebuah pantai di Australia pada Rabu, lapor pihak berkuasa tempatan.

Berang kena marah, remaja lelaki bakar bapa hidup-hidup
Remaja lelaki berusia 14 tahun bertindak kejam membakar bapa kandungnya selepas dimarahi kerana disyaki mencuri wang di rumah sewa mereka di Ajay Nagar Part 2, Faridabad, India awal pagi Selasa.

Insiden Steven Sim kena marah: DAP siasat jika ada aduan - Anthony
DAP akan menjalankan siasatan tatatertib sekiranya terdapat sebarang aduan dikemukakan berkaitan kejadian Pengerusi DAP Pulau Pinang Steven Sim dimarahi pada satu majlis di Pulau Pinang, Sabtu lepas.

Malaysia dijangka berdepan cabaran pembangunan pusat data AI dengan sekatan terkini AS - Liew
Malaysia dijangka berdepan cabaran dalam pembangunan pusat data kecerdasan buatan (AI) dengan sekatan yang dikenakan oleh Amerika Syarikat.

Pengarah filem Titanic, nafi akan hasilkan filem insiden OceanGate
Cameron menafikan spekulasi bahawa beliau sedang mempertimbangkan untuk menghasilkan filem mengenai malapetaka kapal selam itu.

Cebisan mayat ditemui dalam serpihan kapal selam Titan
Serpihan kapal selam berkenaan, yang meletup ketika misi ekspedisi melihat bangkai Titanic, telah dibawa ke Pelabuhan St John di Kanada.

Pencarian Titan: Pengawal pantai AS 'ambil langkah berjaga-jaga' jika mayat ditemukan
Penyiasat letupan kapal selam Titan "mengambil semua langkah berjaga-jaga" sekiranya mereka menemukan mayat di dasar laut.

Tragedi Titan: Pengawal Pantai Amerika siasat punca kapal selam meletup
Siasatan menyeluruh dilakukan bagi merungkai persoalan mengenai ketiadaan peraturan berhubung ekspedisi Titan ke lokasi bangkai Titanic.

Kanada dan AS siasat insiden kapal selam Titan
Lembaga Keselamatan Pengangkutan Kebangsaan AS menyatakan bahawa Pengawal Pantai AS akan memimpin siasatan mengenai insiden kapal selam itu.

Tragedi Titan: CEO abai amaran tahap keselamatan kapal selam
Pakar penyelidikan laut dalam pernah berbincang mengenai keupayaan Titan menyertai ekspedisi laut dalam dengan CEO OceanGate yang juga mangsa tragedi itu.

Tragedi kapal selam Titan: Ini fakta dan kronologi kejadian yang perlu anda tahu
Semua lima mangsa yang berada dalam kapal selam itu disahkan maut sekali gus menamatkan operasi pencarian yang berlanjutan selama lima hari.

Penumpang kapal selam Titan mungkin keracunan karbon dioksida
Bekalan elektrik yang terputus dalam kapal selam itu juga akan menyebabkan kawalan gas oksigen dan karbon dioksida tidak dapat berfungsi.

Kapal selam Titan meletup berhampiran Titanic, lima penumpang disahkan meninggal dunia
Serpihan kapal selam itu yang ditemui berhampiran Titanic menjadi petunjuk Titan telah berakhir di Laut Atlantik.

Pencarian Kapal Selam: Peronda Pantai AS temukan serpihan berhampiran Titanic
Peronda Pantai Amerika Syarikat (US Coast Guard) menemukan serpihan berhampiran Titanic dalam kawasan pencarian kapal selam yang hilang dengan lima orang di dalamnya.