NEW DELHI: Bekas perdana menteri Pakistan Imran Khan pada Rabu berkata rumahnya diserang apabila pasukan separa tentera bertembung dengan penyokongnya di bandar Lahore.
Polis Pakistan dan pasukan Renjer mengepung rumah Imran untuk menangkapnya.
Anggota partinya Pakistan Tehreek-e-Insaf (PTI) telah berkumpul beramai-ramai di Zaman Park Lahore untuk menghalangnya daripada ditangkap oleh pasukan keselamatan.
"Rumah saya telah diserang sejak petang semalam. Serangan terbaru oleh pasukan Rangers, menyebabkan anggota parti terpaksa menentang tentera. Inilah yang PDM (Pergerakan Demokratik Pakistan, pakatan pelbagai parti menentang Imran) dan musuh Pakistan mahukan," menurut Imran dalam catatan di media sosial pada Rabu.
"Tiada iktibar daripada tragedi Pakistan Timur," kata bekas perdana menteri itu merujuk kepada perpecahan negara itu pada 1971 yang mengakibatkan pewujudkan Bangladesh.
Imran digulingkan pada April tahun lepas dalam undi tidak percaya PDM di Dewan Negara.
Sejak itu, PTI dan kerajaan sentiasa bergolak untuk berebut kuasa dengan Imran terus mengetuai perhimpunan besar-besaran untuk menuntut pilihan raya umum baharu.
Keadaan semakin meruncing sejak beberapa hari kebelakangan ini apabila polis bertindak untuk menangkap Imran berhubung beberapa kes undang-undang yang dilabelkan oleh PTI sebagai bermotifkan politik.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Mar 15 2023

Anggota parti PTI berkumpul beramai-ramai di Zaman Park Lahore untuk menghalang Imran daripada ditangkap oleh pasukan keselamatan. - AP

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Malaysia sasar jadikan Pakistan hab minyak sawit serantau bagi Asia Tengah - MPOB
Ia sejajar dengan peningkatan permintaan dalam sektor makanan Pakistan, sekali gus memberi peluang besar bagi produk minyak sawit Malaysia.

Seorang pekerja maut, 11 terperangkap dalam lombong arang batu runtuh di Pakistan
Letupan itu berlaku ketika lebih 12 pekerja sedang menggali arang batu di kawasan Sanjidi, Quetta, ibu kota Balochistan.

Johari Ghani mulakan lawatan rasmi ke Pakistan, hadiri PEOC
Menteri Perladangan dan Komoditi akan memulakan lawatan rasmi ke Pakistan hari ini untuk merasmikan Persidangan Minyak Makan Pakistan (PEOC) di Karachi.

Beras putih import: BERNAS beri respon kenyataan Syed Abu Hussin
BERNAS berkata Pakistan adalah salah satu negara utama pembekal beras import kepada BERNAS sejak sekian lama.

Cadangan import beras dari Pakistan dibawa kepada Bernas - Syed Abu Hussin
Cadangan itu telah disuarakan kepada Padiberas Nasional Berhad (BERNAS) selaku pengimport tunggal beras di negara ini.

Bekas PM India Manmohan Singh promosi keamanan serantau, kata Pakistan
Singh dipuji kerana membuka ekonomi India pada 1991 ketika memegang jawatan Menteri Kewangan semasa krisis pertukaran asing.

Serangan udara Pakistan di Afghanistan ragut 46 nyawa
Serangan itu turut mencederakan enam individu lain di empat lokasi berbeza di Afghanistan.

Rusia pertimbang penerbangan terus dengan Brazil, Malaysia, Pakistan
Kementerian Pengangkutan Rusia sedang mengadakan rundingan untuk melancarkan penerbangan terus ke Brazil, Malaysia, dan Pakistan.

Banjir: Malaysia terima bantuan kemanusiaan daripada Pakistan
Pesawat kargo khas dari Pakistan yang membawa sumbangan banjir peringkat pertama untuk rakyat Malaysia, selamat mendarat di Terminal MASKargo kira-kira 4.30 petang tadi.

Pakistan zahir hasrat hantar sumbangan banjir kepada Malaysia - PM
Menerusi perbualan telefon mereka petang Sabtu, Shehbaz turut menyatakan simpati kepada Malaysia susulan musibah tersebut.