JOHANNESBURG: Bekas presiden Afrika Selatan Jacob Zuma mungkin akan diperintah untuk menjalani hukuman di penjara, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).
Mahkamah Perlembagaan Afrika Selatan di Johannesburg pada Khamis mengekalkan keputusan Mahkamah Rayuan tahun lepas terhadap pemimpin berusia 81 tahun itu bahawa pembebasan awal dari penjara atas alasan kesihatan, menyalahi undang-undang.
Pihak berkuasa penjara mencabar keputusan ini tetapi Mahkamah Perlembagaan menolak permohonan itu.
Zuma menjadi presiden dari 2009 hingga 2018. Bekas ketua negara dan pemimpin Kongres Kebangsaan Afrika (ANC) itu dijatuhi hukuman penjara 15 bulan pada 2021 selepas enggan memberi keterangan di hadapan jawatankuasa yang menyiasat tuduhan rasuah dan nepotisme semasa beliau memegang jawatan.
Selepas berada di penjara kira-kira lapan minggu, Zuma dibebaskan kerana didakwa mengalami masalah kesihatan.
Orang kepercayaan Zuma, Arthur Fraser, yang menjadi ketua pentadbiran penjara pada masa itu telah mengarahkan pembebasan itu.
Lembaga parol sebelum itu tidak meluluskan pembebasan Zuma.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jul 14 2023
Selepas berada di penjara kira-kira lapan minggu, Zuma dibebaskan kerana didakwa mengalami masalah kesihatan. - Gambar fail
Trump mahu gunakan perjanjian Gaza luaskan diplomasi
Donald Trump menyatakan beliau akan menggunakan momentum perjanjian gencatan senjata Gaza untuk meluaskan Perjanjian Abraham.
Pakistan turunkan tarif elektrik untuk EV, galak pembangunan hijau
EV adalah langkah tepat untuk menangani pencemaran udara yang perlu ditingkatkan bagi menangani perubahan iklim.
Perjanjian ini adalah hasil rundingan panjang dan sukar
Fasa awal gencatan senjata ini akan menghentikan pertempuran yang telah meranapkan banyak kawasan bandar di gaza dan menyebabkan hampir keseluruhan penduduk seramai 2.3 juta orang kehilangan tempat tinggal
Empat Pengarah Syarikat antara lima ditahan reman, siasat penyelewengan dana RM104 juta
Empat ahli lembaga pengarah syarikat antara lima ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia bagi membantu siasatan kes penipuan melibatkan dana pelaburan awam berjumlah RM104 juta.
YTL Group akan labur £4 bilion di UK, sedia lebih 30,000 peluang pekerjaan
Pelaburan tersebut yang merangkumi bandar baharu paling pintar, akan turut menyediakan lebih 30,000 pekerjaan di seluruh UK.
Perjanjian Gencatan senjata di Gaza dimeterai, mula Ahad ini
Rundingan gencatan senjata telah mencapai persetujuan berperingkat pada Rabu untuk menamatkan perang di Gaza antara Israel dan Hamas, menurut kenyataan Amerika Syarikat (AS) dan Qatar.
Penyertaan UK dalam CPTPP peluang tingkat perdagangan dengan Malaysia
Jelas Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, pelaburan oleh syarikat perniagaan Malaysia di UK bukan hanya sekadar memacu pertumbuhan ekonomi, tetapi juga mencerminkan komitmen untuk memupuk perkongsian yang membawa pembangunan secara bersama.
Gencatan senjata: Keutamaan untuk hentikan derita rakyat Palestin - PBB
Menurut Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Antonio Guterres, badan dunia itu bersedia untuk menyokong pelaksanaan perjanjian ini dan meningkatkan penghantaran bantuan kemanusiaan berterusan kepada rakyat Palestin yang terus menderita.
Lebih setengah juta kanak-kanak Afghanistan berisiko kurang nutrisi pada 2025
Antara punca situasi membimbangkan itu adalah keadaan iklim yang ekstrem "membataskan keupayaan orang ramai memberi makan kepada keluarga".
Gencatan senjata: Ini langkah yang diperlukan - Israel
Herzog menyokong perjanjian tersebut dan berkata bahawa pembebasan tebusan Israel, sama ada yang telah meninggal dunia atau masih hidup, yang telah ditahan di Gaza selama 15 bulan, adalah satu kewajipan moral dan kemanusiaan
Bekas Presiden Afrika Selatan Jacob Zuma mungkin diperintah kembali ke penjara
Bekas presiden Afrika Selatan Jacob Zuma mungkin akan diperintah untuk menjalani hukuman di penjara, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).
Nelson Mandela pemimpin luar biasa - Cyril Ramaphosa
Ramaphosa turut berjanji untuk membina sebuah masyarakat yang mempunyai hak yang sama rata di sisi undang-undang dan kehidupan yang lebih baik.
Cyril Ramaphosa presiden baharu Afrika Selatan
Cyril Ramaphosa hari ini telah dipilih sebagai Presiden Afrika Selatan yang baharu selepas bekas presidennya Jacob Zuma meletak jawatan pada Rabu.
Jacob Zuma - kahwin enam kali, punyai anak 20 - 22 orang
Bukan sahaja dalam arena politik, malah kisah peribadi kehidupannya antara yang hangat diperkatakan.
Jacob Zuma, presiden penuh kontroversi
Zuma merupakan Presiden Afrika Selatan yang keempat bermula pada 2009 sehingga 14 Februari 2018.
Terpalit skandal rasuah, Presiden Afrika Selatan letak jawatan
Beliau yang terpalit dengan pelbagai skandal rasuah membuat kenyataan itu menerusi siaran televisyen ke seluruh negara.
Jacob Zuma diberi tempoh 48 jam untuk letak jawatan
Keputusan itu dibuat susulan mensyuarat kepimpinan tertinggi parti Kongres Nasional Afrika Selatan (ANC) yang berlangsung dari Isnin hingga Selasa.
Presiden Afrika Selatan Jacob Zuma diberi kata dua, berundur atau kami pecat anda!
Parti memerintah Afrika Selatan Kongres Nasional Afrika (ANC) sedang berusaha menyelamatkan air muka presiden negara itu Jacob Zuma, dengan mencari jalan terbaik untuk menyingkirkan pemimpin itu.
Ceritalah ASEAN - Bayangan Zuma menjangkau Asia Tenggara
Ia merupakan suatu waktu yang penuh dengan harapan tinggi dan dalam masa sama, perasaan bimbang dan tidak menentu.
Situasi di Zimbabwe: Menteri Luar SADC adakan mesyuarat tergempar
Presiden Afrika Selatan Jacob Zuma, dalam kapasitinya sebagai pengerusi SADC, telah meminta agar mesyuarat itu diadakan pada Khamis di sekretariat SADC di Gaborone, Botswana.