Bekas presiden Perancis, Nicolas Sarkozy akan dibicarakan berhubung tuduhan rasuah dah cuba mempengaruhi saksi.
Tuduhan tersebut adalah satu daripada beberapa tuduhan rasuah yang dikemukakan ke atas Sarkozy.
Sarkozy menafikan terlibat dalam salah laku berkenaan.
Kes terbaru melibatkan dakwaan Sarkozy cuba mendapatkan maklumat secara tidak sah daripada seorang hakim berhubung siasatan yang dijalankan ke atasnya.
Sebelum ini, pendakwa raya turut memfailkan dakwaan ke atas Sarkozy berhubung tuduhan menerima dana dari bekas pemimpin Libya, Muammar Gaddafi untuk pilihan raya Presiden pada 2007.
Sarkozy turut berdepan siasatan jenayah berhubung dakwaan menipu berhubung perbelanjaan kempen ketika pemilihan semula pada 2012.
Sarkozy, pemimpin berhaluan tengah-kanan dilantik sebagai presiden Perancis pada 2007.
Penggal pentadbiran Sarkozy ketika itu dibayangi krisis ekonomi global.
Pada 2008, Sarkozy berkahwin dengan model dan penyanyi kelahiran Itali, Carla Bruni.
Sarkozy gagal dalam cubaan untuk mempertahankan jawatan bagi penggal kedua, apabila tewas kepada Franscois Hollande.
Beliau jadi presiden pertama gagal dipilih untuk penggal kedua sejak 1981.
Agensi
Thu Mar 29 2018

Nicolas Sarkozy nafi terlibat dalam cubaan mempengaruhi saksi - Foto Reuters
Fokus Minggu Depan: Permukiman peluang tingkatkan prestasi jemaah menteri
Ikuti ulasan Penganalisis Politik USM, Profesor Datuk Dr. Sivamurugan Pandian mengenai sesi permukiman jemaah menteri persekutuan yang berlangsung pada 21 dan 22 Februari lalu.

Akademi ASAS Penerangan Komuniti MADANI diperkasa seluruh negara - Fahmi
Program Akademi ASAS Penerangan bagi memperkasa Komuniti MADANI akan diperluas ke seluruh negara ter
Pembahagian kerusi DAP terletak kepada kepimpinan parti
DAP yakin akan bertanding di semua kawasan tradisi mereka di Sabah, namun keputusan muktamad akan dibuat Pengerusi DAP Sabah, Datuk Phoong Jin Zhe.

Dua platform jualan dalam talian diarah turunkan iklan gula-gula kenyal
Dr Dzulkefly berkata berdasarkan profiling yang dibuat, KKM mengenal pasti 86 pautan iklan di dua platform berkenaan mengiklankan produk itu.
Tiada siapa boleh lenyapkan UMNO di Sabah - Bung
Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin menegaskan bahawa tiada siapa yang boleh melenyapkan UMNO dari bumi Sabah sampai bila-bila.
UMNO terbuka kerjasama dengan parti lain
UMNO tidak pernah tutup pintu kerjasama dengan mana-mana parti menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah akan datang.
Kerajaan Persekutuan peruntuk RM454 juta naik taraf bekalan air di Labuan
Kerajaan Persekutuan memperuntukkan RM454.88 juta untuk membaikiĀ dan penambahbaikan sistem bekalan air sepanjang 106.7 kilometer (km) di Labuan yang menyaksikan 37 kmĀ atau 35 peratus daripada projek itu sudah pun siap.

Polis nafi dakwaan pekerja tapak binaan dipukul gengster
Polis menafikan dakwaan berhubung seorang pekerja tapak pembinaan dipukul oleh kumpulan gengster di sebuah tapak pembinaan di Subang Jaya, seperti yang tular di media sosial semalam.
Hujan lebat berterusan hingga Rabu di pantai barat Sabah
MetMalaysia mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada di beberapa kawasan di pantai barat, Sabah mulai Selasa hingga Rabu depan.
Sokongan PIBG penting perkukuh sistem pendidikan negara
Keberhasilan sistem pendidikan negara bukan sahaja bergantung kepada usaha para guru tetapi juga sokongan padu daripada ibu bapa dan komuniti setempat.

Bekas presiden Perancis didakwa cuba mempengaruhi saksi
Bekas presiden Perancis, Nicolas Sarkozy akan dibicarakan berhubung tuduhan rasuah dah cuba mempengaruhi saksi.