KETIKA polis sedang bersedia untuk menahannya bagi membantu dalam kes rasuah, bekas presiden Peru Alan Garcia ditemui berlumuran darah akibat cubaan membunuh diri dengan menembak diri sendiri di bahagian kepala.
Kematiannya disahkan oleh Presiden Martin Vizcarra menerusi satu muat naik di akaun laman sosial Twitter miliknya.
Vizcarra berkata, “Dengan penuh dukacita, saya mengucapkan takziah kepada keluarganya dan kepada mereka yang beliau sayangi.”
Garcia, 69 tahun, dihantar ke hospital di ibu kota Lima pada Rabu dalam keadaan kritikal, menurut laporan berita tempatan Andina.
Dalam satu kenyataan oleh peguamnya Erasmo Reyna di luar hospital Casimiro Ulloa, beliau mengesahkan: “Bekas presiden telah membuat keputusan untuk menembak dirinya sendiri.”
Menurut Menteri Dalam Negeri, Carlos Morán, polis tiba di kediaman Garcia pada 6.30 pagi untuk menahannya bersama waran tangkap.
Namun apabila pihak polis tiba di rumahnya, Garcia meminta mereka untuk menghubungi peguamnya lalu terus masuk ke dalam bilik tidurnya.
Sejurus selepas itu, terdengar satu bunyi tembakan.
Pihak polis memecah masuk ke dalam bilik tersebut dan menemui Garcia dalam posisi terduduk dengan luka di bahagian kepala.
Kementerian Kesihatan negara itu kemudian mengesahkan bahawa Garcia maut akibat kecederaan tersebut.
Garcia memegang jawatan Presiden dari 1985 ke 1990 dan sekali lagi dari 2006 ke 2011.
Beliau disiasat kerana dipercayai terlibat dalam kes rasuah yang dikatakan antara yang terbesar di rantau itu dan membabitkan beberapa pemimpin negara lain di Amerika Latin.
Agensi
Wed Apr 17 2019

Garcia memegang jawatan Presiden dari 1985 ke 1990 dan sekali lagi dari 2006 ke 2011. - Foto Reuters

Kastam rampas senjata api tiruan bernilai RM1.8 juta sepanjang tahun lepas
Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) berjaya menggagalkan 31 kes cubaan membawa masuk senjata api ringan tiruan ke negara ini sepanjang tahun lepas, membabitkan nilai rampasan RM1.8 juta.

Terengganu guna khidmat pelajar tahfiz imam solat tarawih
Semua masjid dan surau digalak melantik imam dalam kalangan pelajar tahfiz yang menguasai aspek al-Quran dan mempunyai ilmu pengetahuan fiqah.

Amaran hujan berterusan tahap waspada beberapa kawasan di Sabah - MetMalaysia
Kawasan terlibat termasuk Ranau dan Kota Belud, Sanadakan, Telupid, Kinabatangan, Beluran serta Kudat.
AWANI Ringkas: PM tegur pihak 'riuh-rendah' isu remeh
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Angka kematian rakyat Palestin meningkat kepada hampir 50,000
Jumlah kematian rakyat Palestin akibat serangan Israel di Gaza sejak Oktober 2023 telah meningkat kepada 48,329, menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa kesihatan yang berpangkalan di Gaza pada hari Sabtu.
Rentak cemerlang diteruskan, menang 2-0 ke atas Shieldz FC
Pasukan bola sepak AWANI FC meneruskan rentak cemerlang bagi tahun 2025 dengan merekodkan kemenangan ke atas pasukan Shieldz FC dalam aksi persahabatan. Lebih manis AWANI FC merekodkan kemenangan itu ketika menyarung jersi baharu tajan Brentt Gard Sdn Bhd.
Geran RM3.174 buat 453 usahawan mikro di Sabah
Kira-kira 453 usahawan mikro, kecil dan sederhana di negeri Sabah bakal menerima geran sebanyak RM3.174 juta menerusi program pembangunan usahawan RISDA.

Jangan bekerja secara silo dalam usaha bangunkan usahawan - Ahmad Zahid
Kerjasama strategik semua pihak termasuk kerajaan negeri dan agensi keusahawanan penting dalam melaksanakan program keusahawanan desa yang berkesan.

Kerajaan tak campur urusan badan penguat kuasa ambil tindakan - PM Anwar
Anwar menjelaskan beliau dan barisan Kabinet tidak mencampuri urusan tindakan pihak berkuasa dalam menjalankan tugas masing-masing.

Yayasan Rizalman Ibrahim biaya dana RM1.2 juta bina surau di Sungai Dua
Rizalman laksana amanah penderma dengan memanjangkan rezeki mereka membiayai pembinaan Surau Ar Rijal.

Bekas presiden Peru tinggalkan nota sebelum bunuh diri
Nota itu yang dibacakan oleh ahli keluarganya ketika upacara pengebumian Garcia menyatakan bahawa beliau membunuh diri supaya dapat elak dimalukan oleh musuh-musuh politiknya.

8 maut, 45 cedera dalam nahas bas pelancong
Lima penumpang yang berada di tingkat atas bas tercampak keluar selepas ia terlanggar batu penghadang.

Bekas presiden Peru bunuh diri sebelum ditahan polis
Polis tiba di kediaman Garcia gagal serah waran tangkap disebabkan mereka menemuinya dalam keadaan berlumuran darah kesan daripada cubaan bunuh diri.