BANGKOK: Bekas Presiden Sri Lanka Gotabaya Rajapaksa boleh masuk ke Thailand seperti yang diminta oleh kerajaan negaranya, tetapi untuk tempoh sementara.
Ketua Pengarah Jabatan Penerangan dan Jurucakap Kementerian Luar Thailand, Tanee Sangrat dalam satu kenyataan berkata pertimbangan untuk membenarkan Gotabaya masuk adalah berdasarkan hubungan mesra yang sudah lama terjalin antara kedua-dua negara.
"Sebagai pemegang pasport diplomatik Sri Lanka, bekas presiden (Gotabaya) boleh masuk ke Thailand tanpa visa untuk tempoh 90 hari, mengikut Perjanjian Pengecualian Visa 2013 antara Thailand dan Sri Lanka.
"Beliau boleh tinggal sementara dengan tujuan perjalanan seterusnya. Tidak ada permohonan suaka politik," katanya ketika diminta mengulas laporan mengenai pergerakan Gotabaya ke Thailand dari Singapura.
Bagaimanapun, beliau tidak mendedahkan bila Gotabaya akan tiba tetapi media tempatan melaporkan beliau dijangka tiba di Thailand pada Khamis.
Thailand akan menjadi negara persinggahan sementara kedua Gotabaya di Asia Tenggara. Bekas presiden itu melarikan diri dari Sri Lanka pada Julai ke Singapura pada 14 Julai melalui Maldives di tengah-tengah bantahan besar-besaran terhadap krisis ekonomi terburuk negara pulau itu dalam tempoh tujuh dekad.
Bulan lalu, kementerian luar Singapura mengeluarkan kenyataan yang mengesahkan bahawa Gotabaya dibenar masuk ke Singapura atas kapasiti "lawatan peribadi".
Jurucakap MFA Singapura berkata Gotabaya tidak meminta suaka dan tidak diberikan sebarang suaka.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Aug 10 2022

Thailand akan menjadi negara persinggahan sementara kedua Gotabaya di Asia Tenggara. - Gambar fail/ AP
Jenazah ADUN Ayer Kuning selamat dikebumikan
Jenazah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Kuning Ishsam Shahruddin, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Rapat Setia, Ipoh pada 10.40 pagi ini
[TERKINI] SPRM tahan empat pegawai ada kaitan PM ke-9
SPRM menahan empat pegawai yang mempunyai kaitan dengan Perdana Menteri ke-9 dan mendapatkan perintah reman di Mahkamah Putrajaya.
Dividen KWSP dijangka lebih baik bagi tahun 2024 - Amir Hamzah
Prestasi memberangsangkan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) pada suku ketiga tahun lepas dijangka memberi pulangan yang baik dari segi dividen kepada pencarumnya
Guru tuisyen ditemukan maut dengan kesan kelar di leher, lengan
Pemangku Ketua Polis Daerah Ipoh Supt Mohamad Sajidan Abdul Sukor berkata pengadu yang merupakan suami kepada wanita itu, membuat laporan polis berkenaan kejadian itu kira-kira 5.30 petang.
Notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning dihantar seawal Selasa - Speaker
Speaker DUN Perak akan menghantar pemakluman notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning seawal Selasa
Yellow House rasmi pembukaan premis baharu
Pertubuhan Kebajikan Masyarakat Yellow House merasmikan pembukaan premisnya yang dinaik taraf di Kampung Ampang Campuran pada Sabtu.
Polis ditembak mati lelaki bersenjata di Amerika syarikat
Tindakan suspek dipercayai berpunca daripada tindak balas mangsa yang cuba mententeramkan suspek yang sebelum itu menjadikan beberapa kakitangan sebagai tebusan di sebuah hospital.
China kesan satu lagi varian baharu koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kanak-kanak lapan tahun maut selepas bot terbalik di Panama
Menurut perkhidmatan sempadan kebangsaan Panama (Senafront), sebelum insiden, bot membawa 21 orang penumpang tersebut meneruskan perjalanan meskipun amaran cuaca buruk telah dikeluarkan.

Enam maut, bumbung pusat beli-belah runtuh di Peru
Pihak berkuasa menjelaskan bahawa struktur yang runtuh bukan sekadar kanopi ringan, sebaliknya merupakan binaan kukuh yang jatuh tepat di kawasan taman permainan kanak-kanak dalam medan selera.

Bekas Presiden Sri Lanka, Rajapaksa akan kembali minggu depan - Laporan
Bekas Presiden Sri Lanka, Gotabaya Rajapaksa yang melarikan diri ketika protes besar-besaran di negaranya pada Julai, dijangka pulang minggu depan.

Bekas Presiden Sri Lanka tidak mohon suaka politik di Thailand
Bekas Presiden Sri Lanka Gotabaya Rajapaksa boleh masuk ke Thailand seperti yang diminta oleh kerajaan negaranya, tetapi untuk tempoh sementara.