ISLAMABAD: Dua bekas banduan yang ditahan di pusat tahanan Amerika Syarikat (AS) di Teluk Guantanamo sehingga tahun 2017 telah selamat pulang ke Afghanistan pada awal pagi Isnin, lebih 20 tahun selepas mereka ditangkap.
Abdul Karim dan Abdul Zahir antara ratusan individu yang disyaki terbabit dalam kumpulan militan yang ditangkap AS semasa 'Perang Terhadap Keganasan' dan kemudian ditahan di penjara rahsia di Cuba itu.
Mereka selamat mendarat di Kabul dari Oman yang mana mereka dipindahkan pada tahun 2017 dan ditahan bawah tahanan di rumah, menurut kakitangan lapangan terbang yang juga anak lelaki Abdul Zahir, Mohammad Osman.
“Alhamdulillah dengan usaha pemimpin Emiriah Islam, ayah saya selamat kembali ke negara ini,” kata Mohammad kepada pihak berkuasa Taliban Afghanistan.
Sebelum ini, pihak berkuasa AS berdepan tuduhan penyeksaan dan penderaan terhadap banduan di pusat tahanan Teluk Guantanamo yang mana ramai ditahan tanpa dikenakan tuduhan atau kuasa undang-undang yang mencabar penahanan mereka.
Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, ramai banduan telah dibebaskan termasuk pemimpin kanan Taliban.
“Saya sangat gembira. Apabila bangun waktu pagi, ia terasa seperti hari raya untuk saya,” jelas Mohammad.
Sebelum itu, dua tahanan itu dibawa ke kawasan tetamu penting yang jauh dari media dan penyokong yang beberapa jambangan bunga bagi menyambut kepulangan mereka.
Abdul Karim dan Abdul Zahir memberitahu media Hurriyat bahawa mereka sangat gembira apabila dapat kembali pulang ke tanah air sendiri.
“Alhamdulillah, saya kembali ke negara saya dalam masa yang ada sistem Islam dan keamanan di seluruh Afghanistan,” ujar Abdul Karim.
Menurut jurucakap Kementerian Dalam Negeri Afghanistan, Abdul Mateen Qani, Abdul Zahir ditahan dalam penjara kontroversi itu pada 2002, tahun sama ia dibuka selepas serangan 11 September 2001 ke atas AS.
Abdul Karim pula yang tiba pada 2003, telah ditahan di Pakistan sebelum diserahkan kepada AS.
Abdul Mateen menambah, kedua-dua lelaki itu berada di bawah pengawasan tanpa rela selama tujuh tahun di Oman.
“Atas usaha Emiriah Islam Afghanistan, sekatan yang dikenakan akan ditarik balik dan mereka akan pulang ke tanah air mereka,” tambahnya,
Dalam pada itu, papan iklan memaparkan kepulangan kedua-dua tahanan tersebut dilihat dipasang dalam perjalanan menuju lapangan kapal terbang.
Kerajaan AS berkata, mereka sedang berusaha untuk mengurangkan bilangan tahanan dan akhirnya menutup pusat tahanan Teluk Guantanamo, yang terletak di pulau Cuba yang kini berada di bawah bidang kuasa Washington. - Sinar Harian memetik agensi
Sinar Harian
Wed Feb 14 2024
Abdul Zahir antara ratusan individu yang disyaki terbabit dalam kumpulan militan yang ditangkap AS semasa 'Perang Terhadap Keganasan'. - Foto AP
Trump mahu hidupkan semula TikTok, minta 50 peratus pemilikan AS
Trump menyatakan beliau akan mengeluarkan perintah eksekutif apabila memegang jawatan presiden pada Isnin untuk membenarkan TikTok kembali beroperasi.
PM Anwar hadir ramah mesra bersama rakyat Malaysia di Belgium
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menghadiri Majlis Minum Petang dan Ramah Mesra bersama rakyat Malaysia di Belgium.
10 Berita Pilihan - (19 Januari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Isnin – 20 Januari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Trak beratur panjang sedia salur bantuan di Gaza
Dalam pada itu, trak-trak bantuan mula memasuki Gaza melalui pintu masuk lintasan sempadan Rafah pada Ahad. Ia sebahagian dari usaha kemanusiaan untuk memperbanyak bantuan seperti yang dipersetujui di bawah perjanjian genjatan senjata antara Hamas dan Israel.
Hati remuk lihat kampung halaman musnah sepenuhnya
Penduduk Palestin yang berpindah ke serata kawasan mula kembali ke tempat asal mereka. Perjalanan kembali mereka mencabar, menelurusi sisa-sisa runtuhan, membawa hati yang berat melihat tempat mereka membesar kini telah runtuh menyembah bumi.
Israel sedia serahkan nama 90 tebusan Palestin untuk dibebaskan
Israel bersedia menyerahkan senarai dengan nama 90 tebusan Palestin untuk dibebaskan pada Ahad sebagai pertukaran kepada tiga tebusan wanita warga Israel yang ditahan.
Penduduk Gaza meraikan gencata senjata
Penduduk Gaza dan beberapa pejuang Hamas berkumpul di hadapan Hospital al-Aqsa di Dier Al Balah serta Khan Younis pada Ahad meraikan gencatan senjata yang berkuat kuasa pada 11.15 pagi waktu tempatan.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 19 Januari 2025.
Malaysia kukuhkan hubungan serantau di Permukiman AMM Langkawi
Kementerian Luar memaklumkan kedua-dua menteri menegaskan kepentingan kerjasama erat dalam mencapai Visi Komuniti ASEAN 2045.
Bekas tahanan Guantanamo kembali ke Afghanistan
Abdul Karim dan Abdul Zahir antara ratusan individu yang disyaki terbabit dalam kumpulan militan yang ditangkap AS.
Dua rakyat Malaysia ditahan di Guantanamo mungkin pulang ke Malaysia menjelang akhir tahun
Dua rakyat Malaysia yang mengaku bersubahat dalam insiden pengeboman Bali, Indonesia mungkin kembali ke Malaysia sebelum akhir tahun ini.