Menurut Maghreb Arab Press (MAP), Quintin berkata demikian pada sidang media selepas mengadakan perbincangan dengan Menteri Hal Ehwal Luar, Kerjasama Afrika dan Ekspatriat Maghribi, Nasser Bourita, di Rabat pada Rabu.
Perbincangan dengan Bourita "membantu saya memahami selok-belok pelan autonomi ini dan menyedari kewujudan isu ini untuk Maghribi," katanya sambil menegaskan bahawa Belgium memahami betapa pentingnya isu itu bagi Maghribi.
"Beberapa rakan kongsi utama di peringkat Eropah dan antarabangsa telah mengubah pendirian mereka," katanya, sambil menekankan bahawa Maghribi dan Belgium "akan terus bekerjasama secara konstruktif dalam perkara ini."
Belgium "menyokong sepenuhnya proses PBB (Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu) bagi penyelesaian politik yang adil, berkekalan dan dapat diterima bersama" serta "mengiktiraf peranan eksklusif PBB dalam proses politik," kata Quintin.
Beliau turut mengulangi sokongan Belgium terhadap "Resolusi 2703 Majlis Keselamatan PBB, yang menekankan peranan dan tanggungjawab pihak-pihak yang terlibat dalam mencari penyelesaian politik yang realistik, pragmatik dan berkekalan berdasarkan kompromi."
Pendekatan konstruktif Belgium ini selaras dengan momentum antarabangsa yang dipacu oleh Raja Maghribi, Raja Mohammed VI, dalam menyokong kedaulatan Maghribi ke atas Sahara serta Pelan Autonomi negara itu. - BERNAMA