ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini, Selasa, 23 November 2021.
1. 45 maut dalam nahas jalan raya di Bulgaria
Sekurang-kurangnya 45 orang terkorban dalam nahas jalan raya melibatkan sebuah bas di barat Bulgaria pada Selasa, lapor Xinhua memetik Agensi Berita BTA.
2. Suspek rempuhan perarakan di Waukesha hadapi lima pertuduhan membunuh dengan sengaja
Seorang lelaki berusia 39 tahun di Milwaukee, sebuah bandar di negeri Wisconsin AS, berdepan lima pertuduhan percubaan membunuh dengan sengaja selepas memandu merempuh perarakan percutian yang diadakan di Waukesha, Wisconsin pada Ahad petang, mengorbankan lima orang dan mencederakan lebih 40 yang lain.
3. COVID-19: Slovakia kenakan sekatan ke atas warga belum divaksin
Slovakia pada Isnin memperkenalkan sekatan yang lebih ketat ke atas rakyatnya yang belum divaksin untuk tempoh tiga minggu.
4. COVID-19: Austria laksana kembali perintah sekatan
Austria menjadi negara Eropah Barat pertama melaksanakan semula perintah sekatan selepas proses vaksinasi susulan peningkatan kes COVID-19.
5. COVID-19: Dapatkan vaksin atau anda akan kena virus - Menteri Kesihatan beri amaran keras
Kerajaan Jerman pada Isnin mengeluarkan amaran paling keras kepada rakyatnya susulan gelombang keempat COVID-19 di negara itu.
6. Bekas Presiden Korea Selatan Chun Doo-hwan meninggal dunia
Bekas Presiden Korea Selatan Chun Doo-hwan yang pernah menerima kritikan kerana merampas kuasa meninggal dunia pada Selasa.
7. The Fed: Joe Biden umum pencalonan semula Jerome Powell
Presiden Joe Biden mengumumkan pencalonan semula Jerome Powell sebagai Pengerusi Rizab Persekutuan (The Fed) Amerika Syarikat untuk penggal kedua.
8. Singapura: Lawatan Panglima TLDM perkukuh hubungan ketenteraan
Panglima Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Laksamana Tan Sri Mohd Reza Mohd Sany yang dalam rangka lawatan pengenalan ke Singapura mengadakan kunjungan terhadap Menteri Pertahanan Singapura Dr Ng Eng Hen, di Kementerian Pertahanan (MINDEF) pada Isnin.
9. PM Thailand garis tiga keutamaan perkukuh hubungan ASEAN-China
Perdana Menteri Thailand Prayuth Chan o-cha menggariskan tiga keutamaan untuk memperkukuh serta memperkasa lagi hubungan ASEAN dan China dalam mewujudkan perkongsian strategik komprehensif.
10. Hubungan teguh mampu pacu ASEAN jadi kuasa ekonomi, kata Jokowi
Kerjasama ASEAN-China pada masa depan perlu tertumpu kepada peralihan ekonomi, tenaga dan digital untuk menjadikan rantau itu sebagai kuasa ekonomi, kata Presiden Indonesia Joko Widodo (Jokowi).
Astro Awani
Tue Nov 23 2021
![Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-11/71636215185_BAP.jpg)
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Laporan portal berita mengelirukan, berniat jahat - Arifin Arif
Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah, Datuk Mohd Arifin Mohd Arif menafikan pendedahan sebuah portal yang mendakwa beliau menawarkan penyelesaian bagi menuduh mulut individu yang mendedahkan skandal rasuah melibatkan aktiviti perlombongan di Sabah.
1,500 anggota, pegawai PDRM ditugaskan di sekitar Batu Caves
Sebanyak 1,500 pegawai dan anggota polis kontinjen Selangor akan ditempatkan di sekitar Batu Caves bagi mengawal keadaan sempena sambutan Thaipusam, Selasa depan.
PAC panggil Loke bukan atas dasar politik - Mas Ermieyati
Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) terkejut dengan kenyataan Menteri Pengangkutan bahawa cadangan untuk memanggil Anthony Loke dianggap bermotifkan politik.
Pengerusinya, Datuk Mas Ermieyati Samsudin berkata, badan siasatan itu adalah sebuah Jawatankuasa Pilihan ditubuhkan Majlis Dewan Rakyat yang bertindak secara profesional.
Pengerusinya, Datuk Mas Ermieyati Samsudin berkata, badan siasatan itu adalah sebuah Jawatankuasa Pilihan ditubuhkan Majlis Dewan Rakyat yang bertindak secara profesional.
MAHAR kecam keras rancangan pemindahan rakyat Palestin
Malaysian Humanitarian Aid & Relief (MAHAR) dengan tegas menolak dan mengutuk rancangan pemindahan rakyat Palestin seperti dicadangkan Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump.
Akaun aplikasi X Tun Dr Mahathir digodam
Aplikasi X milik bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad iaitu @chedetofficial digodam dan tidak dapat diakses pada Rabu.
Hamas tolak sekeras-kerasnya cadangan Trump
Pemimpin Kanan Hamas, Izzat el-Reshiq berkata pihaknya menolak sekeras-kerasnya cadangan Presiden Donald Trump ke atas Gaza.
Palestin milik rakyatnya, cadangan Trump dikecam
Cadangan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump untuk mengambil alih Semenanjung Gaza mendapat tentangan rakyat Palestin dan menyifatkan ia pelanggaran serius undang-undang antarabangsa.
![Lawatan Mirziyoyev perkukuh hubungan Malaysia-Uzbekistan - PM Anwar Lawatan Mirziyoyev perkukuh hubungan Malaysia-Uzbekistan - PM Anwar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81738772325_AnwarIbrahim.jpg)
Lawatan Mirziyoyev perkukuh hubungan Malaysia-Uzbekistan - PM Anwar
Anwar turut menzahirkan keyakinan bahawa lawatan Mirziyoyev itu mampu memberi manfaat yang maksimum kepada Malaysia serta rakyat.
11 terbunuh, lima cedera tembakan di pusat pendidikan di sweden
Sekurang-kurangnya 11 terbunuh dalam kejadian tembakan di pusat pendidikan Risbergska, Orebro Sweden pada Selasa.
AS hantar pesalah migran ke Guantanamo Bay, Trump perluas kem tahanan
Sebuah pesawat tentera Amerika Syarikat membawa migran yang ditahan telah mendarat di Guantanamo Bay, Cuba pada Selasa.
Menurut pegawai tenteranya, Presiden Donald Trump merancang untuk menggunakan pangkalan tentera laut di Cuba bagi menempatkan puluhan ribu migran yang ditahan.
Menurut pegawai tenteranya, Presiden Donald Trump merancang untuk menggunakan pangkalan tentera laut di Cuba bagi menempatkan puluhan ribu migran yang ditahan.
![Romania, Bulgaria sertai sepenuhnya zon sempadan bebas Schengen Romania, Bulgaria sertai sepenuhnya zon sempadan bebas Schengen](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/81735740304_Bulgaria.jpg)
Romania, Bulgaria sertai sepenuhnya zon sempadan bebas Schengen
Ini menandakan integrasi penuh mereka ke dalam zon perjalanan tanpa pasport di Eropah.
![Moscow akan balas langkah Bulgaria batal akreditasi wartawan Rusia Moscow akan balas langkah Bulgaria batal akreditasi wartawan Rusia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-08/81690904910_FlagRusia.jpg)
Moscow akan balas langkah Bulgaria batal akreditasi wartawan Rusia
Rossiyskaya Gazeta melaporkan bahawa Bulgaria akan mengekstradisi pewartanya Alexander Gasyuk tanpa sebarang alasan akan langkah itu.
![Rusia hentikan bekalan gas asli ke Poland, Bulgaria Rusia hentikan bekalan gas asli ke Poland, Bulgaria](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-04/41651032888_PolandsPrimeMinis.jpg)
Rusia hentikan bekalan gas asli ke Poland, Bulgaria
Perdana Menteri Poland Mateusz Morawiecki mengesahkan menerima notis daripada Gazprom untuk menggantung bekalan gas.
![Sindiket Bulgaria promosi kualiti dokumen palsu, tunjuk contoh pasport Sylvester Stallone Sindiket Bulgaria promosi kualiti dokumen palsu, tunjuk contoh pasport Sylvester Stallone](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-01/71612069101_Pasport.jpg)
Sindiket Bulgaria promosi kualiti dokumen palsu, tunjuk contoh pasport Sylvester Stallone
Empat warga Bulgaria ditahan pihak berkuasa kerana mendalangi sindiket hasilkan pasport selain wang kertas palsu.
![Wartawan penyiaran Bulgaria dirogol, dibunuh Wartawan penyiaran Bulgaria dirogol, dibunuh](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-10/41538973556_BULGARIA.jpg)
Wartawan penyiaran Bulgaria dirogol, dibunuh
Seorang wartawan penyiaran wanita diperkosa dan dibunuh di utara bandar Ruse, Bulgaria kata pendakwa raya dan menteri semalam.