ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 19 Januari 2022.
1. Bencana | New Zealand komited hantar bantuan ke Tonga
Menteri Luar New Zealand, Nanaia Mahuta berkata, ketika ini negaranya menghantar bekalan air bersih dan keperluan lain namun abu tebal masih menutupi landasan utama di lapangan terbang sekali gus melambatkan proses mobilisasi bantuan ke negara itu.
2. Pengkritik fesyen Andre Leon Talley meninggal dunia
Wartawan, pengkritik fesyen yang juga pengarang majalah US Vogue, André Leon Talley dilaporkan meninggal dunia pada usia 73 tahun.
3. Indonesia tetapkan harga minyak masak
Kerajaan Indonesia mula melaksanakan dasar satu harga untuk minyak masak bermula tengah malam 19 Januari, kata Menteri Perdagangan Muhammad Lutfi. Harga jualan minyak masak di negara itu ditetapkan pada Rp14,000 (hampir AS$1) seliter.
4. Gurun Sahara diliputi salji, jaluran ais
Tompokan salji terdapat di beberapa tempat di bahagian barat Gurun Sahara di barat laut Algeria, pada Selasa lalu. Lokasi itu yang terletak di luar bandar Ain Sefra iaitu salah satu tempat paling kering di dunia dikejutkan dengan kehadiran salji dan hablur-hablur ais.
5. Satu daripada setiap lima rakyat AS dijangkiti COVID-19
Sejumlah lebih 66,000,000 kes COVID-19 dilaporkan di seluruh AS pada Selasa, iaitu kira-kira satu perlima daripada populasi AS.
6. Lelaki tertua di dunia meninggal pada usia 112 tahun
Lelaki tertua di dunia Saturnino de la Fuente dilapor meninggal dunia di rumahnya di Leon, Sepanyol pada Selasa. Menurut laporan Guinness World Records, de la Fuentue berusia 112 tahun dan 341 hari ketika mendiang menghembuskan nafas terakhir.
7. PM UK mungkin berdepan undi tidak percaya
Perdana Menteri Britain, Boris Johnson mungkin berdepan undi tidak percaya susulan pendedahan beberapa majlis keramaian yang diadakan di kediaman rasminya semasa perintah sekatan COVID-19.
8. Lelongan vila dengan mural Caravaggio gagal tarik minat pembeli
Sebuah vila di tengah Rom yang mengandungi satu-satunya mural di bahagian siling oleh artis gaya Baroque Itali, Caravaggio gagal menarik minat pembeli semasa lelongan dalam talian diadakan pada Selasa.
9. Empat sekeluarga nyaris maut diserang gajah naik minyak
Seekor gajah yang bersaiz besar dan sedang marah bertindak menolak sebuah kenderaan yang dinaiki empat beranak sehingga terbalik di Taman Wetland iSimangaliso, wilayah KwaZulu-Natal, Afrika Selatan baru-baru ini.
10. Ketika ekonomi digital melonjak, jenayah siber turut meningkat
Secara puratanya terdapat 270 serangan siber bagi setiap organisasi sepanjang 2021, peningkatan sebanyak 31 peratus berbanding 2020, dengan setiap kejayaan pelanggaran siber menyebabkan syarikat menanggung kos AS$3.6 juta (RM15,060,600 juta).
Astro Awani
Wed Jan 19 2022

Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Genai capai tahap guna nilai perniagaan tahun ini - AWS Thailand
Teknologi kecerdasan buatan (AI) generatif (GenAI) akan mencapai tahap penggunaan untuk nilai perniagaan tahun ini, beralih dari penggunaan dalam projek perintis pada tahun 2024.
Sokongan teguh Australia penting di sebalik perubahan keutamaan bantuan global- Ketua ASEAN
Setiausaha Agung ASEAN Dr Kao Kim Hourn menekankan kepentingan komitmen berterusan Australia terhadap pembangunan serantau, terutama ketika keutamaan bantuan global berubah susulan keputusan pentadbiran Donald Trump membekukan bantuan asing Amerika Syarikat.
Lapangan Terbang Phnom Penh adakan latihan simulasi
Latihan tindak balas kecemasan yang mensimulasi kemalangan pesawat dijalankan di Lapangan Terbang Antarabangsa Phnom Penh pada Jumaat.
ADMM bincang pemusatan ASEAN - Mohamed Khaled
Mesyuarat Menteri-Menteri Pertahanan ASEAN (ADMM) kekal sebagai platform penting untuk mempertahankan dan membincangkan pemusatan ASEAN dalam persekitaran global dan serantau yang semakin berkembang.
Negara BRICS berdepan kemungkinan kenaikan 150 peratus Niaga AWANI
Negara-negara anggota BRICS berpotensi menghadapi kenaikan tarif sehinga 150 peratus daripada Amerika Syarikat. Presiden Donald Trump mengeluarkan amaran tersebut selepas mendakwa kesatuan itu cuba menghancurkan Dolar.
Kumpulan 20 harus pupuk kerjasama capai sasaran
Berbaki lima tahun lebih sebelum tarikh akhir 2030 untuk Matlamat Pembangunan Mampan (SDG), Menteri Hubungan Antarabangsa dan Kerjasama Afrika Selatan Ronald Lamola menekankan peranan kumpulan 20 (G20) dalam memupuk kerjasama mencapai sasaran ini.
Indonesia mahu tarik pelabur di World Expo Osaka 2025
Indonesia berhasrat menarik pelaburan dalam industri pembuatan lestari dengan menyertai World Expo 2025 Osaka pada April depan.
Greece beri amaran, impak terhadap import zon Eropah
Greece memberi amaran tarif baharu Amerika Syarikat ke atas import zon Eropah boleh memberi impak yang signifikan terhadap pertumbuhan ekonomi di rantau itu.
Kekuatan ekonomi domestik kurangkan kesan konflik perdagangan AS
Penurunan eksport Malaysia ke Amerika Syarikat dijangka menjejaskan pertumbuhan ekonomi negara, namun kekuatan ekonomi domestik mampu menjadi penampan kepada kesan negatif tersebut.
Sektor perikanan pemacu ekonomi di Sabah
Sabah terus memperkukuhkan industri perikanan dengan memberi fokus kepada peningkatan rantaian bekalan perusahaan akuakultur selain pemeliharaan ikan melalui pertanian kontrak yang memberi fokus kepada pasaran eksport.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.