ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 8 Mei 2023.
1. Keselamatan sempadan fokus utama - Tentera Thailand
Tentera Diraja Thailand (RTA) menegaskan situasi di sempadan Thailand-Malaysia sentiasa dipantau serta menjadi fokus utama kerajaan demi keselamatan penduduk di kedua-dua negara.
2. Sidang Kemuncak ASEAN 2023: Penyertaan Timor Leste, krisis Myanmar antara tumpuan - Zambry
Pelan hala tuju penyertaan Timor Leste ke dalam ASEAN antara perkara yang bakal menjadi tumpuan sempena Sidang Kemuncak ASEAN Ke-42 di Labuan Bajo, Indonesia pada 9 hingga 11 Mei ini.
3. Biden gesa Kongres haramkan senjata api susulan insiden tembakan di pasar raya Texas
Presiden Amerika Syarikat (AS) Joe Biden pada Ahad menggesa Kongres meluluskan rang undang-undang yang mengharamkan senjata api selepas insiden tembakan terbaharu di Texas, lapor Agensi Anadolu (AA).
4. Liga Arab terima semula keanggotaan Syria selepas 12 tahun
Liga Arab pada Ahad memutuskan untuk menerima semula keanggotaan Syria selepas keanggotaanya digantung selama 12 tahun, lapor Agensi Anadolu (AA).
5. Angkasawan wanita pertama Arab Saudi berlepas ke ISS 21 Mei
Angkasawan wanita pertama Arab Saudi akan berlepas ke Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS) pada 21 Mei ini, lapor Agensi Anadolu (AA) memetik agensi angkasa lepas AS NASA.
6. Ukraine lapor serangan udara di Kiev, Odessa
Ukraine mendakwa Rusia melancarkan beberapa siri serangan udara ke atas negara itu pada awal pagi Isnin, lapor dpa.
7. Pilihan Raya Turkiye: Perhimpunan pembangkang dicemari insiden lemparan batu
Ketegangan semakin meningkat menjelang Pilihan Raya Turkiye apabila sebuah perhimpunan parti pembangkang dicemari insiden rusuhan dan serangan.
8. Konsert Pertabalan: Putera William zahir penghargaan, persembahan ekstravaganza
Putera William menzahirkan penghargaan kepada bapanya dalam konsert ekstravaganza bagi meraikan pertabalan Raja Charles III.
9. 21 orang maut, bot pelancong terbalik di Kerala, India
Sekurang-kurangnya 21 orang termasuk beberapa kanak-kanak maut apabila sebuah bot pelancong terbalik dan karam di Kerala, India pada Ahad, lapor media tempatan.
10. EU cadang kenakan sekatan terhadap 7 firma China didakwa sokong tentera Rusia
Kesatuan Eropah bercadang untuk mengenakan sekatan terhadap beberapa syarikat China yang didakwa menyokong operasi ketenteraan Rusia di Ukraine, lapor Sputnik.
Astro Awani
Mon May 08 2023

Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.
PM tegaskan tiada syarat sokong beliau jika mahu peruntukan
Perdana Menteri menegaskan kerajaan tidak pernah menetapkan sebarang syarat yang memerlukan Ahli Parlimen pembangkang untuk menyokonh beliau sekiranya mahu mendapat peruntukan.
Kerajaan Persekutuan adakan perbincangan dengan Sarawak
Kerajaan Persekutuan akan mengadakan perbincangan dengan kerajaan Sarawak bagi memperincikan skop kerjasama antara Petroleum Sarawak Bhd (Petros) dan Petroliam Nasional Bhd (Petronas).

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 22 Februari 2025.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 21 Februari 2025.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 20 Februari 2025.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 18 Februari 2025.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 17 Februari 2025.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 16 Februari 2025.