ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 6 November 2023.
1. Lebih 2,000 orang hilang, Gaza perlukan segera pasukan pertahanan awam
Angka kematian di Gaza meningkat kepada 9,770 pada Ahad, dengan sekurang-kurangnya 2,000 lagi masih belum dikesan dan dikhuatiri tertimbus dalam runtuhan rumah dan bangunan yang musnah akibat serangan udara tanpa henti oleh rejim Zionis.
2. Tentera udara Jordan 'gugurkan' bantuan perubatan di Semenanjung Gaza
Tentera Udara Jordan mengambil langkah berani melaksanakan misi menggugurkan bantuan perubatan dan farmaseutikal ke hospital medan Jordan di Semenanjung Gaza.
3. 33 terbunuh, pesawat pejuang Israel mengebom kem pelarian Gaza
Pesawat pejuang Israel terus-menerus menyerang kem pelarian di Semenanjung Gaza pada awal Ahad, menyebabkan 33 terbunuh dan puluhan lagi cedera.
4. Negara-negara Arab kutuk keras kenyataan menteri Israel guna senjata nuklear di Gaza
Negara-negara Arab seperti Arab Saudi, Jordan, Qatar dan Yaman pada Ahad mengutuk sekeras-kerasnya kenyataan seorang menteri kabinet Israel yang mencadangkan untuk menggugurkan bom nuklear di Gaza sebagai satu daripada 'pilihan' Israel pada masa akan datang, lapor Agensi Anadolu.
5. 5 pengunjung pub maut dirempuh SUV di Victoria
Seramai lima pengunjung sebuah pub di negeri Victoria, Australia maut selepas sebuah kereta dipandu seorang warga emas merempuh premis itu pada Ahad, lapor Xinhua.
6. Drama tebusan di Lapangan Terbang Hamburg berakhir
Drama tebusan membabitkan seorang kanak-kanak di Lapangan Terbang Hamburg, Jerman berakhir selepas 18 jam.
7. Perang Palestin-Israel: Korban kanak-kanak hampiri 5,000
Sekurang-kurangnya 4,880 kanak-kanak terbunuh daripada jumlah keseluruhan manga korban seramai 9,770 orang sepanjang berlaku peperangan antara Israel dan Hamas di Gaza yang genap sebulan esok, kata Kementerian Kesihatan Palestin.
8. Presiden UAE arah operasi kemanusiaan bantu penduduk Gaza
Presiden Emiriah Arab Bersatu (UAE) Sheikh Mohamed bin Zayed Al Nahyan mengarahkan Kementerian Pertahanan untuk memulakan operasi kemanusiaan 'Gallant Knight 3', yang bertujuan membantu rakyat Palestin di Semenanjung Gaza.
9. Pakistan: Doktor dijangkiti 'Crimean-Congo' meninggal dunia
Kerajaan wilayah Balochistan di barat daya Pakistan mengeluarkan amaran pada Ahad mengenai penularan demam berdarah Crimean-Congo (CCHF) selepas seorang doktor meninggal dunia, menurut kenyataan rasmi.
10. Pemindahan Gaza digantung sementara selepas ambulans jadi sasaran
Pemindahan rakyat Gaza yang cedera bersama pemegang pasport asing melalui lintasan Rafah ke Mesir telah digantung sejak Sabtu.
Astro Awani
Mon Nov 06 2023

Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

3 bas meletup di Tel Aviv, polis Israel tuduh pengganas
Dua butir bom turut ditemukan dalam bas yang berasingan berjarak kira-kira 500 meter antara satu sama lain.

‘Palestin bukan untuk dijual’: Presiden Abbas tegaskan tolak rancangan pemindahan paksa
Presiden Palestin tegaskan negaranya "bukan untuk dijual" dan menolak sebarang usaha pemindahan penduduk Palestin secara paksa.

Kanak-kanak dilanggar depan sekolah, terperosok bawah MPV
Pihak JBPM Putrajaya menerima laporan berhubung kejadian pada 4.55 petang, melibatkan sebuah MPV jenis Perodua Alza.

Malaysia komited pimpin ASEAN tangani jenayah rentas sempadan - Ahmad Zahid
Malaysia komited untuk memimpin ASEAN dalam menangani pelbagai bentuk jenayah rentas sempadan termasuk penipuan dalam talian.

Enam juruterbang TUDM jalani latihan kendali pesawat FA-50M di Korea Selatan Oktober ini
Enam juruterbang TUDM akan jalani latihan intensif untuk membiasakan diri dengan sistem operasi pesawat baharu FA-50M di Korea Selatan pada Oktober ini.

Tipu umrah: Polis rakam keterangan 9 individu
Menurut Ramli, pegawai penyiasat telah merakam percakapan sembilan individu antaranya pengadu, pengarah dan kakitangan syarikat berkenaan.

Wanita kunci kepada dialog intra-Islam, kata pakar
Wanita berperanan memajukan dialog intra-Islam dan pembangunan masyarakat, menyumbang kepada pembentukan generasi akan datang melalui toleransi.

JK HARMONI bincang kaedah terbaik perkukuh perpaduan - Mohd Na'im
JK HARMONI mencari jalan dan memberikan pandangan kepada kerajaan tentang kaedah terbaik untuk memperkukuh perpaduan masyarakat.

Jemaah haji diingat dapatkan vaksin COVID-19
Jemaah haji berumur 65 tahun ke atas serta mereka yang dikategorikan sebagai berisiko tinggi diingatkan untuk mendapatkan vaksin COVID-19.

G20 mesti terus perjuangkan penyelesaian diplomatik kepada konflik
Presiden Afrika Selatan gesa G20 untuk terus memperjuangkan penyelesaian diplomatik kepada konflik di seluruh dunia.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 20 Februari 2025.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 18 Februari 2025.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 17 Februari 2025.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 16 Februari 2025.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 15 Februari 2025.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 14 Februari 2025.