1. Jokowi, anak dan menantu dipecat PDIP
Parti Demokrasi Indonesia Perjuangan (PDIP) hari ini secara umum dan rasmi memecat Joko Widodo (Jokowi), anaknya, Gibran Rakabuming Raka, dan menantunya, Bobby Nasution, dan 27 pengikut lainnya dari parti berkenaan.
2. Thaksin Shinawatra dilantik penasihat peribadi kepada Pengerusi ASEAN – PM Anwar
Bekas Perdana Menteri Thailand, Thaksin Shinawatra dilantik sebagai penasihat peribadi kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim yang akan mengetuai ASEAN sebagai pengerusi baharu tahun depan.
3. Bekas jeneral tinggi ditahan di Brazil atas tuduhan rancang rampasan kuasa
Seorang bekas jeneral ditahan pada Sabtu di Brazil atas dakwaan terlibat dalam rancangan rampasan kuasa terhadap kerajaan Presiden Luiz Inacio Lula da Silva, lapor Agensi Anadolu memetik media tempatan.
4. Indonesia bebaskan lima rakyat Australia ahli pengedar dadah ‘Bali Nine’
Lima rakyat Australia terakhir daripada kumpulan terkenal penyeludup heroin, “Bali Nine”, telah pulang ke tanah air selepas Canberra mencapai perjanjian dengan Indonesia untuk menamatkan hukuman penjara selama dua dekad di luar negara.
5. Filipina arah pemindahan sepenuhnya penduduk susulan kemungkinan letusan semula gunung berapi
Filipina mengarahkan pihak berkuasa tempatan pada Ahad untuk melengkapkan proses pemindahan penduduk dalam zon bahaya sekitar enam kilometer daripada Gunung Berapi Kanlaon menjelang Isnin berikutan peningkatan aktiviti gunung berapi itu.
6. Pakistan lancar kempen anti-polio baharu susulan peningkatan kes
Kerajaan Pakistan melancarkan kempen anti-polio baharu secara besar-besaran pada Ahad selepas jumlah kes meningkat kepada 63 setakat ini pada 2024, menurut Pejabat Perdana Menteri.
7. Thailand bakal anjur perbincangan tidak rasmi mengenai krisis Myanmar minggu ini
Kementerian Luar Thailand akan menganjurkan dua mesyuarat serantau minggu ini bagi membincangkan pelaksanaan Konsensus Lima Perkara (5PC) berhubung krisis yang sedang berlaku di Myanmar.
8. Presiden Brazil Lula dibenar keluar hospital selepas pembedahan pendarahan otak
Presiden Brazil Luiz Inacio Lula da Silva dibenarkan keluar dari hospital selepas menjalani pembedahan akibat pendarahan otak.
9. Bank of England dijangka kekalkan kadar asas selepas inflasi meningkat
Bank of England dijangka mengekalkan kadar faedah semasa dalam keputusan dasar seterusnya pada Khamis.
10. Indonesia perkukuh keterjaminan minyak ekoran penurunan pengeluaran dan ketidakstabilan global
Berdepan dengan penurunan tahunan dalam pengeluaran minyak pasca jualan dan gangguan pada rantaian bekalan global, Indonesia menghadapi cabaran besar untuk mengekalkan keterjaminan bekalan minyak.