ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 30 Disember 2024.


1. Pesawat Jeju Air terlibat nahas kendali 13 penerbangan dalam 48 jam sebelum insiden

Pesawat itu juga didapati telah mengembara ke destinasi antarabangsa, termasuk Beijing, Bangkok, Kota Kinabalu, Nagasaki dan Taipei.



2. Nahas Jeju Air: Juruterbang lapor pelanggaran burung - Pihak berkuasa

Juruterbang penerbangan komersial Korea Selatan yang terbabas dari landasan dan terbakar dilaporkan mengalami pelanggaran dengan burung sejurus sebelum pendaratan cemas.


3. Amnesty International desak Israel bebaskan petugas kesihatan yang ditahan

Organisasi itu menegaskan bahawa Israel mesti segera membebaskan semua rakyat Palestin yang ditahan secara sewenang-wenangnya, terutama petugas kesihatan.


4. Nahas Jeju Air: 141 daripada 179 mangsa dikenal pasti

MUAN (Korea Selatan), 30 Dis (Bernama-Yonhap) - Setakat ini, mayat 141 daripada 179 mangsa yang terkorban dalam nahas pesawat Jeju Air minggu ini telah dikenal pasti.


5. Sistem kesihatan Gaza di ambang kehancuran, WHO desak henti serangan ke atas hospital

Tedros berkata Hospital Al-Ahli dan Hospital Pemulihan Al-Wafa di Bandar Gaza telah diserang tentera Israel, menyebabkan kerosakan pada kedua-dua bangunan itu.


6. Bayi kelima maut di bumi Gaza akibat cuaca sejuk melampau

Tragedi berlaku ketika ribuan keluarga terus bertahan dalam khemah sementara di Deir al-Balah akibat genosid yang sedang berlangsung.


7. Kerjasama Malaysia-China harus diperluas ke sektor baharu - PM Anwar

Anwar berkata tahun ini merupakan ulang tahun ke-50 terjalinnya hubungan diplomatik di antara Malaysia dan China.


8. Orang ramai beri penghormatan terakhir buat mangsa nahas Jeju Air

Tragedi ini merupakan nahas maut pertama dalam sejarah Jeju Air, antara syarikat penerbangan kos rendah terbesar di Korea Selatan yang ditubuhkan pada 2005.


9. Biden isytihar 9 Jan sebagai hari berkabung atas pemergian bekas Presiden Jimmy Carter

Carter, Presiden AS ke-39 yang berkhidmat dari 1977 hingga 1981, meninggal dunia pada usia 100 tahun pada Ahad.


10. Lapangan terbang Norway kembali beroperasi selepas insiden pendaratan cemas pesawat KLM

Pesawat yang dalam perjalanan dari Oslo ke Amsterdam terpaksa dilencongkan ke Torp berikutan kegagalan sistem hidraulik.