ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 15 Januari 2025. 


1. Presiden Yoon enggan beri keterangan

Presiden Korea Selatan Yoon Suk Yeol dilaporkan enggan memberi keterangan semasa sesi soal siasat.



2. Biden larang kemasukan kenderaan pintar dari China, Rusia atas risiko keselamatan

Presiden Amerika Syarikat mengumumkan larangan terhadap teknologi dari China dan Rusia dalam kenderaan, berikutan kebimbangan keselamatan.


3. Hampir 100 lubang jalan dikesan di Singapura berikutan hujan lebat berterusan

Hampir 100 lubang jalan dikesan di seluruh Singapura dalam 12 hari pertama Januari 2025 berikutan hujan lebat yang berterusan.


4. SEC AS saman Musk berkaitan pengambilalihan Twitter

Suruhanjaya Sekuriti dan Bursa Amerika Syarikat umum bahawa ia menyaman jutawan Elon Musk berkaitan pengambilalihan Twitter.


5. Trump kutip tarif melalui perkhidmatan hasil luar

Trump berkata bahawa beliau akan mewujudkan Perkhidmatan Hasil Luar untuk mengutip tarif dan hasil lain dari negara asing.


6. Presiden ICJ Nawaf Salam letak jawatan, galas jawatan PM Lubnan

Salam secara rasmi meletak jawatan sebagai anggota mahkamah itu berkuat kuasa serta-merta.


7. Gencatan senjata Gaza hampir dimeterai

Hamas memberitahu, kumpulan itu masih menunggu Israel menyerahkan peta yang menunjukkan bagaimana tenteranya akan berundur dari Gaza.


8. Indonesia rancang tetapkan had umur minimum penggunaan media sosial

Indonesia merancang keluarkan peraturan bagi menetapkan umur minimum untuk pengguna media sosial dalam usaha melindungi kanak-kanak.


9. Kebakaran LA: Angin kuat Santa Ana boleh tingkatkan kebakaran hutan

Angin Santa Ana yang bertiup dari gurun telah menyebarkan bara api sejauh 3 kilometer di hadapan kebakaran.


10. Jepun catat 70 juta kes COVID-19, 130,000 kematian sepanjang lima tahun

Berdasarkan populasi Jepun sekitar 120 juta, sekurang-kurangnya 73 juta orang dipercayai telah dijangkiti, minimum sekali.