ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 18 Januari 2025.

1. Gencatan senjata Gaza bermula 8.30 pagi Ahad - Qatar

Kementerian Luar Qatar mengumumkan bahawa perjanjian gencatan senjata di Gaza akan berkuat kuasa pada 8.30 pagi waktu tempatan Ahad, 19 Januari.


2. Dua hakim maut, seorang cedera dalam insiden tembakan di luar Mahkamah Agung Tehran - Laporan

Dua hakim Mahkamah Agung Iran maut manakala seorang lagi cedera dalam insiden tembakan di luar bangunan mahkamah itu di Tehran pada Sabtu.


3. Kempen pengusiran migran Trump bermula Selasa dengan serbuan di Chicago - Laporan

Pasukan Presiden Amerika Syarikat (AS) yang akan datang di bawah pimpinan Donald Trump merancang untuk memulakan serbuan besar-besaran terhadap migran tanpa dokumen di Chicago minggu depan.


4. TikTok mula ditutup di Amerika esok kecuali jika Biden campur tangan

Pengurusan aplikasi TikTok memaklumkan, perkhidmatan media sosial itu akan dihentikan di Amerika Syarikat (AS) berkuat kuasa esok jika pentadbiran Presiden Joe Biden tidak memberi jaminan.


5. Nigeria sertai BRICS sebagai negara rakan - Kementerian Luar Brazil

Nigeria kini secara rasmi menjadi negara kesembilan yang menyertai BRICS sebagai negara rakan, menurut kenyataan Kementerian Luar Brazil.


6. Trump bincang hubungan dengan Presiden China Xi melalui telefon

Presiden Terpilih Amerika Syarikat (AS), Donald Trump, pada Jumaat menyatakan beliau mengadakan perbualan telefon yang "sangat baik" dengan Presiden China, Xi Jinping.


7. Bekas PM Kemboja Hun Sen jamin beri sokongan diplomatik untuk AIPA ke-46 di Kuala Lumpur

Bekas Perdana Menteri Kemboja, Hun Sen menyeru ASEAN bertindak sebagai satu blok untuk mencapai matlamat bersama sambil memberi jaminan sokongan Kerajaan Kemboja kepada Perhimpunan Antara Parlimen ASEAN (AIPA) ke-46.


8. Pembinaan semula Gaza dijangka 1 trilion dolar - PM Anwar

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, Malaysia akan membantu usaha yang dirintis Jepudengan meminta negara itu menyegerakan persidangan mengenai Kerjasama antara Asia Timur untuk Pembangunan Palestin (CEAPAD) bagi membincangkan perkara berkenaan.


9. Akibat cuaca sejuk, majlis angkat sumpah Trump dipindah ke lokasi tertutup

Majlis angkat sumpah Presiden Amerika Syarikat (AS) yang bakal dilantik, Donald Trump, akan dipindahkan ke lokasi tertutup, seperti yang diumumkan pada Jumaat, disebabkan suhu yang sangat sejuk dijangka berlaku di ibu negara.


10. Rusia, Iran tandatangani Perjanjian Perkongsian Strategik Komprehensif untuk tingkatkan kerjasama - Putin

Presiden Rusia, Vladimir Putin memuji penandatanganan Perjanjian Perkongsian Strategik Komprehensif antara Rusia dan Iran, yang disifatkan akan meningkatkan kerjasama dalam semua sektor.