ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 22 Januari 2025.


1. Lebih ramai rakyat Palestin ingin pulang susulan gencatan senjata Ahad lepas - Duta Palestin

Jumlah rakyat Palestin yang ingin pulang ke tanah air meningkat sejak gencatan senjata di Gaza berkuat kuasa Ahad lepas, kata Duta Palestin ke Malaysia, Walid Abu Ali.



2. Angka korban meningkat kepada 19 susulan banjir kilat dan tanah runtuh di Jawa Tengah

Angka korban akibat banjir kilat dan tanah runtuh di Pekalongan, Jawa Tengah, meningkat kepada 19 orang selepas dua lagi mayat ditemukan pada pagi Rabu, menurut Badan Nasional Pengurusan Bencana (BNPB) Indonesia.


3. Tiada rakyat Malaysia terlibat dalam kebakaran hotel di Turkiye - Wisma Putra

Tiada rakyat Malaysia dilaporkan terkorban dalam kebakaran dahsyat di Hotel Grand Kartal, Pusat Peranginan Ski di Kartalkaya di Wilayah Bolu, Turkiye yang meragut 76 nyawa dan 51 yang lain cedera.


4. 1.4 bilion orang mengembara rentas negara pada 2024 - UNWTO

Pertubuhan Pelancongan Dunia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNWTO) mengumumkan pada Selasa bahawa 1.4 bilion orang telah mengembara ke seluruh dunia pada 2024, menandakan pemulihan kukuh bagi industri pelancongan global selepas pandemik COVID-19 yang menyebabkan krisis terburuk dalam industri itu pada 2020-2021.


5. Kerja pembaikan lintasan Rafah sedang dijalankan menjelang pembukaan semula

Kerja-kerja pembaikan sedang dijalankan di lintasan sempadan Rafah di sebelah Palestin dengan rancangan untuk membuka semula pintu masuk itu dalam beberapa hari bagi memudahkan penghantaran bantuan yang lebih banyak ke Gaza.


6. Trump lancar projek mega AI AS$500 bilion dengan Openai, Softbank, Oracle

Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump pada Selasa mengumumkan inisiatif pelaburan kecerdasan buatan (AI) besar-besaran bernilai AS$500 bilion dengan sokongan OpenAI, SoftBank dan Oracle bagi memperkukuh infrastruktur AI serta mewujudkan peluang pekerjaan di negara itu.


7. Hamas beri 'cenderahati' kepada tawanan dibebaskan

Seramai tiga tawanan dibebaskan Hamas tidak pulang ke Israel dengan tangan kosong.


8. Gaza mula pulih, penduduk mahu kehidupan normal - PBB

Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) akui situasi di Gaza semakin baik.


9. Qatar mahu PA kembali mentadbir di Gaza

atar berharap Pihak Berkuasa Palestin atau Palestin Authority (PA) akan kembali memainkan peranan mentadbir Gaza, sebaik perang dengan Israel tamat.


10. Angka korban kebakaran hotel Turkiye meningkat kepada 76 orang

Angka kematian insiden kebakaran sebuah resort di pergunungan Bolu, Turkiye kini meningkat ke 76 orang.