ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 23 Januari 2025. 


1. WEF 2025: Israel mahu jadikan Gaza seperti Dubai

Israel bersedia membolehkan UAE, Arab Saudi, dan pihak lain membina semula Gaza dengan syarat ia tidak mengancam Israel.



2. Tanah runtuh Jawa Tengah: Angka kematian meningkat kepada 21

Menurut agensi pencarian dan penyelamat, Basarnas, sekurang-kurangnya 13 individu turut cedera dalam kejadian tersebut.


3. CNN rancang berhentikan ratusan pekerja, beralih ke operasi digital

CNN turut merancang untuk memindahkan beberapa rancangannya dari Washington dan New York ke Atlanta bagi mengurangkan kos operasi produksi.


4. Cabaran digital dan realiti kehidupan pascaperang di Syria

Hanya sekitar 36% populasi Syria terhubung dengan internet, dengan kelajuan yang sangat rendah dan sering terganggu, terutama di kawasan luar bandar yang terjejas akibat konflik.


5. Gempa bumi berukuran 6.1 magnitud gegar selatan Filipina

Gempa tektonik berkenaan berpotensi mencetuskan gegaran susulan dan menyebabkan kerosakan.


6. Trump kerah 1,500 tentera ke sempadan AS-Mexico

Penambahan tentera itu akan menyokong kontinjen kira-kira 2,200 anggota aktif yang sudah berada di sempadan, menjalankan tugas logistik dan pentadbiran.


7. WEF 2025: Potensi besar ASEAN jadi tumpuan di pentas global - Anwar

ASEAN berpotensi sebagai rantau yang terus berkembang dengan pertumbuhan ekonomi lebih pesat.


8. Perancis keluarkan waran tangkap terhadap Bashar

Ketika ini, enam pegawai kanan tentera Syria telah menjadi sasaran waran tangkap Perancis.


9. PM Singapura tubuh Jawatankuasa Semakan Sempadan Pilihan Raya

Ini sekali gus merupakan satu petunjuk pilihan raya umum di negara itu mungkin diadakan tidak lama lagi.


10. AS dilanda ribut salji luar biasa

Dua kes kematian berpunca selesema di Texas manakala dua lagi kematian akibat hipotermia di Georgia dan Milwaukee.