ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 25 Januari 2025.


1. AS namakan semula Teluk Mexico kepada "Teluk Amerika"

Jabatan Dalam Negeri Amerika Syarikat (DoI) pada Jumaat mengumumkan Teluk Mexico kini dikenali sebagai "Teluk Amerika" susulan perintah eksekutif yang dikeluarkan oleh Presiden Donald Trump, lapor agensi berita Jerman (dpa).



2. Lebih 3 juta rakyat Palestin "dipenjara" oleh pihak berkuasa Israel - Kementerian

Kementerian Luar dan Ekspatriat Palestin mendedahkan bahawa lebih tiga juta rakyat Palestin kini "dipenjarakan" di bandar, pekan, dan kem pelarian mereka oleh pihak berkuasa Israel, dengan menghadapi sekatan ketat terhadap akses kepada pekerjaan, pendidikan, penjagaan kesihatan, dan tempat ibadah.


3. "Jika saya mati, ampunkan saya, ibu, ayah," tulis kanak-kanak Gaza sebelum maut

"Jika saya mati, ampunkan saya, Ibu, Ayah," tulis Azmi Abu Al-Shaar, seorang kanak-kanak Palestin berusia 10 tahun dalam telefon bimbitnya sebelum terkorban dalam serangan udara Israel yang menyasarkan rumah keluarganya semasa serangan genosid ke atas Gaza yang berlarutan selama 15 bulan.


4. Dua panda baharu dari China tampil di Zoo Negara Washington

Dua ekor panda dari China membuat penampilan sulung kepada umum di Zoo Negara Washington, DC pada Jumaat, lapor Agensi Anadolu.


5. Kakitangan hospital Israel siap sedia tunggu pembebasan tahanan dari Gaza

Kakitangan di Kompleks Beilinson Schneider di Israel mempersiapkan bilik dan rawatan sementara menunggu lebih banyak tebusan dibebaskan dari Gaza.


6. Trump anggap tarif sebagai "kuasa besar ke atas China"

Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump menggambarkan tarif sebagai senjata ampuh terhadap China.


7. Pengawal Pantai China pantau aktiviti penghantaran bekalan semula Filipina di Ren'ai Jiao

Filipina pada Jumaat menghantar sebuah kapal awam untuk menghantar bekalan kepada kapalnya yang terkandas secara haram di Ren'ai Jiao di Laut China Selatan, kata jurucakap Pengawal Pantai China (CCG), lapor Xinhua.


8. Hamas rekrut 15,000 pejuang sejak bermula perang dengan Israel - Laporan

PASUKAN pejuang Palestin, Hamas telah merekrut antara 10,000 dan 15,000 anggota sejak bermulanya perang dengan Israel, menurut Reuters.


9. China lancar garis panduan pertama untuk insurans kenderaan tenaga baharu

China pada Jumaat melancarkan garis panduan pertamanya untuk insurans kenderaan tenaga baharu (NEV), memperkenalkan langkah yang bertujuan menangani cabaran utama yang sedang dihadapi sektor itu, lapor Xinhua.


10. Presiden Ukraine tuduh Putin cuba manipulasi Trump

PRESIDEN Ukraine, Volodymyr Zelensky menuduh Presiden Rusia, Vladimir Putin cuba memanipulasi Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump untuk mencapai matlamatnya.