ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 30 Januari 2025. 


1. Juara dunia luncur ais disahkan antara mangsa nahas Black Hawk-American Airlines

US Figure Skating, dalam kenyataan rasmi, menzahirkan kesedihan di atas tragedi dan mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa.



2. Nahas Black Hawk-American Airlines boleh dielak - Trump

Operasi mencari dan menyelamat sedang dijalankan oleh pasukan penyelamat tempatan dan tentera.


3. Nahas Black Hawk-American Airlines: 18 mayat ditemukan di Sungai Potomac

Polis berkata terdapat sekurang-kurangnya tiga kawasan serpihan di dalam air dikenal pasti dan sekurang-kurangnya 18 mayat telah ditemukan.


4. Pesawat terhempas di Sudan Selatan, 20 terkorban

Nahas berlaku kira-kira 10 minit selepas berlepas, dipercayai akibat kegagalan struktur sayap pesawat.


5. Pihak berkuasa Korea Selatan siasat punca kebakaran pesawat Air Busan

Kebakaran berlaku ketika pesawat bersiap untuk berlepas ke Hong Kong, dipercayai berpunca daripada bateri mudah alih dalam ruang penyimpanan.


6. Lebih 423,000 penduduk menyeberang dari selatan ke utara Gaza - PBB

Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu melaporkan hampir 430,000 orang sedang bergerak dari selatan Semenanjung Gaza ke utara enklaf itu.


7. Konflik selatan Thailand: Pasukan rundingan damai baharu akan ditubuhkan

Sebuah pasukan rundingan damai kerajaan baharu akan ditubuhkan bagi menangani konflik yang berterusan di selatan Thailand.


8. Mesir tidak akan terlibat dalam pemindahan paksa rakyat Palestin

Presiden Mesir menegaskan, negaranya tidak akan terlibat dalam sebarang pemindahan paksa rakyat Palestin.


9. Penduduk Israel protes berhampiran Kementerian Pertahanan di Tel Aviv

Warga Israel meneruskan protes berhampiran Kementerian Pertahanan di Tel Aviv sehari sebelum tiga tebusan dijadualkan dibebaskan pada Khamis.


10. Amerika Syarikat naikkan sasaran tahanan pendatang tanpa izin kepada 1,800 sehari - Laporan

Pentadbiran Trump menetapkan sasaran sekurang-kurangnya 1,800 tahanan sehari dengan setiap 25 pejabat ICE diwajibkan membuat sekurang-kurangnya 75 tangkapan.