ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 11 Februari 2025.


1. Pemindahan paksa rakyat Gaza adalah penghapusan etnik dan tidak boleh diterima - Mohamad Hasan

Datuk Seri Mohamad Hasan menyuarakan pendirian itu ketika dihubungi rakan sejawatnya dari Iran, Seyyed Abbas Araghchi pada Isnin.



2. China bersedia tingkatkan kerjasama dengan pelbagai pihak dalam bidang AI

China komited merancakkan landskap pembangunan yang terbuka, inklusif dan saling menguntungkan dalam bidang AI.


3. Sasaran jumlah dagangan AS$10b bakal buka peluang baharu dengan Malaysia - Erdogan

Erdogan berkata, sasaran itu adalah selari dengan visi kedua-dua negara untuk meningkatkan mobiliti dan kepelbagaian dalam perdagangan dan pelaburan, yang bakal memanfaatkan Malaysia dan Turkiye.


4. Malaysia-Turkiye terus fokus kukuhkan hubungan bilateral

Pertemuan empat mata di antara Anwar dan Erdogan menyentuh fokus memperkukuhkan lagi hubungan bilateral, selain bertukar-tukar pandangan tentang isu serantau dan global.


5. FBI temui ribuan dokumen rahsia berkaitan pembunuhan John F Kennedy

BIRO Penyiasatan Persekutuan (FBI) mendedahkan ribuan dokumen yang sebelum ini tidak pernah didedahkan berkaitan pembunuhan bekas Presiden Amerika Syarikat, John F Kennedy (JFK).


6. Google Maps paparkan 'Gulf of America' untuk pengguna di AS

Alasan yang diberikan, ia merupakan 'amalan dalam menerapkan perubahan nama apabila ia telah dikemas kini dalam sumber rasmi kerajaan.'


7. 1 maut, 3 cedera dalam insiden babitkan dua jet di Arizona, AS

Sebuah pesawat Learjet 35A terbabas dari landasan dan melanggar jet perniagaan 'Gulfstream 200' yang berada di kawasan lapangan terbang Scottsdale.


8. Trump dedah sudah berhubung dengan Presiden China, Xi Jinping sejak kembali ke White House

Kata Trump, beliau mempunyai hubungan peribadi yang sangat baik dengan Presiden Xi Jinping.


9. Amaran Donald Trump: Malapetaka akan tercetus jika Hamas enggan bebas tebusan Israel

Ditanya apa maksud "segala malapetaka" yang mungkin berlaku di Gaza, Trump berkata: "Anda akan tahu dan mereka akan tahu - Hamas akan tahu apa yang saya maksudkan."


10. Elon Musk tawar beli OpenAI hampir AS$100 Billion, Sam Altman kata “no thank you”

Reaksi Sam Altman kepada Musk: "Tapi kami sudi beli Twitter dengan harga AS$9.74 bilion jika anda mahu."