ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 13 Februari 2025. 

1. Korban letupan gedung beli-belah Taiwan meningkat kepada 5 orang, 13 lagi cedera

Letupan gas di sebuah gedung beli-belah di Taichung, Taiwan, sekitar 11 pagi Khamis mengakibatkan lima maut, manakala 13 lagi cedera.

2. 4 maut dalam letupan pusat beli-belah Taiwan

Insiden berlaku sekitar jam 11.30 pagi dan dipercayai berpunca daripada letupan gas membabitkan kerja-kerja perobohan di tingkat 12.

3. Pesawat tentera AS terhempas di Teluk San Diego

Dua juruterbang berjaya diselamatkan selepas jet pejuang itu terhempas ke dalam air di kawasan Shelter Island.

4. PM India tiba di AS untuk perbincangan dengan Trump

Modi yang merupakan pemimpin asing keempat melawat Trump sejak beliau mengangkat sumpah sebagai Presiden, turut dijadual bertemu usahawan teknologi Elon Musk.

5. Bekas bos Google bimbang AI akan digunakan oleh pengganas

Korea Utara, Iran atau bahkan Rusia boleh menggunakan teknologi AI untuk mencipta senjata biologi, kata Eric Schmidt.

6. ASEAN berpotensi jadi ‘kuasa pertengahan’, tangani ketegangan geopolitik - Zambry

Katanya, dengan peralihan daripada sistem unipolar kepada sistem multipolar, ASEAN boleh membawa suara seruan ke arah penyelesaian diplomatik.

7. ‘Kekuatan Amerika’ boleh ‘mendesak Rusia ke arah keamanan’ - Zelenskyy

Zelensky berkata, Presiden Trump telah memaklumkannya mengenai apa yang disampaikan oleh Presiden Rusia, Vladimir Putin.

8. Trump jangka bertemu Putin di Arab Saudi

Terdahulu, Presiden Putin telah menjemput Presiden Trump untuk melawat Moscow.

9. Zelenskyy juga seperti Putin mahu keamanan untuk Rusia dan Ukraine - Trump

Presiden AS bercakap dengan Presiden Ukraine melalui telefon selepas berbincang dengan Presiden Rusia.

10. Tentera Israel bakar rumah di selatan Lubnan, langgar gencatan senjata

Tentera Israel juga melepaskan tembakan ke arah pinggir bandar Bint Jbeil dan meletupkan sebuah ladang di kawasan sempadan Aita al-Shaab