1. Ekonomi Singapura berkembang 4.4 peratus pada 2024 - MTI
Ekonomi Singapura berkembang 4.4 peratus pada 2024, meningkat daripada anggaran awal 4.0 peratus, menurut Kementerian Perdagangan dan Industri (MTI).
2. PM Thailand Paetongtarn sokong Kepengerusian ASEAN Malaysia, seru hubungan serantau lebih erat
Perdana Menteri Thailand Paetongtarn Shinawatra menyokong sepenuhnya Kepengerusian ASEAN oleh Malaysia pada 2025, dengan memuji tema "Keterangkuman dan Kemampanan" yang disifatkannya sebagai tepat pada masanya dan selaras dengan keutamaan kolektif ASEAN.
3. Ketua Liga Arab tegas tolak penyingkiran rakyat Palestin, ingatkan 'Gaza bukan untuk dijual'
Setiausaha Agung Liga Arab Ahmed Aboul-Gheit pada Khamis menegaskan pendirian tegas organisasi itu menolak sebarang percubaan untuk menyingkirkan rakyat Palestin dari tanah mereka, sambil menekankan bahawa "Gaza bukan untuk dijual."
4. Hamas akan bebaskan tawanan seperti dipersetujui jika Israel patuh gencatan senjata
Kumpulan Pejuang Palestin Hamas berkata pada Khamis bahawa ia sedia untuk menyambung semula pembebasan tawanan seterusnya pada Sabtu jika Israel mematuhi syarat perjanjian gencatan senjata Gaza.
5. China gesa AS tinggalkan mentaliti jumlah sifar
China menggesa Amerika Syarikat (AS) supaya meninggalkan mentaliti jumlah sifar, membetulkan tindakan yang salah, kembali ke landasan yang betul dalam sistem perdagangan pelbagai hala serta bekerjasama dengan negara lain untuk menangani kebimbangan masing-masing melalui rundingan secara saksama.
6. PM New Zealand minat inisiatif Jabatan Audit Negara tingkat ketelusan
Perdana Menteri New Zealand Christopher Luxon menyatakan minat terhadap inisiatif yang diperkenalkan kerajaan terutama Jabatan Audit Negara (JAN) dalam meningkatkan ketelusan, integriti dan akauntabiliti pengurusan kewangan kerajaan melalui aktiviti pengauditan.
7. Kapal pengangkut pesawat AS berlanggar dengan kapal dagang berhampiran Mesir
Kapal pengangkut pesawat kelas Nimitz, USS Harry S. Truman berlanggar dengan kapal dagang Besiktas-M berhampiran Mesir, lapor Anadolu Ajansi memetik pengumuman Tentera Laut Amerika Syarikat (AS).
8. Jasad anggota tentera pengaman PBB dihantar pulang ke Afrika Selatan
Jasad 14 anggota Pasukan Pertahanan Nasional Afrika Selatan (SANDF) yang terbunuh dalam pertempuran dengan kumpulan bersenjata M23 di bahagian timur Republik Demokratik Congo (DRC) dihantar pulang ke Afrika Selatan.
9. Penduduk Kharkiv kecewa perbincangan Trump-Putin
Penduduk Kharkiv, Ukraine kecewa dengan perbincangan untuk menamatkan perang yang berlangsung menerusi telefon antara Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump dan Presiden Rusia Vladimir Putin.
10. Pemuda berkayak ditelan paus humpback di Chile
Seorang pemuda, Adrian Simancas, terlepas daripada sebarang kecederaan setelah ditelan ikan paus humpback ketika sedang berkayak di selatan Chile.
![](https://img.astroawani.com/2024-10/51729493751_freesize.jpg)