ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 19 Februari 2025.


1. Trump arah kawalan lebih ketat ke atas agensi kawal selia bebas

Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump telah menandatangani perintah eksekutif yang memperketat pengawasan ke atas agensi kawal selia bebas yang membantu cabang eksekutif.



2. Trump kenakan tarif 25 peratus ke atas kenderaan, cip

Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump menyatakan hasrat untuk mengenakan tarif 25 peratus ke atas import kenderaan serta kadar serupa terhadap cip semikonduktor dan produk farmaseutikal.


3. Lebih 150 ‘false killer whale’ terdampar di pantai Australia

Lebih 150 false killer whales ditemukan terdampar di sebuah pantai di Australia pada Rabu.


4. Paus Francis disahkan hidap radang paru-paru - Vatican

Paus Francis disahkan menghidap radang paru-paru, menurut kenyataan Vatican.


5. Presiden Indonesia Prabowo Subianto dijangka rombak Kabinet

Presiden Indonesia Prabowo Subianto dijangka melakukan rombakan pada Kabinet menterinya, lapor media tempatan.


6. Laos akan bangunkan gunung berapi tidak aktif sebagai tarikan pelancongan ikonik

Pihak berkuasa di Wilayah Champasak selatan Laos sedang berusaha untuk membangunkan kemudahan di sekitar gunung berapi yang tidak aktif di Daerah Paksong, menaik taraf tapak itu menjadi tarikan peringkat wilayah untuk meningkatkan pelancongan.


7. WHO desak perjanjian pandemik baharu selepas AS tarik diri

Ketua Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) Dr Tedros Adhanom Ghebreyesus menegaskan perjanjian global untuk menangani pandemik masa depan perlu dimeterai segera selepas Amerika Syarikat (AS) menarik diri daripada perbincangan perjanjian tersebut.


8. Ribuan berhimpun bantah pentadbiran Trump pada Hari Presiden

Ribuan penunjuk perasaan warga Amerika Syarikat (AS) berhimpun di bangunan ibu pejabat negeri dan lokasi lain di seluruh negara bagi membantah perubahan besar yang dilaksanakan Presiden, Donald Trump dan penasihatnya, Elon Musk terhadap kerajaan persekutuan.


9. Mesir anjur sidang kemuncak tergempar Arab

Mesir mengesahkan bakal menjadi tuan rumah sidang kemuncak tergempar Arab pada 4 Mac bagi membincangkan pelan pemulihan Semenanjung Gaza tanpa memindahkan penduduk Palestin.


10. Imam Besar Al-Azhar seru perpaduan dan kerjasama negara-negara Islam 

Imam Besar Al-Azhar Al-Sharif, Dr Ahmed Al-Tayyeb menyeru negara-negara Islam untuk bersatu dan menangani cabaran semasa melalui persefahaman serta kerjasama erat.