1. China sokong Malaysia sebagai pengerusi ASEAN - Jurucakap Kementerian Luar
China menyokong usaha Malaysia sebagai pengerusi bergilir ASEAN dan sedia bekerjasama dengan Malaysia untuk meningkatkan kerjasama serantau dan mencapai hasil yang bermanfaat, kata jurucakap kementerian luar China.
2. Tarif AS 25 peratus cabaran kepada Malaysia - Mohamad Hasan
Keputusan Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump untuk mengenakan 25 peratus tarif terhadap import automotif, semikonduktor dan farmaseutikal kelak merupakan satu cabaran kepada Malaysia.
3. Trump: “Kami berharap gencatan senjata dapat dilaksanakan segera” di Ukraine
Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump menyuarakan harapan agar gencatan senjata dapat dicapai di Ukraine, sambil menekankan keperluan dialog antara kedua-dua pihak bagi menamatkan perang yang berlarutan.
4. Mesir umum penemuan kubur firaun dalam tempoh lebih 100 tahun
Satu misi arkeologi bersama Mesir-Britain telah menemui makam purba Raja Thutmose II berhampiran Luxor, menjadikannya penemuan makam diraja firaun pertama dalam lebih 100 tahun, menurut Kementerian Pelancongan dan Antikuiti Mesir.
5. Rancangan kembalikan penerbangan terus Malaysia-Bahrain sedang dibincang - PM Anwar
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata rancangan untuk mengembalikan penerbangan terus antara Malaysia dan Bahrain sedang dibincang.
6. Qatar, Iran adakan perbincangan dua hala langkah bantu rakyat Gaza
Emir Qatar, Sheikh Tamim Hamad Al Thani, mengadakan perbincangan dua hala dengan Presiden Iran, Masoud Pezeshkian ketika lawatannya ke Tehran.
7. Donald Trump gelar Volodymyr Zelenskyy 'diktator'
Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump, pada Rabu mengecam Volodymyr Zelenskyy sebagai "seorang diktator tanpa pilihan raya" dan menegaskan, Presiden Ukraine itu perlu bertindak segera untuk mendapatkan perdamaian atau bakal kehilangan negaranya.
8. Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Presiden Majlis Tertinggi Hal Ehwal Islam Bahrain (SCIA), Shaikh Abdulrahman bin Mohammed bin Rashid Al Khalifa menekankan keperluan untuk memperkukuh titik persamaan antara mazhab dalam Islam serta mendukung prinsip yang memupuk pemikiran dan tingkah laku yang membina.
9. WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Satu penyakit baharu yang tidak dikenal pasti telah dilaporkan di barat laut Republik Demokratik Congo (DR Congo), yang sedang berdepan pelbagai krisis kesihatan awam dan kemanusiaan, menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).
10. Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Presiden Rusia, Vladimir Putin sekali lagi menegaskan kesediaan Moscow untuk kembali ke meja rundingan mengenai Ukraine tetapi menekankan bahawa membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat (AS) adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.
