ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 28 Februari 2025.


1. Trump beri bayangan pertimbang pelan tarif terhadap UK

Presiden Amerika Syarikat Donald Trump memberi bayangan bahawa beliau sedang mempertimbangkan sama ada akan mengenakan tarif terhadap United Kingdom (UK).



2. Gempa bumi 5.5 pada skala Richter gegar Nepal

Gempa bumi berukuran 5.5 pada skala Richter melanda Nepal awal pagi Jumaat, menurut Kajian Geologi Amerika Syarikat (USGS).


3. Anak kapal cedera dalam insiden pencerobohan di Selat Singapura

Seorang kru kapal tangki kimia yang berdaftar di Singapura, "BASSET" , cedera selepas insiden pencerobohan berlaku di Selat Singapura sekitar 7 pagi waktu tempatan.


4. Sritex Indonesia tutup operasi 1 Mac, lebih 10,000 pekerja diberhentikan

Gergasi tekstil Indonesia, PT Sri Rejeki Isman (Sritex) akan menutup operasi secara kekal pada 1 Mac 2025 selepas Mahkamah Agung negara itu mengekalkan keputusan muflis, mengakibatkan 10,665 pekerja diberhentikan.


5. Raja Charles jemput Presiden Trump melawat UK kali kedua

Perdana Menteri Britain, Keir Starmer, telah menyerahkan sepucuk surat kepada Donald Trump daripada Raja Charles yang secara rasmi menjemputnya ke United Kingdom (UK) untuk lawatan negara kali kedua yang belum pernah berlaku sebelum ini.


6. Israel sedia panjangkan tempoh, bawa pulang tebusan

Menteri Luar Israel, Gideon Saar, menyatakan pada Khamis bahawa Israel bersedia untuk memanjangkan tempoh gencatan senjata bagi membolehkan lebih ramai tebusan yang ditahan di Gaza dikembalikan.


7. Malaysia sokong penuh keanggotaan Timor-Leste

Malaysia sebagai Pengerusi ASEAN pada 2025 menyokong sepenuhnya penyertaan TimorLeste dalam blok berkenaan, kata Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz.


8. Thailand komited banteras sindiket penipuan pusat panggilan

Paetongtarn yang tampil di Parlimen pada Khamis turut menzahirkan keyakinan bahawa Thailand berada di landasan betul dalam melaksanakan dasar bagi membanteras jenayah tersebut.


9. Thailand hantar pulang puluhan etnik Uyghur ke China

Thailand menghantar pulang puluhan etnik Uyghur ke China semalam walaupun diberi amaran oelh kumpulan hak asasi manusia bahawa mereka akan menghadapi penganiayaan sekembalinya ke negara itu.


10. Juara Catur Dunia ke-10 Boris Spassky meninggal dunia

Bekas Juara Catur Dunia ke-10, Boris Spassky meninggal dunia pada usia 88 tahun di Moscow, lapor Agensi Berita Rusia (TASS).