1. Trump bincang henti bantuan ketenteraan kepada Ukraine - Laporan
Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump akan mengadakan pertemuan dengan pegawai AS untuk mempertimbangkan dan kemungkinan mengambil beberapa langkah terhadap Kyiv, termasuk menghentikan bantuan ketenteraan ke negara itu.
2. Perancis, UK cadang gencatan senjata selama sebulan di Ukraine
Paris dan London mencadangkan gencatan senjata "separa" selama sebulan di Ukraine, meliputi serangan ke atas infrastruktur udara, laut dan tenaga, kata Presiden Perancis Emmanuel Macron.
3. Malaysia mohon longgar syarat bagi Timor-Leste jadi anggota penuh ASEAN
Malaysia telah memohon untuk melonggarkan prasyarat yang ditetapkan ke atas Timor-Leste bagi mempercepatkan proses negara itu menjadi anggota penuh ASEAN menjelang hujung tahun ini.
4. EU sekali lagi tingkatkan kebergantungan kepada baja Rusia - Eurostat
Kesatuan Eropah (EU) yang sebelum ini mengurangkan import baja dari Rusia selama dua tahun, kini kembali meningkatkan kebergantungan terhadapnya, dengan jumlah import tahun lepas melonjak ke paras tertinggi sejak 2021.
5. Menang Oscar, pengarah 'No Other Land' seru henti kezaliman terhadap Palestin
Pengarah "No Other Land", sebuah dokumentari yang menggambarkan kehidupan di sebuah perkampungan Tebing Barat di bawah pendudukan tentera Israel dan memenangi Anugerah Oscar bagi kategori Dokumentari Terbaik ke-97 pada Ahad, menyeru dunia mengambil tindakan tegas bagi menghentikan kekejaman terhadap rakyat Palestin.
6. Seorang hilang, ratusan mangsa banjir dipindahkan akibat banjir besar Bogor
Banjir besar yang berlaku kerana hujan lebat sejak malam Ahad menyebabkan Sungai Cimanceuri melimpah dan beberapa kawasan lain di Bogor, Jawa Barat.
7. Gaza berdepan keruntuhan kemanusiaan yang belum pernah terjadi
Bilik Gerakan Kerajaan bagi Intervensi Kecemasan di Wilayah Selatan (Semenanjung Gaza) memberi amaran mengenai malapetaka kemanusiaan yang semakin teruk di Gaza didorong oleh penutupan berterusan lintasan sempadan dan sekatan terhadap kemasukan bantuan menyelamatkan nyawa yang dikenakan oleh pendudukan Israel.
8. Permohonan permit rentas sempadan kenderaan barangan ASEAN dibuka hari ini
Permohonan Permit Rentas Sempadan Kenderaan Barangan ASEAN bagi pengoperasian di bawah Perjanjian Rangka Kerja ASEAN mengenai Kemudahan Pengangkutan Antara Negara (AFAFIST), dibuka bermula hari ini.
9. China pertimbang kenakan tarif ke atas produk pertanian, makanan AS sebagai tindak balas
China sedang mempertimbangkan untuk mengenakan tarif tambahan ke atas produk pertanian dan makanan dari Amerika Syarikat (AS) sebagai tindak balas terhadap rancangan Washington menaikkan tarif ke atas barangan China.
10. Putera Hisahito Jepun, kedua dalam turunan takhta, ikrar penuhi peranan
Putera Hisahito, anak saudara Maharaja Naruhito dan kedua dalam turutan Takhta Bunga Kekwa, menyatakan hasratnya pada Isnin untuk mendekati tugas awamnya dengan penuh kepekaan dan berhati-hati sambil beliau memenuhi peranannya sebagai ahli keluarga diraja.
