ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 11 Mac 2025.

1. Pelajar anti-Israel tidak akan dihantar pulang - Mahkamah AS

Seorang hakim Mahkamah Amerika Syarikat memerintahkan pelajar Universiti Columbia berketurunan Palestin, Mahmoud Khalil tidak dihantar pulang buat masa ini.

2. Duterte ditahan polis susulan waran tangkap ICC

Bekas Presiden Filipina Rodrigo Duterte kini dalam tahanan polis berikutan waran tangkap yang dikeluarkan oleh Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC).

3. Paus Francis stabil, tetapi perlu kekal di hospital

Keadaan kesihatan Paus Francis kini stabil, namun beliau masih perlu menjalani rawatan di hospital, menurut pasukan perubatan pada Isnin.

4. AS potong 83 peratus projek bantuan antarabangsa di bawah USAID

Daripada kira-kira 6,200 projek yang dibiayai USAID, hanya sekitar 1,000 akan diteruskan.

5. Tiga terbunuh dalam nahas helikopter di Mississippi, AS

Mangsa termasuk seorang juruterbang dan dua kakitangan hospital.

6. Elon Musk sahkan X hadapi 'serangan siber besar-besaran'

Kami diserang setiap hari, tetapi kali ini melibatkan sumber yang besar, kata Musk.

7. Pasangan kekasih ditahan curi ikan tongkol waktu sahur

Pasangan suspek itu turut didapati mencuri telefon bimbit dan tabung gas mangsa sebelum sempat ditahan warga penduduk.

8. Ukraine sedia berunding secara konstruktif dengan AS di Arab Saudi - Zelenskyy

Zelenskyy berada di Jeddah menjelang pertemuan antara pegawai AS dan Ukraine yang bertujuan mencari jalan menamatkan perang Rusia-Ukraine.

9. Kapal tangki bertembung kapal kargo, cetus kebakaran besar

Insiden itu menyebabkan kebakaran besar dan beberapa siri letupan, memaksa anak kapal meninggalkan kapal masing-masing.

10. Persekutuan Agensi Berita OIC buka pejabat di Palestin

Persekutuan Agensi Berita OIC telah merasmikan pejabat luar pertamanya di Palestin.