ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 13 Mac 2025.


1. Dua juruterbang tentera udara Korea Selatan didakwa atas insiden bom

Dua juruterbang pesawat tempur Tentera Udara Korea Selatan didakwa pada Khamis selepas siasatan mendapati kesilapan mereka menyebabkan pengeboman secara tidak sengaja di sebuah perkampungan minggu lalu, menurut Kementerian Pertahanan negara itu.



2. Presiden Syria tubuh Majlis Keselamatan Negara

Presiden Syria Ahmed al-Sharaa mengeluarkan dekri pada Rabu bagi penubuhan Majlis Keselamatan Negara untuk menyelaras dan mengurus dasar keselamatan serta politik negara.


3. Meta disaman penerbit, penulis buku di Perancis disebabkan AI

Meta kini berhadapan pula saman yang difailkan oleh penerbit dan penulis buku di Perancis kerana didakwa menggunakan harta intelek mereka secara haram untuk melatih model kecerdasan buatan (AI).


4. London dijangka catat rekod maraton terbesar di dunia

London Marathon tahun ini berpotensi mencipta sejarah sebagai maraton terbesar dunia buat kali pertama, dengan jumlah peserta yang menamatkan perlumbaan dijangka melebihi rekod sedia ada.


5. ICJ adakan pendengaran awam berkaitan kewajipan Israel di Wilayah Palestin yang diduduki

Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) akan mengadakan sesi pendengaran awam bulan depan bagi membincangkan kewajipan Israel terhadap rakyat Palestin.


6. ICC tahan bekas Presiden Filipina, Rodrigo Duterte

Bekas Presiden Filipina Rodrigo Duterte telah ditahan oleh Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) pada Rabu, menurut kenyataan mahkamah itu.


7. Trump ulangi amaran kenakan lebih banyak tarif

Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, berjanji untuk mengenakan lebih banyak tarif selepas tindakannya memperkenalkan cukai import ke atas keluli dan aluminium yang memasuki AS mencetuskan tindak balas daripada Kesatuan Eropah (EU) dan Kanada.


8. Bekas Presiden Filipina, Rodrigo Duterte tiba di Netherlands untuk perbicaraan

Bekas Presiden Filipina, Rodrigo Duterte tiba di The Hague, Netherlands, pada Rabu bagi menghadiri perbicaraan di Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) berhubung dakwaan jenayah terhadap kemanusiaan dalam "perang dadah" yang dilancarkannya.


9. ‘Tiada sesiapa usir rakyat Palestin’ dari Gaza - Presiden Trump buat ‘u-turn’

Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump, menegaskan pada Rabu, “tiada sesiapa yang mengusir rakyat Palestin” dari Gaza.


10. Kanada kenakan tarif 25 peratus ke atas import tambahan US$2.9 bilion dari AS - Menteri Kewangan

Kanada akan mengenakan tarif timbal balas sebanyak 25 peratus ke atas import tambahan bernilai US$29.8 bilion dari Amerika Syarikat (AS), termasuk komputer, peralatan sukan dan produk besi tuang, kata Menteri Kewangan Kanada.