Kedutaan Besar Malaysia di Indonesia hari ini meminta rakyat Malaysia tidak menyebarkan maklumat dan berita palsu mengenai kononnya berlaku pengeboman di Lapangan Terbang Antarabangsa Soekarno-Hatta di sini.
Sambil menafikan insiden seumpama itu berlaku, Duta Besar Malaysia di Indonesia Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim berkata keadaan di Jakarta selamat dan terkawal selepas satu demonstrasi diadakan di ibu kota ini semalam.
Beliau memberitahu Bernama di sini bahawa ada pihak tidak bertanggungjawab sedang menyebar gambar dan maklumat palsu mengenai kononnya lapangan terbang itu dibom dan beberapa orang maut dalam demonstrasi semalam.
"Hentikan penyebaran maklumat palsu yang boleh menimbulkan keresahan orang ramai. Pihak kami sentiasa memantau perkembangan semasa di Indonesia dan rakyat Malaysia yang mahu berkunjung ke Jakarta boleh mendapatkan maklumat sahih dari kedutaan atau menghubungi Wisma Putra," katanya.
Berdasarkan maklumat yang diperoleh, katanya seorang rakyat Indonesia meninggal dunia akibat penyakit asma ketika berada dalam kesesakan perhimpunan itu.
Zahrain berkata Kedutaan Malaysia juga memastikan tiada seorang pun rakyat Malaysia terbabit dalam demonstrasi berkenaan.
Dalam pada itu, beliau merakamkan ucapan syabas kepada pihak berkuasa Indonesia kerana menangani demostrasi itu dengan baik walaupun perhimpunan umat Islam itu berakhir dengan sedikit kekecohan akibat perbuatan pihak tidak bertanggungjawab.
Semalam, ratusan ribu umat Islam semalam menyertai demonstrasi itu bagi membantah Gabenor Jakarta Basuki Tjahaja Purnama atau Ahok yang disifatkan sebagai penista agama Islam.
Ahok ketika bertemu dengan pengundi di Pulau Seribu bulan lepas telah meminta mereka supaya tidak terpedaya dengan pihak yang menggunakan surah Al Maidah untuk melarang mereka memilih pemimpin bukan dari kalangan umat Islam.
Ahok dicabar oleh dua pasangan yang bertanding bagi dua lagi gabungan parti-parti politik iaitu pasangan Anies Bsawedan-Sandiaga Uno dan pasangan Agus Harimurti Yudhoyono-Sylviana Murni pada Februari tahun depan.
Sementara itu, Kementerian Luar Indonesia dalam satu kenyataan berkata Presiden Joko Widodo telah menangguhkan lawatannya ke Australia esok bagi membolehkannya memantau secara peribadi perkembangan selepas demonstrasi itu.
Presiden Republik Indonesia itu dijadual mengunjungi Australia selama dua hari mulai Ahad bagi mengadakan perbincangan dua hala dengan rakan sejawatannya Malcolm Turnbull. --BERNAMA
Bernama
Sat Nov 05 2016
Kedutaan Besar Malaysia di Indonesia hari ini meminta rakyat Malaysia tidak menyebarkan maklumat dan berita palsu mengenai kononnya berlaku pengeboman di Lapangan Terbang Antarabangsa Soekarno-Hatta (gambar). -Foto Wikipedia
Malaysia yakin hadapi sebarang cabaran mungkin berlaku daripada pentadbiran Trump
Masih terlalu awal untuk memastikan bahawa ketegangan antara China dan Amerika Syarikat akan berlaku semasa pentadbiran Trump.
Gencatan senjata Gaza: Janji Israel meragukan, sukar dipercayai - Tun M
Dr Mahathir meragui Israel yang terkenal kerana sering mengingkari undang-undang antarabangsa dan resolusi PBB.
Akauntan warga emas rugi RM460,888 terpedaya pelaburan bitcoin
Seorang warga emas berputih mata apabila kerugian RM460,888 selepas terpedaya pelaburan bitcoin yang menjanjikan pulangan lumayan.
Pemukiman AMM Langkawi corakan hala tuju Kepengerusian ASEAN 2025
Permukiman Menteri Luar ASEAN (AMM) yang akan berlangsung hari ini bakal mencorakkan hala tuju Kepengerusian ASEAN sepanjang tahun ini.
Astro menang lima anugerah Putra Brand Awards 2024
Astro merangkul lima anugerah dalam majlis berprestij, Putra Brand Awards 2024 dengan mengungguli kategori Rangkaian Media.
Trump bincang hubungan dengan Presiden China Xi melalui telefon
"Presiden Xi dan saya akan melakukan segala yang mungkin untuk menjadikan dunia lebih aman dan selamat!"kata Trump.
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [18 Januari 2025]
Antara fokus Awani Pagi bersama Afiezy Azaman & Farhan Hakimi
ASEAN 2025: Kepengerusian Malaysia bermula dengan Pemukiman Menteri-Menteri Luar
Cadangan pelaksanaan WBB dibincangkan dalam pemukiman KKM
Ketidakpastian selubungi perjanjian gencatan senjata di Gaza
ASEAN 2025: Kepengerusian Malaysia bermula dengan Pemukiman Menteri-Menteri Luar
Cadangan pelaksanaan WBB dibincangkan dalam pemukiman KKM
Ketidakpastian selubungi perjanjian gencatan senjata di Gaza
Pembinaan semula Gaza dijangka 1 trilion dolar - PM Anwar
Inisiatif Jepun untuk membantu pemulihan Gaza dibincangkan semasa lawatan Shigeru Ishiba ke Malaysia awal bulan ini.
Kabinet Israel lulus perjanjian gencatan senjata
Laporan media menyatakan 24 menteri dalam kerajaan gabungan Netanyahu menyokong perjanjian itu, manakala lapan lagi menolaknya.
Bekas PM Kemboja Hun Sen jamin beri sokongan diplomatik untuk AIPA ke-46 di Kuala Lumpur
Johari Abdul yang sedang dalam misi diplomatik dua hari ke Kemboja mengadakan perbincangan pada Jumaat dengan Hun Sen.
Banjir: TNB nafi putuskan bekalan elektrik di Alor Setar
TNB Careline memaklumkan dakwaan berkenaan adalah tidak benar dan meminta orang ramai untuk tidak mudah percaya kepada mesej yang tidak disahkan.
Pendekatan komprehensif antara pemain media dan pihak berkuasa depani salah guna AI - Ashwad Ismail
Pendekatan komprehensif di antara kerajaan, pemain industri media serta pihak berkuasa perlu digerakkan bagi mendepani risiko penyalahgunaan teknologi kecerdasan buatan (AI) terutamanya berkaitan peny
LHDN tidak pernah hantar pautan status bayaran balik melalui portal MyTax
Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) tidak pernah menghantar sebarang pautan kepada pembayar cukai berkaitan status bayaran balik melalui portal MyTax, menurut agensi pentadbir cukai itu.
Kerap 'disajikan' unsur negatif di media sosial cetus masyarakat pemikiran jumud - Pakar
Perkembangan teknologi sepatutnya melahirkan masyarakat intelektual namun ia boleh jadi sebaliknya jika pengguna media sosial gagal menapis bahan negatif yang terdapat dalam rangkaian internet.
Media sosial Barat banyak temberang, hapuskan aplikasi mereka - Duta BRICS
Nasser berkata, untuk melemahkan doktrin Barat, perlu hapuskan aplikasi ciptaan mereka dan sokong media baharu yang adil dalam pelaporan.
Dakwaan larangan pengeluaran KWSP untuk haji berunsur fitnah - Lim
Timbalan Menteri Kewangan Lim Hui Ying menegaskan sebarang dakwaan mengenai larangan pengeluaran Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) untuk tujuan menunaikan ibadah haji adalah tidak benar.
AI bukan ancaman kepada industri media - Wartawan veteran
Kemunculan teknologi kecerdasan buatan (AI) dalam industri media tidak harus dilihat sebagai satu ancaman.
COVID 19: Peniaga bebas, lepas tuduhan sebar berita palsu
COVID 19: PENIAGA BEBAS, LEPAS TUDUHAN SEBAR BERITA PALSU
COVID-19: Peniaga bebas, lepas tuduhan sebar berita palsu
Mahkamah mendapati pihak pendakwaan gagal membuktikan kes yang melangkaui keraguan munasabah terhadap Muhammad Zaki.
Pendakwaan tarik balik rayuan, Lokman Adam kekal bebas tuduhan sebar berita palsu
Lokman Noor Adam kekal lepas dan bebas daripada pertuduhan menyebarkan berita palsu di laman Facebook miliknya berhubung kematian seorang pegawai polis akibat vaksin, tiga tahun lepas.