PIHAK berkuasa Indonesia merancang menetapkan bayaran yuran sebanyak AS$1,000 bagi pelancong yang ingin melihat dari dekat habitat biawak Komodo di Pulau Komodo.
Ini ekoran keputusan membatalkan rancangan menutup Pulau Komodo sepenuhnya, yang pada mula dirancang penutupan selama setahun bermula Januari tahun hadapan.
Cadangan penutupan diambil bertujuan mengelak kehadiran pelancong yang dianggap mengganggu habitat dan menimbulkan kesan negatif terhadap pembiakan biawak Komomo tersebut.
Namun setelah difikirkan semula, Kementerian Alam Sekitar berserta pihak Gabenor yang mengawal selia pulau Komodo bersetuju untuk terus membuka akses dan pada waktu yang sama mengambil langkah lebih efektif menggalak pembiakan biawak Komodo.
Sebagai langkah pengawalan, lawatan hanya dibuka kepada pelancong yang perlu membayar yuran keahlian pada kadar AS$1,000.
Ini merupakan peningkatan bayaran lebih 9,000 peratus dari kadar AS$10 yang dikenakan kepada setiap pelawat sebelum ini.
Pulau Komodo menerima 176,000 pelawat tahun lalu berbanding 44,000 pengunjung pada tahun 2008.
Pulau itu juga mempunya seramai 2,000 orang penduduk tetap.
Biawak Komodo merupakan spesies biawak paling besar di dunia dan mampu mencapai 3 meter panjang, mempunyai gigi tajam dan gigitan yang beracun.
Pulau Komodo merupakan habitat kepada 1,700 ekor biawak Komodo dan kira-kira seribu lagi bebas merayau di Pulau Rinca yang berhampiran.
Razak Chik
Tue Oct 01 2019

Biawak Komodo merupakan spesies biawak paling besar di dunia dan mampu mencapai 3 meter panjang, mempunyai gigi tajam dan gigitan yang beracun. - Gambar fail/Instagram@teamadventureina

Suspek cabul kanak-kanak di masjid direman tujuh hari
Suspek direman tujuh hari untuk siasatan mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.

Pengerusi Ketua Turus Bersama AS ditamatkan perkhidmatan
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menamatkan perkhidmatan Pengerusi Ketua Turus Bersama Jeneral Charles Brown.

Mayat didakwa Shiri Bibas tiba di Institut Forensik Tel Aviv
Hamas mendakwa mereka menyerahkan mayat Shiri Bibas pada Jumaat, selepas kesilapan dalam penyerahan sebelum ini.

Bendang berselut tebal, beberapa lokasi aktiviti PAT 2025 berubah
Majlis perasmian PAT 2025 yang dijadualkan disempurnakan Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail pada petang ini dibatalkan.

Kusta: 368 penduduk jalani ujian saringan
Kerajaan memberi jaminan bahawa rawatan bagi pesakit kusta adalah berkesan dan tidak perlu dilakukan sebarang langkah kuarantin.

Agong selamat tiba di tanah air selepas menjalani rawatan di luar negara
Pesawat khas Seri Paduka Baginda tiba di Pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Subang pada 7 pagi tadi.

Hubungan setengah abad Malaysia-Bahrain memasuki dimensi baharu
Kedua-dua negara akan memperoleh potensi besar dalam memperluas kerjasama ekonomi termasuk dalam sektor pelancongan.

Sanggup sembunyi dalam longkang busuk, kotor
Kesemua ditahan melibatkan individu warga Indonesia, Bangladesh, India, Myanmar dan Nepal.

ESCAP seru ASEAN perkukuh komitmen Perjanjian Paris
ASEAN sebagai satu blok mempunyai keupayaan untuk menarik pelabur serta membentuk mekanisme pembiayaan mampan.

RUU Perkhidmatan Parlimen, Perlembagaan Persekutuan akan dibentang untuk diluluskan - Fahmi
Langkah ini sebagai bukti komitmen Kerajaan MADANI dalam memperkukuh institusi demokrasi dan melaksanakan agenda reformasi institusi negara.

Diancam kepupusan, zoo di Indonesia giat biakkan biawak Komodo
Biawak gergasi itu hanya ditemui di sebuah pulau terpencil iaitu Pulau Komodo dan beberapa kepulauan yang berdekatan di timur Indonesia.

Senarai Merah: Populasi tuna memulih, namun kenaikan paras laut ancam 'si naga' Komodo
Seiring penetapan kuota penangkapan dan usaha untuk menangani aktiviti perikanan haram yang menunjukkan hasil, populasi tuna dilihat semakin baik.

Biawak komodo... ingin jenguk perlu bayar AS$1,000?
Pihak berkuasa Indonesia kini menetapkan bayaran yuran sebanyak AS$1,000 bagi pelancong yang ingin melihat dari dekat habitat biawak Komodo di Pulau Komodo.