BELARUS : Mahkamah Belarus menjatuhkan hukuman 10 tahun penjara ke atas pemenang Hadiah Nobel Keamanan 2022, Ales Bialiatski selepas bersalah terhadap pertuduhan membiayai protes antikerajaan.
Bialiatski dan tiga lagi tokoh utama pusat hak asasi manusia Viasna ditahan dan dipenjarakan selepas protes besar-besaran terhadap pilihan raya 2020 yang menyaksikan mengekalkan kemenangan Presiden, Alexander Lukashenko.
Bialiatski dan rakan-rakannya dituduh menyalurkan dana Viasna kepada tahanan politik dan membantu membayar yuran guaman mereka.
Lukashenko memegang jawatan Presiden sejak 1994 dan bertindak menindas pembangkang serta media bebas.
Protes 2020 berlaku sejak beberapa bulan dan menjadi yang terbesar pernah berlaku di Belarus, memaksa pihak berkuasa mengambil tindaan tegas terhadap penunjuk perasaan.
Lebih daripada 35,000 orang ditangkap susulan protes itu.
Bialiatski dianugerahkan Hadiah Keamanan Nobel pada Oktober lalu susulan sumbangannya terhadap hak asasi manusia dan demokrasi.
Agensi
Fri Mar 03 2023

Mahkamah Belarus menjatuhkan hukuman 10 tahun penjara ke atas pemenang Hadiah Nobel Keamanan 2022, Ales Bialiatski selepas bersalah terhadap pertuduhan membiayai protes antikerajaan.
Kuda jatuh gaung berjaya diselamatkan
Anggota bomba di daerah Orange, California bertungkus lumus menyelamatkan seekor kuda yang terjatuh ke dalam gaung pada Jumaat.
Kuda berkenaan bagaimanapun berjaya diselamatkan dan dibawa naik menggunakan bantuan helikopter dari lokasi berbukit San Juan Capistrano.
Kuda berkenaan bagaimanapun berjaya diselamatkan dan dibawa naik menggunakan bantuan helikopter dari lokasi berbukit San Juan Capistrano.
Lebih 700,000 penyu mendarat di pantai Rushikulya India
Lebih 700,000 ekor penyu spesies Olive Ridley mendarat di pantai Rushikulya yang terletak di timur Odisha, India. Ia rekod terbaharu penetasan penyu atau digelar oleh masyarakat tempatan sebagai fenomena 'Arribada' di pantai itu.
'Indonesia gelap' cerminan tekanan pemerintahan Prabowo
Kepimpinan awal Presiden Prabowo Subianto dalam pentadbiran kerajaan Republik Indonesia menyaksikan penentangan dalam kalangan mahasiswa negara itu. Ia selepas pemotongan bajet terutama melibatkan sektor pendidikan dan kebajikan mahasiswa di negara itu. Salah seorang peserta yang terlibat dalam protes 'Indonesia Gelap' berkata Subianto melakukan keputusan yang buruk dalam pengenalan polisi-polisi kerajaannnya.
Pangkalan data salah laku polis Amerika ditutup
Pangkalan data di seluruh negara yang menjejaki salah laku pegawai polis Amerika Syarikat telah ditutup berikutan arahan Presiden Donald Trump. Menurut notis di laman web Jabatan Kehakiman Amerika, menyatakan Trump telah membatalkan perintah eksekutif yang ditandatangani bekas Presiden Joe Biden menyebabkan Pangkalan Data Akauntabiliti Penguatkuasaan Undang-undang Kebangsaan (NLEAD) dihentikan operasinya.
Pembinaan Gaza dibawah 'pengawasan penuh' negara-negara Arab
Arab Saudi menganjurkan sidang kemuncak peringkat tinggi pada Jumaat bagi membincangkan usaha pembinaan semula Semenanjung Gaza. Pemimpin dari Mesir, Jordan dan negara Teluk menghadiri mesyuarat di Riyadh itu.
Bekas pegawai 1MDB syor siasatan diteruskan
Seorang Pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesyorkan siasatan lanjut diteruskan mengenai ketulenan empat surat derma US$681 juta kepada Datuk Seri Najib Tun Razak yang didakwa diterima daripada keluarga diraja Arab Saudi.
10 Berita Pilihan - (21 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Sabtu – 22 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Kerajaan kutip RM46 juta menerusi nombor pendaftaran istimewa
Kerajaan berjaya mengutip kira-kira RM46 juta menerusi jualan nombor pendaftaran istimewa (NPI) pada tahun lalu.
Kerajaan setuju kaji pemberian geran perkapitan berdasarkan bilangan penduduk
Kerajaan bersetuju untuk mengkaji semula pemberian geran perkapita kepada kerajaan negeri berdasarkan bilangan penduduk di setiap negeri

Pilihan Raya Presiden bermula di Belarus
Pilihan Raya Presiden bermula di Belarus pada Ahad dengan pusat pengundian dibuka pada pukul 8 pagi (0500 GMT) dan ditutup pada pukul 8 malam (1700 GMT).

Pakistan dan Belarus meterai 15 perjanjian, desak henti serangan di Gaza, Lubnan, Syria
Isu Ukraine dan Palestin turut menjadi tumpuan dalam perbincangan antara Pakistan dan Belarus.

Olimpik Paris: Altet Rusia, Belarus dibenar bertanding
Keputusan IOC itu mengesahkan langkah yang dimulakan setahun lalu untuk mengintergrasikan semula Rusia dan sekutu tenteranya Belarus.

Perisikan AS dapat petunjuk awal pemberontakan tentera Wagner
Agensi perisik AS mengesan beberapa petunjuk mendakwa Yevgeny Prigozhin sedang bersiap sedia menentang pertahanan Moscow.

Belarus akan terima senjata nuklear pada Julai - Putin
Putin berkata persiapan di kemudahan berkaitan akan diselesaikan pada 7 dan 8 Julai sebelum pemindahan senjata nuklear dilaksanakan.

Kelayakan Euro 2024: Ukraine dapat 'lampu hijau'
Ukraine akan terus beraksi dalam kempen Kelayakan Euro 2024 meskipun sebelum ini dilarang daripada menyertai sebarang kejohanan yang membabitkan penyertaan wakil dari Rusia dan Belarus.

Rusia tempatkan senjata nuklear taktikal di Belarus, pertama kali sejak 1990-an
Rusia bakal tempatkan senjata nuklear taktikal di Belarus, kali pertama sejak 1990-an.

Biaya protes antikerajaan, Pemenang Hadial Nobel 2022 dipenjara 10 tahun
Ales Bialiatski dan rakan-rakannya dituduh menyalurkan dana Viasna kepada tahanan politik dan membantu membayar yuran guaman mereka.

Krisis Rusia-Ukraine: Zelenskyy rayu Belarus tidak bekerjasama dengan Rusia
Kepimpinan Rusia kini cuba untuk mengajak rakyat Belarus dalam peperangan dan menyemai kebencian terhadap Ukraine.

Lebih 60 atlet Rusia, Belarus dihalang sertai maraton Boston
Bagaimanapun, rakyat di kedua-dua negara yang tinggal di luar negara boleh menyertai acara itu dengan syarat tidak menggunakan bendera negara asal mereka.