WASHINGTON: Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS), Antony Blinken akan berbincang langkah yang “patut dan perlu” diambil oleh Israel dalam usaha mengurangkan kematian orang awam di Palestin semasa kunjungan beliau ke Tel Aviv.
“Kami akan berbincang langkah konkrit yang patut dan perlu diambil bagi mengurangkan kehancuran ke atas lelaki, wanita dan kanak-kanak di Gaza… ini merupakan sesuatu yang Amerika Syarikat komited untuk melakukannya,” kata Blinken pada Khamis.
Sekalipun tidak memberikan penjelasan lanjut, namun, Blinken berulang kali menyebut topik itu akan menjadi agenda utama kunjungan beliau ke Israel.
Diplomat kanan AS itu dijangka mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu dan beberapa pemimpin kerajaan Israel lain, kata Jabatan Negara AS.
“Apabila saya melihat kanak-kanak Palestin, lelaki atau perempuan ditarik keluar dari runtuhan bangunan, ia memberi kesan yang sama kepada saya seperti melihat kanak-kanak di Israel atau di tempat lain juga.
“Justeru, ini merupakan sesuatu yang menjadi tanggungjawab kita (AS) dan kita perlu ambil tindakan (menghentikan kebinasaan ke atas orang awam),” tegas beliau.
Ditanya sama ada Israel menunjukkan tanda-tanda akan mengekalkan operasinya di Gaza pula, Blinken tidak mengiya atau menafikannya.
Sebaliknya, Setiausaha Negara AS itu mengulangi pendirian bahawa sekutunya, Israel mempunyai hak untuk mempertahankan diri dan”bertanggungjawab untuk melakukan segala kemungkinan dalam melindungi orang awam.”
Pada Khamis juga, Blinken memulakan lawatan ke Israel, Jordan, Jepun, Korea Selatan dan India.
Beliau menegaskan, lawatan ini dilakukan seiring dengan tekad AS untuk “mengelakkan peningkatan ketegangan atau konflik.”
Bahkan, Blinken turut menjelaskan, perlu memberi tumpuan kepada apa yang akan berlaku selepas ini.
“Kita perlu berbincang bagaimana kita boleh menetapkan keadaan terbaik untuk mencapai perdamaian dan keselamatan bagi tempoh masa yang panjang bagi Israel dan Palestin,” tegasnya. - Agensi
Agensi
Thu Nov 02 2023

Antony Blinken bercakap kepada pemberita sebelum menaiki pesawat dari Washington menuju Asia Barat dan Asia di Lapangan Terbang Tentera Udara di Maryland pada Khamis. - Gambar Reuters

DeepSeek akan berkongsi lebih banyak kod dalam bentuk sumber terbuka
DeepSeek menyatakan mereka akan berkongsi lebih banyak kod mereka meliputi 5 repo, pada minggu hadapan.

Suspek cabul kanak-kanak di masjid direman tujuh hari
Suspek direman tujuh hari untuk siasatan mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.

Pengerusi Ketua Turus Bersama AS ditamatkan perkhidmatan
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menamatkan perkhidmatan Pengerusi Ketua Turus Bersama Jeneral Charles Brown.

Mayat didakwa Shiri Bibas tiba di Institut Forensik Tel Aviv
Hamas mendakwa mereka menyerahkan mayat Shiri Bibas pada Jumaat, selepas kesilapan dalam penyerahan sebelum ini.

Bendang berselut tebal, beberapa lokasi aktiviti PAT 2025 berubah
Majlis perasmian PAT 2025 yang dijadualkan disempurnakan Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail pada petang ini dibatalkan.

Kusta: 368 penduduk jalani ujian saringan
Kerajaan memberi jaminan bahawa rawatan bagi pesakit kusta adalah berkesan dan tidak perlu dilakukan sebarang langkah kuarantin.

Agong selamat tiba di tanah air selepas menjalani rawatan di luar negara
Pesawat khas Seri Paduka Baginda tiba di Pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Subang pada 7 pagi tadi.

Hubungan setengah abad Malaysia-Bahrain memasuki dimensi baharu
Kedua-dua negara akan memperoleh potensi besar dalam memperluas kerjasama ekonomi termasuk dalam sektor pelancongan.

Sanggup sembunyi dalam longkang busuk, kotor
Kesemua ditahan melibatkan individu warga Indonesia, Bangladesh, India, Myanmar dan Nepal.

ESCAP seru ASEAN perkukuh komitmen Perjanjian Paris
ASEAN sebagai satu blok mempunyai keupayaan untuk menarik pelabur serta membentuk mekanisme pembiayaan mampan.

Pejuang Palestin dan aktivis teater Palestin, Zakaria Zubeidi akan dibebaskan hari ini
Zakaria Zubeidi merupakan antara 110 tahanan yang akan dibebaskan hari ini dalam pertukaran terbaharu antara Israel dan Hamas.

"Kurang orang bukan Islam sertai solidariti Palestin kerana fikir ini isu agama" - Mat Sabu
Cara solidariti rakyat malaysia terhadap perjuangan Palestin harus diubah dengan tidak hanya menekankan kepada soal agama Islam semata-mata.

Hamas rekrut 15,000 pejuang sejak bermula perang dengan Israel - Laporan
Bilangan pejuang Hamas yang terbunuh sepanjang tempoh perang dengan Israel hampir sama dengan jumlah rekrut baharu itu.

PBB lapor peningkatan ketara dalam operasi di Gaza di tengah-tengah gencatan senjata
Bantuan, kargo dan petugas kemanusiaan kini dapat memasuki kawasan yang sebelum ini sukar diakses.

Komander Hamas muncul kembali di Gaza walaupun didakwa telah dibunuh oleh Israel
Tentera Israel mengakui, maklumat risikan mereka mengenai kematian Hussein Fayyadh tidak tepat.

Israel tangguh kelulusan gencatan senjata, AS kata perjanjian di landasan betul
Mesyuarat Kabinet Israel pada Khamis mengundi perjanjian tersebut ditangguhkan, dengan Israel menyalahkan Hamas atas kelewatan itu.

Presiden Lubnan gesa Israel komited pada perjanjian Gaza
Joseph Aoun harap "gencatan senjata di Gaza dapat mengakhiri keadaan tragik."

AS yakin gencatan senjata di Gaza akan bermula Ahad ini - John Kirby
Amerika juga sedang berusaha menyelesaikan isu yang dibangkitkan oleh Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu.

‘Krisis saat akhir’ dengan Hamas lambatkan kelulusan gencatan senjata, perjanjian tebusan - Netanyahu
Kabinet Israel tidak akan bersidang untuk luluskan perjanjian sehingga Hamas menarik balik langkah yang didakwa melanggar sebahagian perjanjian.

Gencatan senjata: Hamas setuju bebaskan 34 tawanan perang dengan Israel
Sebarang perjanjian bergantung pada persetujuan untuk pengunduran Israel dari Gaza serta pelaksanaan gencatan senjata kekal.