SELEPAS hampir dua tahun digantung operasi, Pentadbiran Penerbangan Amerika meluluskan penerbangan semula pesawat Boeing 737 Max.
Pesawat berkenaan melalui proses penilaian selama 20 bulan dan juruterbang akan diberikan latihan semula.
Pesawat itu digantung penerbangan di seluruh dunia pada bulan Mac 2019 selepas dua insiden kemalangan pesawat Ethiopian Airlines dan Lion Air yang mengorbankan nyawa 346 penumpang berlaku dalam tempoh lima bulan.
Ketua Pentadbiran Penerbangan Persekutuan, Stephen Dickson menandatangani arahan pada Rabu untuk membatalkan penggantungan.
"Hari ini, kami mengambil langkah terakhir untuk membolehkan Boeing 737 Max kembali ke perkhidmatan komersial dengan selamat dan pagi ini saya menandatangani arahan yang membatalkan penggantungan yang dikeluarkan FAA pada 13 Mac 2019,” katanya.
Dickson berkata perubahan reka bentuk dan latihan juruterbang yang diwajibkan oleh FAA menjadikan pesawat ‘tidak mungkin mengalami kemalangan yang sama yang membunuh 346 orang’.
Dalam video FAA, Dickson berkata buat masa ini FAA akan memeriksa setiap 737 Max baharu sebelum membenarkan pesawat itu terbang.
Syarikat penerbangan Amerika Syarikat akan dapat menerbangkan 737 Max selepas Boeing mengemas kini perisian dan komputer kritikal di setiap pesawat dan juruterbang mendapat latihan dalam simulator penerbangan.
FAA berkata arahan itu dibuat dengan kerjasama pengawal keselamatan udara di seluruh dunia.
Langkah itu diikuti pendengaran Kongres yang menyeluruh mengenai kemalangan yang menyebabkan kritikan terhadap FAA kerana pengawasan yang lemah dan Boeing kerana bergegas melaksanakan sistem perisian baru yang meletakkan keuntungan melebihi keselamatan dan akhirnya menyebabkan pemecatan ketua pegawai eksekutifnya.
Penyiasat memberi fokus kepada perisian anti-pegun yang dihasilkan Boeing untuk mengatasi kecenderungan hidung pesawat menjunam kerana ukuran dan penempatan enjin.
Perisian itu mendorong hidung pesawat berulang kali ke bawah pada kedua pesawat malang itu dan menyukarkan juruterbang untuk mendapatkan kembali kawalan.
Dalam setiap kes, sensor yang bermasalah membuatkan hidung pesawat itu menjunam ke bawah.
Perisian baru kini memerlukan input dari dua sensor untuk mengaktifkan perisian.
Boeing berkata perisian itu juga tidak akan mengatasi kawalan juruterbang seperti sebelum ini.
Boeing menukar perisian itu agar hidung pesawat tidak berulang kali menekan ke bawah untuk mengatasi kemungkinan terhenti aerodinamik.
Boeing juga perlu mengubah laluan wayar ke arah bar penstabil ekor pesawat.
Saham boeing meningkat 3.5 peratus kepada AS$217.38 pada awal dagangan Rabu.
Ia kira-kira separuh daripada paras tertinggi sepanjang masa AS$440.62 yang dicapai pada 1 Mac 2019, hanya beberapa hari sebelum kemalangan Ethiopia, lebih baik di atas paras AS$95 pada bulan Mac 2020 ketika wabak tersebut menyebabkan gangguan besar dalam perjalanan dan ekonomi global.
Isu Boeing 737 Max dan COVID-19 mengakibatkan pembatalan penghantaran pesawat dan Boeing hanya menghantar 111 pesawat tahun ini.
Ia berbanding 210 yang dihantar pada tahun lepas.
Astro Awani
Thu Nov 19 2020

Selepas hampir dua tahun digantung operasi, Pentadbiran Penerbangan Amerika meluluskan penerbangan semula pesawat Boeing 737 Max. -Reuters
Kuda jatuh gaung berjaya diselamatkan
Anggota bomba di daerah Orange, California bertungkus lumus menyelamatkan seekor kuda yang terjatuh ke dalam gaung pada Jumaat.
Kuda berkenaan bagaimanapun berjaya diselamatkan dan dibawa naik menggunakan bantuan helikopter dari lokasi berbukit San Juan Capistrano.
Kuda berkenaan bagaimanapun berjaya diselamatkan dan dibawa naik menggunakan bantuan helikopter dari lokasi berbukit San Juan Capistrano.
Lebih 700,000 penyu mendarat di pantai Rushikulya India
Lebih 700,000 ekor penyu spesies Olive Ridley mendarat di pantai Rushikulya yang terletak di timur Odisha, India. Ia rekod terbaharu penetasan penyu atau digelar oleh masyarakat tempatan sebagai fenomena 'Arribada' di pantai itu.
'Indonesia gelap' cerminan tekanan pemerintahan Prabowo
Kepimpinan awal Presiden Prabowo Subianto dalam pentadbiran kerajaan Republik Indonesia menyaksikan penentangan dalam kalangan mahasiswa negara itu. Ia selepas pemotongan bajet terutama melibatkan sektor pendidikan dan kebajikan mahasiswa di negara itu. Salah seorang peserta yang terlibat dalam protes 'Indonesia Gelap' berkata Subianto melakukan keputusan yang buruk dalam pengenalan polisi-polisi kerajaannnya.
Pangkalan data salah laku polis Amerika ditutup
Pangkalan data di seluruh negara yang menjejaki salah laku pegawai polis Amerika Syarikat telah ditutup berikutan arahan Presiden Donald Trump. Menurut notis di laman web Jabatan Kehakiman Amerika, menyatakan Trump telah membatalkan perintah eksekutif yang ditandatangani bekas Presiden Joe Biden menyebabkan Pangkalan Data Akauntabiliti Penguatkuasaan Undang-undang Kebangsaan (NLEAD) dihentikan operasinya.
Pembinaan Gaza dibawah 'pengawasan penuh' negara-negara Arab
Arab Saudi menganjurkan sidang kemuncak peringkat tinggi pada Jumaat bagi membincangkan usaha pembinaan semula Semenanjung Gaza. Pemimpin dari Mesir, Jordan dan negara Teluk menghadiri mesyuarat di Riyadh itu.
Bekas pegawai 1MDB syor siasatan diteruskan
Seorang Pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesyorkan siasatan lanjut diteruskan mengenai ketulenan empat surat derma US$681 juta kepada Datuk Seri Najib Tun Razak yang didakwa diterima daripada keluarga diraja Arab Saudi.
10 Berita Pilihan - (21 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Sabtu – 22 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Kerajaan kutip RM46 juta menerusi nombor pendaftaran istimewa
Kerajaan berjaya mengutip kira-kira RM46 juta menerusi jualan nombor pendaftaran istimewa (NPI) pada tahun lalu.
Kerajaan setuju kaji pemberian geran perkapitan berdasarkan bilangan penduduk
Kerajaan bersetuju untuk mengkaji semula pemberian geran perkapita kepada kerajaan negeri berdasarkan bilangan penduduk di setiap negeri

Jemaah haji diingat dapatkan vaksin COVID-19
Jemaah haji berumur 65 tahun ke atas serta mereka yang dikategorikan sebagai berisiko tinggi diingatkan untuk mendapatkan vaksin COVID-19.

Bakal haji berisiko tinggi diwajib ambil suntikan vaksin COVID-19, influenza
Semua bakal haji diwajibkan menerima suntikan vaksin Meningococcal manakala vaksin COVID-19 dan influenza pula, diwajibkan kepada kumpulan sasar.

Bekas penumpang Diamond Princess kenang 5 tahun wabak COVID-19
Bekas penumpang kapal persiaran Diamond Princess pada Isnin meletakkan bunga di Pelabuhan Yokohama bagi mengenang 13 orang yang meninggal dunia akibat wabak COVID-19 di atas kapal itu.

50 tahun hubungan Malaysia-Cuba catat pencapaian bersejarah untuk perkongsian lebih mendalam
Duta Cuba ke Malaysia Florentino Batista Gonzalez menyifatkan ulang tahun diplomatik sebagai pencapaian bersejarah untuk memperkukuh perkongsian dalam bidang utama seperti bioteknologi.

Hina Agong: Iswardy Morni didenda RM5,000
Mahkamah Sesyen di sini hari ini mendenda seorang aktivis RM5,000 kerana menyiarkan kenyataan berbaur hasutan dan menghina Yang di-Pertuan Agong di laman Facebooknya empat tahun lepas.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Perbelanjaan pelancong asing ke Jepun, catat rekod tertinggi pada 2024
Jumlah pelancong asing ke Jepun mencecah lebih 36 juta orang pada 2024, mencatat rekod baharu, manakala perbelanjaan mereka melebihi 8 trilion yen (US$50.8 bilion) buat kali pertama.

Jepun catat 70 juta kes COVID-19, 130,000 kematian sepanjang lima tahun
Berdasarkan populasi Jepun sekitar 120 juta, sekurang-kurangnya 73 juta orang dipercayai telah dijangkiti, minimum sekali.

Sarawak tingkat usaha dapatkan pembiayaan sektor transformasi tenaga - Abang Johari
Sarawak akan meningkatkan usaha mendapatkan pembiayaan projek transformasi tenaga pada tahun ini bagi mencapai kapasiti tenaga bersih sebanyak 10 gigawatt (GW) dan 15GW menjelang 2035.

Pengalihan kubur di Selat Klang: Kerajaan negeri runding dengan ECRL taja kepuk, batu nisan - Exco
Kerajaan Negeri dalam proses perundingan dengan ECRL bagi tujuan penajaan kepuk dan batu nisan baharu susulan berakhirnya proses pengalihan 90 plot kubur di Tanah Perkuburan Islam Selat Klang.