Bongkah ais tersebut, kira-kira dua kali ganda saiz Greater London, dilaporkan tersekat dan dijangka mula pecah di pesisir barat daya pulau itu.
Bongkah ais gergasi itu menempuh perjalanan hampir 40 tahun sejak terpisah dari pelantar air Filchner-Ronne pada 1986.
Ia kini terkandas di perairan cetek berhampiran pulau terpencil Georgia Selatan.
Sejak Disember, pergerakannya dikesan melalui imej satelit, apabila ia terlepas selepas terperangkap dalam pusaran lautan.
Kumpulan nelayan bimbang mereka terpaksa berdepan dengan ketulan ais besar yang hanyut, selain kemungkinan menjejaskan penguin Makaroni yang makan di kawasan tersebut.
Saintis di Antartika menjelaskan, bongkah ais itu mengandungi sejumlah besar nutrien yang tersekat dalam ais, dan boleh mencetuskan letupan apabila ia mencair di lautan.
Pakar dari British Antarctic Survey, Prof. Nadine Johnston menyamakan senario itu seperti menjatuhkan bom nutrien ke tengah padang pasir yang kosong.
Sebelum ini, terdapat kebimbangan terhadap hidupan liar yang lebih besar di pulau tersebut.
Pada 2004, sebuah bongkah ais di kawasan berbeza di Laut Ross menjejaskan pembiakan penguin, menyebabkan peningkatan kadar kematiannya.
Namun, pakar berpendapat kebanyakan burung dan haiwan di Georgia Selatan akan terlepas daripada nasib itu.
Pakar dari British Antartic Survey berkata, beberapa penguin Makaroni yang mencari makan di pelantar tempat bongkah ais itu terkandas mungkin terjejas.
Bongkah ais yang mencair akan mencampurkan air tawar ke dalam air masin, sekali gus mengurangkan jumlah makanan seperti krustasea kecil yang menjadi makanan utama penguin.
