LONDON: Perdana Menteri Britain, Boris Johnson dilaporkan mengadakan parti hari jadi ketika perhimpunan sosial dilarang.

Parti yang diadakan pada Jun 2020, ketika sekatan pertama dikuatkuasakan ini didedahkan media tempatan, ITV.

Pendedahan ini meningkatkan lagi tekanan ke atas Johnson, susulan siri perhimpunan sosial diadakan di kediaman rasminya, 10 Downing Street.

Penganjuran berkenaan didakwa melanggar sekatan yang dikuatkuasakan kerajaannya.

Perhimpunan diadakan di sebuah bilik, dihadiri sekitar 30 indvidu.

Pejabat Johnson bagaimanapun nafi ia satu parti, sebaliknya hanya pertemuan singkat selepas mesyuarat kakitangan untuk mengucapkan selamat hari jadi kepada beliau.

Dakwaan menganjurkan parti hari jadi ini hanya tambahan kepada skandal yang melingkari Johnson ketika ini.

Acara perhimpunan kini disiasat dan laporannya akan didedahkan minggu ini.

Johnson sudah mengeluarkan beberapa penjelasan mengenai dakwaan ini, termasuk permohonan maaf kerana mencabuli sekatan.