HUBUNGAN mesra dua bintang ternama Hollywood, Brad Pitt dan Charlize Theron sepertinya bukan rahsia lagi.
Pasangan itu kini semakin jelas menyenangi antara satu sama lain selepas kelibat mereka sering kelihatan di pelbagai acara hiburan.
Bahkan, media Hollywood melaporkan wajah Pitt yang berusia 55 tahun dan Theron, 43, semakin berseri-seri dan bahasa tubuh mereka menterjemahkan yang mereka sedang dilamun percintaan.
Jika benar pasangan ini sedang bercinta, ia sekali gus memperlihatkan Pitt sudah semakin dapat melupakan bekas isterinya, Angelina Jolie.
Hubungan Pitt dan Theron difahamkan mula terjalin pada sambutan Hari Krismas lalu dan kedua-dua pelakon itu dikatakan diperkenalkan oleh bekas tunang aktres kelahiran Afrika Selatan itu, Sean Penn.
Theron juga dikhabarkan pernah mengunjungi rumah Pitt di Loz Feliz, Los Angeles.
Namun begitu, Theron belum lagi bertemu anak-anak Pitt iaitu Vivienne dan Knox yang berusia 10 tahun, Shiloh (12), Zahara (13), Pax (14) dan Maddox (16).
Theron juga mempunyai dua orang anak angkat iaitu August dan Jackson.
"Mereka sering bertemu sejak sebulan lalu. Sebetulnya, Pitt dan Theron sudah lama kenal antara satu sama lain dan diperkenalkan semula oleh Penn sehinggalah hubungan itu berkembang seperti hari ini," kata sumber pasangan itu seperti dilaporkan portal media antarabangsa.
Agensi
Mon Jan 21 2019
PERTEMUAN dengan Charlize Theron memberikan kebahagiaan baharu buat Brad Pit. - Gambar ihsan portal Mail Online
Remaja perempuan hilang sejak Rabu
Seorang remaja perempuan berusia 14 tahun dilaporkan hilang di Semenyih, Selangor sejak Rabu lalu.
KDNK China tumbuh 5 peratus pada 2024, tepati unjuran
Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) China mencatat pertumbuhan sebanyak lima peratus pada 2024, sejajar dengan unjuran.
KKM perkenal dasar, program pencegahan kesihatan paru-paru
Inisiatif itu merupakan langkah penting dalam menangani risiko penyakit berkaitan paru-paru yang berkait rapat dengan tempat kerja.
Tumpuan Sabtu – 18 Januari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (17 Januari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
11 pendatang tanpa izin ditahan di Muallim
Jabatan Imigresen (JIM) Perak menahan 11 pendatang tanpa izin dalam serbuan di tujuh premis perniagaan berasingan di sekitar daerah Muallim, semalam.
Bekas Datuk Bandar disyaki lulus projek, 3 yang lain terima imbuhan
Bekas Datuk Bandar yang ditahan dalam Op Ragada bersama dua wanita dan seorang lelaki pada Rabu dan semalam disyaki antara individu yang bertanggungjawab meluluskan projek diselewengkan pegawai pengurusan tertinggi sebuah stesen penyiaran di Sarawak.
Dua lelaki terlibat pelbagai jenayah di empat negeri ditahan
Dua lelaki disyaki terlibat dalam 19 siri jenayah pecah kedai dobi layan diri, samun dan curi kenderaan yang berlaku di Negeri Sembilan, Selangor, Kuala Lumpur, dan Perak, ditahan polis semalam.
Polis Selangor terima 31 laporan libatkan RM2.1 juta kerugian
Polis setakat ini menerima 31 laporan membabitkan kerugian RM2.1 juta berhubung penipuan umrah di negeri itu.
Empat diberkas bersama dadah bernilai RM4.03 juta di Johor
Polis menahan empat individu dan merampas pelbagai dadah bernilai RM4.03 juta dalam serbuan di dua kondominium mewah di sekitar bandar raya ini pada 10 dan 11 Januari lalu.
Brad Pitt didakwa sudah lama dera Angelina Jolie
Jolie menerusi peguamnya mendakwa Pitt sudah lama melakukan penderaan terhadap aktres tersebut sebelum perbuatan itu terdedah.
Angelina Jolie sifatkan Hollywood dunia tak sihat, pernah diserang Bell’s Palsy
Jolie juga mendedahkan toksiknya Hollywood telah memberi impak besar terhadap kesihatannya terutama saat fasa penceraian dengan Brad Pitt.
Bapa kecewa Angelina Jolie sokong Palestin, dakwa gagal fahami 'kebenaran'
Bapa kepada pelakon Angelina Jolie, Jon Voight kecewa apabila anak perempuannya menyatakan sokongan terhadap Palestin dan mengecam tindakan rejim zionis.
Insiden pengeboman di Gaza, Angelina Jolie bersuara kutuk Israel
Angelina Jolie mengecam tindakan Israel yang menyerang kem pelarian Jabalia di Gaza dua hari lalu, hingga mengorbankan ratusan penduduk Palestin.
Status ibu selamatkan hidup Angelina Jolie dari musnah
Mempunyai anak telah banyak menyelamatkan Jolie dan hidup dengan pandangan yang berbeza terhadap dunia.
Gempa bumi Turkiye, Syria: Angelina Jolie rayu derma untuk bantu mangsa
Pelakon Hollywood yang juga aktivis hak asasi manusia Angelina Jolie pada Sabtu merayu agar derma disalurkan kepada Turkiye dan Syria.
Angelina Jolie tamatkan khidmat dengan UNHCR
Jolie mula bekerjasama dengan UNHCR pada 2001 dan kemudian dilantik sebagai wakil khas pada 2012.
Brad Pitt didakwa dera Angelina Jolie, anak dalam pesawat peribadi
Jolie dakwa bekas suaminya memegang kepalanya dan menyerang dua anak mereka dalam perjalanan dari Perancis ke Los Angeles.
Angelina Jolie lawat Pakistan untuk tarik perhatian, bantu mangsa banjir
Pelakon Hollywood Angelina Jolie, melawat Pakistan untuk menarik perhatian antarabangsa mengenai banjir yang melanda negara itu ketika banyak negara terus menghantar bantuan.
Krisis Rusia-Ukraine: Angelina Jolie buat lawatan mengejut ke Ukraine
Aktress itu juga bertemu dengan kanak-kanak yang terperangkap dalam serangan peluru berpandu Rusia di stesen kereta api.