KALAU sudah namanya artis popular, apa sahaja dilakukan, ke mana sahaja pergi, tentu sekali mereka akan menjadi tumpuan ramai.
Begitu juga dengan pelakon kontroversi Indonesia, Luna Maya yang tidak terlepas daripada menjadi perhatian peminat-peminatnya apabila memuat naik entri mengenai keterujaannya menonton konsert BTS World Tour: Love Yourself di Bangkok, Thailand hujung minggu lalu.
Rupa-rupanya Luna merupakan antara peminat fanatik kumpulan K-Pop tersohor dunia itu.
Di laman Instagram peribadinya, bekas juri program Maharaja Lawak Mega terbitan Astro itu memuat naik foto kegembiraannya menghadiri konsert berkenaan.
Diiringi kapsyen "One Happy Day", foto berkenaan mengundang pelbagai reaksi daripada peminat-peminatnya.
Turut membuatkan netizen menelah yang Luna peminat tegar BTS apabila dia membuat gerak tangan berbentuk hati menghadap pentas konsert kumpulan itu.
Bukan itu sahaja, Luna juga secara terbuka mengakui telah jatuh hati dengan salah seorang anggota BTS iaitu RM sehinggakan dia mendedikasikan sebuah entri khusus buat rapper pujaannya.
Dalam entri istimewa itu, Luna yang menurunkan kapsyen "I love your smile" turut mendapat perhatian temannya yang juga usahawan terkenal Malaysia, Datuk Faisal Nasimuddin.
Faisal dalam komennya berkata: "Awesome setup! Enjoy."
Berkongsi cerita menonton konsert BTS itu, Luna turut memuat naik Insta Story pengalamannya menunggang motosikal menuju ke lokasi konsert iaitu Stadium Rajamangala.
Peminat K-pop terus membanjiri ruangan komen di entri Luna dan meluahkan rasa senang hati mereka selepas melihat aktres Indonesia itu menikmati konsert kumpulan yang popular dengan lagu Idol, Fake Love dan DNA.
Konsert BTS World Tour: Love Yourself yang diadakan selama dua hari di Stadium Rajamangala pada 6 April lalu itu ditonton oleh lebih 50,000 peminat setia kumpulan itu.
Mengakhiri kemuncak konsert di Thailand, “Love Yourself” bukan hanya memberikan pengalaman yang tidak dapat dilupakan kepada orang-orang yang menghadiri konsert tetapi juga kepada mereka yang tidak mempunyai nasib untuk melihat ketujuh-tujuh ahli itu di depan mata.
Ia juga merupakan destinasi terakhir bagi konsert jelajah BTS, yang sebelum ini turut mengadakan konsert jelajahnya di Hong Kong, Jepun dan Singapura.
Kumpulan yang dianggotai Jungkook, Jimin, V, Suga, J-Hope, Jin dan RM itu bakal melancarkan album baharunya berjudul “Map of the Soul: Persona” pada 12 April ini dan ia merupakan album mini mereka yang keenam selepas “Love Yourself”.
Faris Danial Razi
Mon Apr 08 2019
Luna Maya terpaku dengan senyuman rapper BTS, RM selepas menghadiri konsert kumpulan tersohor itu di Bangkok, Thailand sebagai BTS Army. - Gambar Instagram @lunamaya
MS umum pengganti Bryan tidak lama lagi - Andy
Persekutuan Renang Malaysia (MS) sudah mempunyai calon bagi mengisi kekosongan jawatan Pengarah Teknikal skuad terjun kebangsaan yang akan diumumkan tidak lama lagi.
'Pertahan kedaulatan negara, biarpun hanya seketul batu karang di lautan' - Agong
Jika kedaulatan tercabar, perlu ada tindakan tegas oleh pihak kerajaan, sama ada melalui saluran diplomatik, undang-undang mahupun pertahanan.
Pesawat United Airlines dikosongkan di landasan akibat masalah enjin
Lebih 100 penumpang dievakuasi dari pesawat di landasan di lapangan terbang Houston, di selatan Amerika Syarikat pada Ahad akibat masalah enjin.
FBM KLCI jatuh, ini 4 punca ia berlaku
Pada Januari 2025, FBMKLCI telah mencatatkan penurunan sebanyak -5.20%, walaupun terdapat beberapa laporan ekonomi yang menunjukkan daya tahan ekonomi Malaysia. Mengapa perkara ini berlaku?
Fandi kagum Tok Gajah tampil luar biasa di Temerloh
Pengendali Sri Pahang FC, Fandi Ahmad memuji aksi anak-anak buahnya yang 'all-out' sekali gus berjaya menempah tiket ke final Piala Malaysia.
Dua lelaki dituduh bunuh warga emas, anak angkat
Dua lelaki dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini, hari ini atas pertuduhan membunuh seorang warga emas dan anak angkatnya dekat Tongkang Yard, pada 21 Januari lalu.
Terusan Panama: Presiden tegas pertahan kedaulatan
Presiden Panama menegaskan kedaulatan negaranya "tidak boleh dipersoalkan" ketika Trump mendesak agar Washington mengambil semula kawalan Terusan Panama.
RichWorks santuni komuniti, meriahkan kempen Jom Cuci Masjid di Jasin
RichWorks International Sdn. Bhd. (RichWorks) bersama lebih 150 sukarelawan menyertai kempen Jom Cuci Masjid yang berlangsung di Masjid Chin Chin, Jasin.
Bekas pelajar SPM 11A, berhenti jadi pegawai farmasi, kini bangunkan pen eKamus
Pen eKamus mampu mengenal pasti dan memberikan terjemahan lebih daripada 130 bahasa, termasuk Bahasa Melayu, Arab, Inggeris, Mandarin, Korea, Jepun dan banyak lagi.
Bursa Malaysia dibuka rendah
Bursa Malaysia dibuka rendah pada sesi awal pada hari dagangan pertama Februari berikutan pelabur memberi tumpuan kepada ketegangan perdagangan global.
Kedutaan Malaysia di Bangkok bantu cari warga Sarawak yang hilang
Beliau mengarahkan pasukannya untuk bekerjasama dengan keluarga Andy Jee Ying Kit, yang dilaporkan tiba di Bangkok pada 8 Januari.
Piala ASEAN: Vietnam selangkah rampas semula kejuaraan tundukkan Thailand 2-1
Bintang Vietnam Rafaelson Fernandes sekali lagi muncul wira tuan rumah apabila meledak jaringan berganda masing-masing pada babak kedua perlawanan.
Pemandu bas sekolah akan didakwa selepas kebakaran ragut 23 nyawa, kata polis Thailand
Pemandu itu menyerah diri pada lewat petang Selasa dan sedang disoal siasat di balai polis Khu Khot.
23 dikhuatiri terkorban selepas bas dua tingkat terbakar di Bangkok
Sekurang-kurangnya 23 orang termasuk pelajar dari wilayah Uthai Thani di utara Thailand, dikhuatiri terkorban selepas bas dua tingkat yang dinaiki mereka terbakar pada Selasa.
ATBC: Muhammad Rafiq menang emas, Malaysia sapu bersih pingat perseorangan lelaki
Muhammad Rafiq menebus kekecewaan pada edisi lepas dengan menjuarai acara perseorangan lelaki pada Kejohanan Tenpin Boling Asia.
Kedutaan Malaysia di Bangkok anjur resepsi hari kebangsaan, sambut hubungan dua hala yang erat
Lebih 600 tetamu, termasuk diplomat asing, profesional Malaysia, ahli perniagaan, wakil dewan perniagaan dan Malaysians in Bangkok (MIB) hadir.
Penerbangan Malaysia Airlines ke Bangkok buat penurunan kecemasan dan pulang ke KLIA
Penerbangan Malaysia Airlines MH780 mengalami "isu tekanan" semasa dalam penerbangan ke Bangkok hari ini selepas berlepas dari Kuala Lumpur pada 5:59 petang.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
MPC tutup kempen di Bangkok dengan cemerlang
Dalam aksi peringkat terakhir, pelumba MPC berhasil meraih tempat kedua dengan mempamerkan kemahiran dan keazaman luar biasa.
Mohammad Rifdean idam kontrak ONE Championship, tali pinggang
Atlet dari Sarawak itu memerlukan 78 saat untuk menundukkan Pichai Lookbanmai dengan pukulan TKO dalam pertarungan ONE Friday Fights 56.