Jika sebelum ini, seorang wartawan di Palestin hilang sebelah mata selepas terkena tembakan daripada rejim Zionis, terbaharu kanak-kanak berusia 8 tahun juga menerima nasib sama.
Malek Issa disahkan buta sebelah mata kiri selepas beberapa hari ditembak polis Israel dengan peluru keluli bersalut getah.
Dia ditembak ketika melangkah keluar dari sebuah restoran di Baitulmuqaddis Timur selepas membeli sandwich.
Menurut bapa mangsa, Wael Issa, anaknya memang sengaja ditembak walaupun anggota polis Israel menafikan.
"Ini kerana tembakan tersebut adalah dari jarak dekat.
"Malek sudah terjaga tetapi kondisinya sukar. Tembakan itu menyebabkan patah tulang dan beri kesan pada bahagian muka serta pendarahan otak. Dia berisiko mengalami kerosakan otak," katanya kepada Middle East Eye.
Wael berkata, pasukan Israel telah datang ke kawasan itu untuk menahan seorang lelaki dan apabila mereka melihat orang ramai mula berkumpul, mereka mula menembak secara rambang.
Sementara itu, polis Israel berkata, pegawainya menggunakan langkah kawalan rusuhan semasa operasi di Issawiya.
Bagaimanapun, rakaman yang tular di laman sosial dari tempat kejadian bertentangan dengan apa yang dinyatakan pihak Israel di mana ia menunjukkan aktiviti biasa sahaja dijalankan penduduk sebelum tembakan dilepaskan.
Polis Israel berkata, kejadian itu sedang disiasat, namun Ahli Jawatankuasa Komuniti Issawiya, Mohammed Abu al-Homs berkata, pasukan Israel telah datang di kampung setiap hari sejak 10 bulan yang lalu. - Agensi
Agensi
Thu Feb 20 2020

Malek Issa disahkan buta mata kiri selepas ditembak polis Israel dengan peluru keluli bersalut getah di Baitulmuqaddis Timur. - Foto Middle East Eye

Kilang karpet di Nilai 3 musnah terbakar
Setakat ini tiada mangsa terlibat, namun, bomba memerlukan masa untuk memadamkan api.

Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar US berikutan sentimen berhati-hati
Pada pukul 8 pagi, ringgit meningkat kepada 4.4040/4310 berbanding mata wang AS daripada 4.4270/4320 ketika ditutup semalam.
HUAWEI lancar model HUAWEI Mate XT, peranti tiga lipat pertama di dunia
HUAWEI melancarkan HUAWEI Mate XT Ultimate Design di Malaysia, telefon pintar tiga lipat pertama di dunia yang membawakan teknologi inovatif dalam reka bentuk, engsel, dan paparan.

OKU terselamat, seorang lelaki sesak nafas dalam kebakaran di Siol Kandis
Kebakaran melibatkan tiga kediaman tidak kekal dengan api telah meranapkan dua rumah pertama dan sedang membakar rumah ketiga.
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [21 Februari 2025]
Fokus AWANI Pagi bersama Afiezy Azaman & Farhan Hakimi
- Kadar kesuburan di Malaysia menurun sejak 2013
- JAWI panggil individu berpakaian menyerupai wanita dalam acara hiburan
- 606 sekolah tahfiz tidak pernah daftar JAIS sejak 2008
#AWANIpagi #AWANInews
- Kadar kesuburan di Malaysia menurun sejak 2013
- JAWI panggil individu berpakaian menyerupai wanita dalam acara hiburan
- 606 sekolah tahfiz tidak pernah daftar JAIS sejak 2008
#AWANIpagi #AWANInews

Mahkamah khas SOSMA: Pendekkan atau hapus tempoh tahanan 28 hari tanpa bicara
Kerajaan juga wajar mempertimbangkan pindaan akta termasuk peruntukan mengenai isu jaminan bagi mengurangkan kesesakan di penjara.

Malaysia semakin popular sebagai destinasi acara korporat India
Segmen MICE merupakan antara bidang tumpuan utama Tourism Malaysia pada SATTE tahun ini di New Delhi.

Pemandu maut, nahas dua lori di Lebuhraya Utara Selatan
Mangsa yang berusia 43 tahun meninggal dunia di tempat kejadian.

PGA tumpas cubaan seludup 1,000 anak pokok Bromeliad
Anggota Batalion 8 PGA menahan sebuah lori yang dipandu dalam keadaan mencurigakan pada kira-kira 5.30 petang, dalam Op Taring Wawasan.

When Legend Rise: KO! Adli Hafidz tumbangkan peninju Indonesia dalam pusingan ketiga
Adli Hafidz Pauzi menumbangkan Sony Manakane secara knockout (KO) dalam pertarungan When Legend Rise, di Bangkok, malam tadi.

Lelaki buta mata selepas tampar lalat hinggap di muka
Wu dari Shenzen dilaporkan buta mata kiri selepas terkena jangkitan kuman dipercayai dibawa lalat itu.

Pasangan buta berjaya didik lapan anak
Sara bersyukur empat daripada lapan anaknya mendapat pendidikan sehingga ke peringkat universiti dan mempunyai pekerjaan yang baik.

Daim buta sebelah mata, strok - Peguam
Daim mengalami masalah kesihatan yang kronik apabila mata kirinya dijangkiti kuman sehingga menyebabkan ia terpaksa dikeluarkan.

Pengemis 'buta' bertongkat larikan diri diekori JKM
Individu dipercayai menyamar mengalami kecacatan penglihatan itu melarikan diri sebaik sahaja menyedari dirinya diekori.

Salman Rushdie buta sebelah mata
Salman turut menderita lebih 15 parut di dadanya kerana serangan berkenaan.

OKU cacat penglihatan seronok diberi peluang berbasikal
Program anjuran Persatuan Pemandu Pelancong Negeri Perak dan Tourism Perak itu memberi peluang kepada peserta untuk mengenali komponen basikal sebelum memulakan pergerakan.

Hanya kerana menjadi polis matanya ditusuk hingga buta, masa depan Kathera diragut
Hanya kerana impikan sebuah kerjaya, ibu kepada lima cahaya mata ini kini hilang penglihatannya.

Soren, kucing buta bermata cantik, umpama galaksi
Soren tidak seperti kucing lain kerana haiwan itu mempunyai masalah di matanya, separuh buta, bola mata yang tidak kelihatan anak mata dan ia hanya mampu mengesan cahaya dan kegelapan.

Budak 8 tahun buta ditembak tentera Zionis
Malek Issa disahkan buta sebelah mata kiri selepas beberapa hari ditembak polis Israel dengan peluru keluli bersalut getah.

Tabah jaga isteri tersayang meskipun buta, uzur
Cacat penglihatan tidak menghalang seorang warga emas di Kampung Wakaf Bata di sini untuk menguruskan isterinya yang menghidap pelbagai penyakit termasuk asma kronik.