Seorang budak lelaki berusia 10 tahun maut selepas diserang seekor buaya air masin dalam kejadian di pulau Palawan di selatan Filipina, kata pihak berkuasa kelmarin.
Kejadian mengerikan itu berlaku ketika mangsa dan dua abangnya berada di atas sebuah bot berhampiran pekan Balabac.
Sungai di Balabac terkenal dengan serangan reptilia itu sejak beberapa tahun lalu.
Mangsa ditarik buaya berkenaan di hadapan adik-beradiknya yang ketakutan.
"Bapa mangsa gagal menemui jasad anaknya selepas melakukan pencarian sepanjang malam.
"Tidak lama selepas itu, mayat mangsa berjaya ditemui oleh nelayan pada pagi Isnin.
"Mayat dalam keadaan tidak sempurna ditemukan berhampiran kawasan paya bakau," kata polis.
Pada Februari lalu, satu lagi kes serangan buaya dilaporkan di Balabac apabila seorang budak lelaki berusia 12 tahun dibaham ketika sedang berenang.
Mangsa bagaimanapun terselamat selepas berjaya menyelamatkan diri daripada cengkaman buaya berkenaan.
Awal tahun lalu, seorang nelayan maut diserang buaya ketika sedang menjala ikan.
Kejadian itu berlaku tiga bulan selepas anak saudara perempuannya disambar buaya ketika sedang mengambil air di kawasan hutan tebal pulau itu.
Mayat mangsa tidak pernah ditemui sehingga hari ini.
Agensi
Fri Aug 16 2019

Kejadian mengerikan itu berlaku ketika mangsa dan dua abangnya berada di atas sebuah bot berhampiran pekan Balabac. - Gambar hiasan

Dua pekerja rentung dalam kebakaran kilang elektronik
Dua pekerja kilang warga Bangladesh dipercayai rentung manakala dua lagi melecur dalam kebakaran di sebuah kilang elektronik di kawasan perindustrian Tangga Batu, pagi tadi.

#GMWA24: Anna Jobling menang besar! Ucap terima kasih kepada peminat
Pelakon, Anna Jobling akui terkejut apabila dia sekali lagi dinobatkan sebagai Gempak Most Wanted 2024 untuk tahun kedua.

1,946 warga emas telah terima vaksin influenza di Perak
Jumlah itu amat menggalakkan selain slot janji temu imunisasi influeza di 32 daripada 78 klinik kesihatan telah ditempah penuh hingga Mac.
FBM KLCI dijangka kekal antara 1,570 dan 1,600 minggu ini
Indeks utama Bursa Malaysia dijangka diniagakan dalam julat 1,570 hingga 1,600 minggu ini berikutan kekurangan pemangkin baharu.

Keyakinan rakyat terhadap Maktab Tentera Diraja cukup tinggi - Timbalan Menteri
Adly Zahari berkata perkara tersebut dicerminkan berdasarkan kadar permohonan kemasukan yang menunjukkan peningkatan pada tahun 2024 dan 2025.

Laporan terkini cetus kebimbangan: Keselamatan kanak-kanak, stigma terhadap OKU
Menghebahkan dengan sensasi status OKU pelaku telah menyumbang kepada stereotaip yang memudaratkan komuniti OKU.

CDU/CSU raih kemenangan besar dalam pilihan raya Jerman
Blok Kesatuan Demokratik Kristian dan Kesatuan Sosial Kristian (CDU/CSU) meraih kemenangan besar dalam pilihan raya Jerman selepas semua kawasan selesai dikira.

Bullish Aim, YTL Communications jalin usaha sama bangunkan infrastruktur fiber generasi baharu
Bullish Aim Group (BA Group) dan YTL Communications Sdn Bhd memeterai usaha sama strategik bagi membangunkan infrastruktur fiber bersama generasi baharu.
AWANI Ringkas: Laporan Ketua Audit Negara
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
2 kanak-kanak maut dalam insiden letupan di Kemboja
Dua kanak-kanak maut dalam insiden letupan rocket-propelled grenade di wilayah Siem Reap, barat laut Kemboja, kata ketua pembersihan periuk api pada Ahad.

Mesir galak industri pelancongan perubatan manfaat sumber semula jadi
Mesir kini menarik kunjungan ramai pelancong yang bukan sahaja melancong untuk memenuhi masa lapang tetapi juga bagi tujuan perubatan.

Budak lelaki maut disambar buaya
Seorang budak lelaki berusia 10 tahun maut selepas diserang seekor buaya air masin dalam kejadian di pulau Palawan di selatan Filipina, kata pihak berkuasa kelmarin.

Pekerja Aquaria KLCC terima kejutan yang tidak dijangka!
Pekerja Aquaria KLCC menerima kejutan yang tidak dijangka pada Selasa lepas.