Tinjauan yang dijalankan oleh Korea Health Industry Development Institute mendapati lebih 41 peratus responden mengakui daya tarikan budaya Korea Selatan sebagai faktor dalam memilih negara itu untuk mendapatkan perkhidmatan perubatan.
Kajian itu berdasarkan maklum balas daripada 1,500 pesakit asing yang menerima rawatan di hospital tempatan pada 2023.
Peratusan pesakit asing yang memetik pengaruh budaya sebagai faktor pemilihan ialah 24.3 peratus pada 2021, tetapi meningkat kepada 49.7 peratus pada 2022 susulan kelonggaran sekatan pandemik COVID-19 dan peningkatan semula jumlah pesakit antarabangsa.
Mengikut rantau, hampir 70 peratus pelancong perubatan dari Asia Tenggara dan Asia Barat melaporkan dipengaruhi oleh budaya Korea Selatan, manakala hanya sekitar 20 peratus pesakit dari Rusia menyatakan sentimen yang sama.
-- BERNAMA