SOFIA: Ahli politik Bulgaria sekali lagi gagal membentuk kerajaan selepas pilihan raya parlimen pada Jun, dengan negara itu berdepan satu lagi undian jika percubaan ketiga tidak berjaya, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).
Pakatan tengah We Continue the Change - Democratic Bulgaria (PP-DB) tidak dapat memperoleh majoriti dalam Dewan Rakyat unikameral negara itu.
Bekas perdana menteri dan anggota We Continue the Change, Nikolai Denkov, berkata bahawa tiada majoriti yang stabil dapat dibentuk dalam Parlimen semasa, yang dipilih pada Jun.
Pemenang pilihan raya, gabungan GERB-SDS yang berhaluan kanan tengah, juga gagal menarik sokongan yang mencukupi untuk memilih calon mereka Rosen Zhelyazkov sebagai perdana menteri.
Kedua-dua pakatan itu telah mentadbir dalam satu pakatan tidak rasmi sejak 2023, tetapi menggesa pilihan raya baharu selepas gagal mencapai persetujuan mengenai perdana menteri baharu pada Mac.
Bulgaria telah mengadakan enam pilihan raya parlimen sejak April 2021.
Presiden Rumen Radev kini mempunyai tujuh hari untuk mengeluarkan mandat ketiga dan terakhir untuk membentuk kerajaan.
Jika ini juga gagal, satu lagi undian perlu diadakan, kemungkinan besar pada musim luruh.
Kabinet sementara sedang menguruskan hal ehwal kerajaan sehingga pentadbiran baharu dibentuk.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jul 22 2024

Kabinet sementara sedang menguruskan hal ehwal kerajaan sehingga pentadbiran baharu dibentuk. - Foto REUTERS
Dividen KWSP dijangka lebih baik bagi tahun 2024 - Amir Hamzah
Prestasi memberangsangkan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) pada suku ketiga tahun lepas dijangka memberi pulangan yang baik dari segi dividen kepada pencarumnya
Jenazah ADUN Ayer Kuning selamat dikebumikan
Jenazah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Kuning Ishsam Shahruddin, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Rapat Setia, Ipoh pada 10.40 pagi ini
Guru tuisyen ditemukan maut dengan kesan kelar di leher, lengan
Pemangku Ketua Polis Daerah Ipoh Supt Mohamad Sajidan Abdul Sukor berkata pengadu yang merupakan suami kepada wanita itu, membuat laporan polis berkenaan kejadian itu kira-kira 5.30 petang.
Notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning dihantar seawal Selasa - Speaker
Speaker DUN Perak akan menghantar pemakluman notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning seawal Selasa
Yellow House rasmi pembukaan premis baharu
Pertubuhan Kebajikan Masyarakat Yellow House merasmikan pembukaan premisnya yang dinaik taraf di Kampung Ampang Campuran pada Sabtu.
Polis ditembak mati lelaki bersenjata di Amerika syarikat
Tindakan suspek dipercayai berpunca daripada tindak balas mangsa yang cuba mententeramkan suspek yang sebelum itu menjadikan beberapa kakitangan sebagai tebusan di sebuah hospital.
China kesan satu lagi varian baharu koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kanak-kanak lapan tahun maut selepas bot terbalik di Panama
Menurut perkhidmatan sempadan kebangsaan Panama (Senafront), sebelum insiden, bot membawa 21 orang penumpang tersebut meneruskan perjalanan meskipun amaran cuaca buruk telah dikeluarkan.

Enam maut, bumbung pusat beli-belah runtuh di Peru
Pihak berkuasa menjelaskan bahawa struktur yang runtuh bukan sekadar kanopi ringan, sebaliknya merupakan binaan kukuh yang jatuh tepat di kawasan taman permainan kanak-kanak dalam medan selera.
AWANI Ringkas: 12 termasuk kanak-kanak, bayi terperangkap dalam lif
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

PN nafi pujuk BN bentuk kerajaan baharu
Ronald Kiandee berkata, PN menolak dakwaan bahawa gabungan itu mempunyai kaitan dalam usaha memujuk BN keluar daripada Kerajaan Perpaduan.

Tak salah berunding untuk tubuh kerajaan - Nazri
Mohamed Nazri menegaskan rundingan antara parti untuk membentuk kerajaan merupakan perkara biasa dalam amalan demokrasi.

Perdana Menteri Perancis Barnier bentuk kerajaan
Perdana Menteri baharu Perancis, Michel Barnier berjaya membentuk kerajaan dan dijangka menyerahkan senarai anggota Kabinet baharu kepada Presiden Emmanuel Macron.

Bulgaria sekali lagi gagal bentuk kerajaan di tengah-tengah kekacauan politik
Ahli politik Bulgaria sekali lagi gagal membentuk kerajaan selepas pilihan raya parlimen pada Jun.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Rundingan Ahmad Zahid dengan PH tidak sah - MB Johor
Onn Hafiz Ghazi berkata, tindakan Ahmad Zahid yang juga Pengerusi BN berunding dengan PH bagi menubuhkan kerajaan campuran sebagai tidak sah, sekiranya benar berlaku.

PRU15: Muhyiddin umum PN menang, alukan parti lain untuk bentuk kerajaan kecuali PH
Muhyiddin menyatakan keyakinannya untuk membentuk kerajaan setelah memenangi 73 kerusi Parlimen dengan bergabung bersama parti-parti lain kecucali Pakatan Harapan (PH).

PRU15: Pas yakin PN berjaya bentuk kerajaan - Abdul Hadi
Pas yakin Perikatan Nasional (PN) akan membentuk Kerajaan Persekutuan berdasarkan keputusan tidak rasmi PRU15.

PRU15: Tak pernah beri mandat kepada Takiyuddin runding dengan BN bentuk kerajaan - Muhyiddin
Muhyiddin menegaskan beliau tidak pernah memberi mandat kepada Takiyuddin untuk berunding dengan BN bagi tujuan membentuk kerajaan selepas PRU15.

Kerjasama GPS dengan gabungan lain diputuskan selepas PRU15 - Fadillah
Gabungan Parti Sarawak (GPS) hanya akan mengambil keputusan untuk bekerjasama dengan mana-mana gabungan politik lain setelah Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) selesai.